in , ,

Raja Komen Semakin Kuat Melangkah, Erul Samah TAK BISA Mengalah

Penyanyi K-pop Malaysia Kembali Dengan Single Terbaharu Yang Lebih Hebat Dengan Menampilkan Sisi Yang Lebih Matang

Penyanyi, pelakon dan pengacara TV berbakat besar yang cukup sinonim dengan stail nyanyian serta imej K-pop dan merupakan anak jati Kuala Lumpur, Khairul Najmuddin Abu Samah atau lebih dikenali dengan panggilan Erul Samah, kini kembali menghangatkan industri muzik tanah air setelah hampir dua tahun menyepi dengan single terbaharu yang lebih hebat dan bertenaga berjudul ‘Tak Bisa’. Lagu ini dicipta sepenuhnya oleh Erul sendiri, turut mendapat sentuhan istimewa daripada Pengurus Talent dan Pakar Media Sosial Malaysia, Vee Nazrah, dan diterbitkan oleh VNE Global.

Bercerita mengenai lagu ‘Tak Bisa’, Erul berkata, “Ia merupakan sebuah kisah benar yang diadaptasikan daripada pengalaman hidup seseorang mengenai perpisahan hubungan percintaan yang harus berganti dari penyakit yang mula menghentikan nadi.

Cover Artwork (Erul Samah - Tak Bisa)

Naib Juara K-pop Star Hunt Musim Ke-2 ini menambah, “Lagu Tak Bisa sebenarnya telah dicipta pada tahun 2014 lagi dan liriknya disempurnakan oleh saya pada tahun 2020, dan genre yang saya bawakan kali ini lebih kepada berentak pop rock.”

“Proses rakaman hanya mengambil masa selama 1 jam setengah sahaja bersama Oja Gegar Vaganza di Studio Tuneable Record kerana mudah bagi saya untuk merakamkannya kerana ia ciptaan saya sepenuhnya dan hanya menunggu masa untuk disempurnakan.

“Pada masa yang sama, saya masih lagi mengekalkan imej K-pop yang memang sudah serasi dengan jiwa saya, tetapi lebih matang sesuai dengan usia dan peredaran masa, dan fokus saya lebih tertumpu kepada kekuatan lagu dan kualiti dari segi nyanyian.

Bekas pelajar Akademi Fantasia Musim ke-9 dan juga Protege kepada penyanyi terkenal Jaclyn Victor dalam rancangan Mentor Musim ke-3 masih lagi aktif dalam cabang seni, jelasnya, “Sebenarnya Erul tidak pernah hilang pun, cuma lebih tertumpu kepada bidang lakonan, sebagai influencer dan juga sebagai Guru Muzik di Yamaha Music School.”

Erul Samah - 3

Pelantun lagu ‘Teristimewa’ yang merupakan OST drama bersiri Cinta Tanpa Henti pada tahun 2019 turut berkongsi, “Muzik video (MV) Tak Bisa membawa konsep berdasarkan naratif watak utama yang sedang melalui fasa melupakan kenangan hubungannya yang gagal melalui watak- watak ilusi yang menjadi simbolik di sebalik jalan ceritanya.”

“Antara cabaran yang saya hadapi sewaktu penggambaran MV ini adalah penekanan terhadap mainan emosi yang berat, selain memerlukan stamina yang cukup dan daya kreatif dalam menyampaikan watak yang diingini dengan berkesan oleh pengarah Ausz Din yang pernah menghasilkan MV Jampi, dan jika ingin tahu apakah kesudahannya jangan lupa untuk menonton MV Tak Bisa apabila dilancarkan nanti.

“Harapan saya padTak Bisa agak besar, kerana ia merupakan salah sebuah ciptaan terbaik daripada saya, dan semoga segala usaha bersama VNE Global akan disambut baik oleh peminat dan penggemar muzik tanah air, dan jika ada rezeki In-Shaa-Allah sehingga ke pentas Anugerah Juara Lagu pada masa akan datang,” jelas beliau dengan senyuman.

Lagu ‘Tak Bisa’ boleh dimuat turun di iTunes Store dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman atas talian seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music, KKBox dan Deezer. Manakala video muzik lagu ‘Tak Bisa’ ini juga boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube Warner Music.

Erul Samah - 2

Tajuk Artis
Lirik Komposer

: Tak Bisa
: Erul Samah : Erul Samah : Erul Samah

Tiada
Seindah kata-kata akhirmu
Kini menjadi peneman rindu Bahagia
Kau pinjam hanyalah sementara Walau ingatan aku tak pernah Sekalipun rapuh

Di mana janji
Janji-janji kita
Seharusnya setia
Agar bersama ke penghujung dunia

Tak bisa
Tak bisa untuk ku melepaskan Cinta ini
Sama teman-temanmu yang lain Hanya ingin berpaling
Tak bisa
Tak bisa untuk kau ku gantikan Demi kasih ini ku bawa sampai mati

Di mana janji
Janji-janji kita
Seharusnya setia
Agar bersama ke penghujung dunia

Tak bisa
Tak bisa untuk ku melepaskan Cinta ini
Sama teman-temanmu yang lain Hanya ingin berpaling

Tak bisa
Tak bisa untuk kau ku gantikan Demi kasih ini ku bawa sampai mati

Erul Samah - 1

KHAIRUL NAJMUDDIN BIN DATO ABU SAMAH , 28

Establish in his self back in 201, Erul has known as Malaysia Kpop Vibe since he used the trademark of “annyeong haseyo” during reality singing show : Akademi Fantasia 9 & make it to the top 5 in the grand finals with his first album compilation bintang AF9 with Hazama. His career has start after single album “Legasi Cleopatra” reach to the top 5 radio station playlist Malaysia & being nominated top 5 uprising singer & star Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 TV3. But, the dreams never stop after joining Asian Kpop singing show “Kpop Star Hunt 2” by compete almost 35,000 audition submition , to asian dreams of winning 1,00000 USD program learning in Seoul korea & stand a chance of performing mama award with Big Bang in Hong Kong. He won as 2nd place & entitle as the first Malaysian who reach to Korea Entertaiment scene with special program for 2 years training in Cube Ent, Seoul Korea.

ALBUM COMPILATION BINTANG AF9

LEGASI CLEOPATRA , 2011 ALBUM BINTANG AF9

MEASAT ENT — ASTRO MANUSIA BIASA , 2014

NEXT STAGE MUSIC
OST : MENCINTAIMU, AKASIA TV3

KUSINERO CINTA, ASTRO RIA HANBOK UNTUK HANIS, RTM

LEBIH DARI KATA , 2016 UNIVERSAL MUSIC

OST : PATAHNYA SEBELAH
SAYAP , SAMARINDA , TV3 TERISTIMEWA , 2019
NOVA MUSIC
OST : CINTA TANPA HENTI , SAMARINDA , TV3

ANDROID , 2012 MEASAT ENT — ASTRO OST : AKU ROBOT , RTM 1

SINGLE 2021 TAK BISA

VNE GLOBAL & NEXT STAGE MUSIC

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pengarah drama AKU YANG KAU GELAR ISTERI Kecewa Babak Cucuk Kemaluan Dipotong

Mahu Jaga Maruah Suami, Syanie Hisham Kini Istiqamah Berhijab