in ,

Usah Tertipu! Selepas Isharefans, Muncul Skim Jana Wang Percuma Yang Anda Perlu Tahu!

Masihkah anda ingat akan laman Isharefans yang menipu ramai orang sehingga ribuan ringgit? Dijanjikan wang percuma dengan mudah, kini muncul aplikasi seperti Isharefans dan LikeShare yang modus operandi hampir sama.

Menerusi perkongsian pengguna Twitter @khairulimran_, aplikasi tersebut baru sahaja muncul. Dikenali sebagai Global Sources, anda hanya perlu menyiapkan tugasan diberi dan konsep dibawakan seperti shopback dan cashback. Anda juga akan menerima komisyen dari pembelian yang tidak diketahui daripada mana.

Bukan itu sahaja, bagi anda yang mahu mendapatkan wang mudah dengan banyak anda perlu naik level dengan bayaran RM100 sehingga RM20,000. Hasil tinjauan kami mendapati, Global Sources ini baru sahaja didaftarkan pada 23 Januari 2021.

Isharefans

Malah, laman sesawang Global Sources ini turut mahu meniru satu syarikat legit dari Hong Kong iaitu globalsources.com tetapi laman sesawang ini menggunakan globalsources.world serta rekaan logo juga hampir sama.

Seperti tidak serik dengan pengalaman lalu, ramai juga yang sudah mula sertai skim jana wang mudah ini. Perkara ini cukup membimbangkan kerana dalam keadaan ekonomi sekarang ramai yang terdesak mahu mencari wang lebih dan akan ‘terperangkap’ dalam skim ini.

Isharefans

Pada awalnya mungkin anda dapat pulangan tetapi lihatlah apa terjadi pada Isharefans yang lesap sehingga menyebabkan ramai rugi wang mereka. Buat anda di luar sana, anda haruslah berwaspada dan tidak terpengaruh sertai skim ini.

Isharefans

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ini Langkah Untuk Anda Meminimumkan Penjejakan di Aplikasi Facebook

Rakan Selebriti Titip Doa & Nasihat Buat Shuk Sahar