in

Ujibakat Pencarian Wajah Baru HATTA HIM 2016

Bertempat di Kolaborasi Event Space (Bandar Baru Bangi), telah berlangsungnya sesi ujibakat pencarian wajah wajah baru HATTA HIM 2016. Sesi ujibakat ini diadakan pada 28 Ogos 2016 dan telah dilangsungkan selama satu hari bermula jam 10am sehingga jam 7pm. Seramai lebih 120 peserta turut hadir untuk diuji bakat.

Rata rata daripada mereka hadir dari Shah Alam, Kuala Lumpur, Cheras, Bangi, Putrajaya dan Wangsa Maju. Turut hadir peserta daripada Brunei, Singapura, Sabah dan Sarawak.

HATTA HIM 2016

Ujibakat Pencarian Wajah Baru HATTA HIM 2016

Menurut Hatta Dolmat selaku pengasas HATTA HIM 2016, idea penubuhan HATTA HIM adalah untuk mencari bakat bakat baru di dalam bidang peragaan secara khususnya tetapi lengkap serba boleh sebagai seorang penghibur, pelakon, peragawan dan juga mempunyai kemahiran komunikasi yang baik.




Selain daripada itu, menurut Hatta Dolmat sendiri, bakat bakat baru yang dicungkil beliau kali ini lebih menjurus kepada bakat baru yang lengkap pakej dan mereka bakal diasah dan diasuh untuk digilap dengan lebih cemerlang agar mereka bias menjadi para pelapis di dalam industry permodelan dan hiburan tanah air.

Antara kriteria yang dititik berat ialah fizikal, personaliti, skill komunikasi yang baik, karakter dan juga rupa paras yang dijadikan sebagai bonus. Kriteria ini haruslah dinilai oleh barisan panel juri yang terlibat iaitu Hatta Dolmat, Vee mewakili Majalah InTrend, Andre Amir selaku ikon fesyen lelaki Malaysia, Min dan Ika daripada sisipan Media Hiburan, Sazrin selaku peragawan tersohor Malaysia dan Didie Nash selaku peragawati Malaysia yang dikenali ramai.

Tugas setiap juri adalah mengikut kepakaran dan kehebatan skill di dalam bidang masing masing.

Seramai 30 orang bakal dipilih untuk menyertai pusingan TOP 30 dan sesi rakaman muzik video turut dijalankan di Kolaborasi Event Space, Bangi sebagai tugasan pertama peserta HIM pusingan TOP 30 sebelum 10 daripada kalangan mereka bakal disngkirkan ketika siding media yang bakal berlangsung di Menara Tun Ismail Mohamed Ali, Kuala Lumpur pada 5 September ini jam 8pm.

HATTA HIM 2016

HATTA HIM 2016

HATTA HIM 2016

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TV ALHIJRAH Siar Konsert Ku Mohon Tuhan Berikan Aku Cinta

Ini Dia Rakaman Muzik Video HATTA HIM 2016