in ,

Puteri Sarah Lancar Buku Terus Melangkah, Dedah Kisah Figura Inspiratif 

Buku ini akan dilancarkan dalam Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC, pada 30 Mei 2023.

“Puteri Sarah Liyana: Terus Melangkah” adalah sebuah karya yang unik dan istimewa, kerana untuk pertama kalinya keluarga Puteri Sarah Liyana membuka mulut tentang kehidupan dan perjalanan inspiratif figura wanita hebat ini.

Puteri Sarah Lancar Buku Terus Melangkah, Dedah Kisah Sebenar Figura Inspiratif

Buku ini mengungkapkan sudut pandang yang jarang diketahui oleh banyak orang, mempersembahkan wawasan baru dan mendalam tentang kehidupan dan pencapaian Puteri Sarah Liyana. 

Puteri Sarah Lancar Buku Terus Melangkah, Dedah Kisah Sebenar Figura Inspiratif

Puteri Sarah Liyana menitiskan air mata ketika menyiapkan buku mengenai pengalaman dan kisah hidupnya iaitu Puteri Sarah : Terus Melangkah.

Bukan saja Sarah, malah keluarga dan rakan-rakan terdekat turut gagal menahan air mata ketika menghasilkan buku yang mengangkat kekuatan wanita itu.

“Memang banyak kali saya menitiskan air mata termasuk orang-orang yang berada di sekeliling untuk menyiapkan buku ini,”

Sarah berkata kepada media ketika ditemui pada majlis pelancaran buku Puteri Sarah: Terus Melangkah di Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini, sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.

Bercerita lanjut mengenai buku itu, Sarah berkata, karya terbitan Terbit Sendiri Empire dan Projek Nomad Sdn Bhd serta tulisan Emi Anvepa ini mendedahkan kisah peribadinya yang belum dikongsikan kepada umum.

“Buku ini mengenai positiviti untuk melangkah ke depan tanpa menoleh ke belakang semula. Memandangkan ramai yang datang kepada saya bertanyakan bagaimana saya dapatkan kekuatan. Ada yang ingin pinjam sifat positif dalam diri saya. 

“Oleh itu, saya membuat buku ini supaya orang ramai boleh membaca perjalanan kisah hidup saya. Bukan berniat untuk membuka aib sesiapa,” katanya. 

Puteri Sarah Lancar Buku Terus Melangkah, Dedah Kisah Sebenar Figura Inspiratif

Sarah berkata, ramai yang tidak tahu dia ini bagaimana orangnya di belakang tabir. 

“Ada yang bertanya saya ini dulu seorang yang bagaimana hidupnya, zaman belajar saya, kehidupan saya dengan keluarga dan sebagainya,” katanya.

Dalam buku ini, adik-adik Puteri Sarah akhirnya bersuara mengenai kakak mereka dan siapa sebenarnya ibu bapa mereka, yang sebelum ini tidak pernah didedahkan kepada media dan masyarakat. 

Pembaca juga akan menelusuri kisah-kisah yang menginspirasi, perjuangan yang luar biasa, dan momen-momen penting dalam perjalanan hidup Puteri Sarah Liyana.

Dengan keberanian dan ketekunan, beliau telah berhasil mengatasi berbagai rintangan dalam hidupnya, menjadi sosok yang mengilhami dan membantu orang lain untuk meraih potensi terbaik mereka. 

Puteri Sarah Lancar Buku Terus Melangkah, Dedah Kisah Sebenar Figura Inspiratif

Turut bersama pada pelancaran nanti adalah Reina Lum selaku editor dari sudut pandangan undang-undang bersama penulis utama buku yang juga merupakan pengurus Puteri Sarah, Emi Anvepa yang telah 5 tahun menemani Puteri Sarah Liyana. 

Buku terbitan Terbit Sendiri Empire dan Projek Nomad Sdn Bhd ini bakal dibuka untuk pre-order bermula 26 Mei 2023 sehingga 15 Jun 2023 secara online di laman web puterisarahliyana.com dengan harga promosi RM39.90. 

Hadir sama, ibu bapa Sarah serta mentuanya, Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fasha Sandha Imbau Fenomena Luar Biasa Rosalinda 20 Tahun Lalu

Jaclyn Victor

Rakam Kembalilah, Jaclyn Victor Teruja Dilamar Gerald Sellan & Adrian Puan