in

Raja Azura, Shiera & Zizan Raja Lawak Hos ABPBH2010

Bahang kehangatan Malam Kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian ABPBH 2010 kian terasa dengan pengumuman pengacara, penyampai trofi dan barisan artis yang akan buat persembahan di malam kemuncak ABPBH 2010 nanti.

Yang penting, Budiey lihat, ABPBH kali ini menggabungkan artis muda dan personaliti baru serta tidak lupa pada artis lama yang akan menjadikan malam kemuncak ABPBH2010 menjadi acara cukup mantap dan menghiburkan.

Check this out: Video Sekitar Pengumuman Hos, Penyampai & Persembahan Artis ABPBH2010:

Majlis Pra Kemuncak & Pengumuman ini dihoskan oleh Deen Hot FM dan Chad Hot FM. Sempoi! Masuk ni, Deen dah banyak kali jadi hos untuk acara ABP. Tahniah Deen & Chad. Kesian mereka, terpaksa cepat balik ke Sri Pentas dan mengharungi jammed sebab nak bersiaran pada malamnya.

Tema Anugerah Bintang Popular kali ini ialah MODEN KLASIK. Jadi, kepada artis yang nak melaram pada malam tu, kenalah mengikut tema yang ditetapkan. Jangan ada yang pakai selekeh atau memilih tema lain pula ya.

Tahun ini adalah tahun ke-24 penganjuran ABPBH dan bakal mempertandingkan 16 kategori kesemuanya. Selain itu ABP kali ini akan mengangkat seorang lagi pemenang keseluruhan iaitu Bintang Paling Popular yang mendapat undian tertinggi dan satu kategori khas iaitu Anugerah Sepanjang Hayat.

ABP 2010 sidang media

Yang pasti, hos untuk ABPBH 2010 adalah terdiri daripada pelawak komedi terkenal tanahair yang pernah mengacara anugerah berprestij ini.

Trofi ABPBH 2010 juga turut diserahkan kepada Encik Mahfar Ali untuk diperkenalkan kepada hadirin.

ABP 2010 sidang media

Tahniah kepada Raja Azura, Shiera dan Zizan Raja Lawak yang telah dilantik untuk menjadi pengacara Anugerah Bintang Popular 2010. Semoga dengan lawak spontan dari mereka akan menghiburkan hadirin dan penonton sekaligus menjadikan anugerah ini lancar dan menghiburkan.

Zizan Raja Lawak

Zizan Raja Lawak

Raja Azura

Raja Azura

Shiera

Shiera

Raja Azura dan Shera pernah menjadi pengacara ABH tahun lepas. Cuma pada tahun ini, Zizan diserap masuk untuk menjadikan ABP lebih ceria. Lagi pun, dari kajian yang dibuat oleh ABP, majlis nampak suram kalau takde hos lelaki dan kurang ‘remaja’. Jadi dengan adanya Zizan, ABP lebih gempak dan happening. Lawak Zizan kan power.

Artis yang akan buat persembahan di pentas ABPBH2010 ialah Adira, Along Raja Lawak, Altimet, Alyah, Ana Raffali, Angah Raja Lawak, Anuar Zain, Azlan & The Typewriter, Dato’ Siti Nurhaliza, Ella, Farhan, Hujan, Johan Raja Lawak, Nabil, Ning Baizura, Shima (Bintang Idola), Shuhaimi Meor Hassan, Yuna dan Zizan Raja Lawak.

Antara penyampai trofi pula ialah Aeril Zafril, AG Hot FM, Ahmad Idham, Aida Aris, Aida Khalida, Anita Sarawak, Ashraf Muslim, Bintang Idola, Dynas Mokhtar, Fahrin Ahmad, Faizal Tahir, Fasha Sandha, Fiz Fairuz, Hans Isac, Irma Hasmie, Jehan Miskin, Juliana Miskin, Juliana Evans, Kamal Adli, Natasha Hudson, Raja Azmi, Rita Rudaini, Shaarnaz Ahmad, Shah Jaszle, Sharifah Zarina, Sheera Iskandar dan Suraya Hot FM.

Anugerah Bintang Popular 2010 akan diadakan di Arena of Stars, Genting Highland pada 3 April 2011. Anugerah tahunan ini bertemakan Moden Klasik, tema yang akan memperagakan fesyen yang moden dan klasik dengan fabrik anggun dibawa oleh Euro Moda Gulati’s dan 5 pereka muda yang menggelarkan diri mereka 5 Star iaitu Rizman Ruzaini, Hatta Dolmat, Zery Zamry, Hazwani Osman dan Nik Erwan Roseli.

Ramai artis popular hadir untuk memperagakan rekaan dari pereka 5 Star ini. Antaranya Dynaz, Adeline Tsen, Ning Baizura, Scha Alyahya, Liyana Jasmay, Adira, Natasha Hudson, Alyah, Faezah Ilai dan ramai lagi.

ABP 2010 sidang media

Pertunjukan fesyen ini diiringi persembahan nyanyian oleh juara BIBH2008, Nazatul, Naib Juara, Syazwani selain dua bakat baru, Wana dan Nashrin.

Pengumuman hos, penyampai anugerah dan barisan artis yang buat persembahan telah berlangsung pada jam 3 petang semalam (24 Februari 2011) di Holiday Villa, Hotel & Suite yang turut dihadiri oleh Encik Mahfar Ali, Timbalan Pengarang Kumpulan Berita Harian merangkap penasihat 1 ABPBH2010, Hanizam Abdullah, Pengarang Bersekutu Edisi Mingguan merangkap Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pengelola ABHBH2010, Zainuri Misfar, Pengarang HIburan Berita Harian merangkap Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pengelola ABPBH2010, rakan penaja, media dan artis yang bakal buat persembahan pada malam anugerah itu nanti.

Pada majlis itu juga penyerahan tajaan daripada Naza Bike dan SimplySiti sebagai rakan penaja dan penyertaan Celcom Axiata Berhad sebagai penaja utama yang akan bersama menjayakan ABPBH tahun ini turut diadakan.

Penyerahan tajaan dilakukan oleh wakil penaja kepada Encik Mahfar Ali, Timbalan Pengarang Kumpulan Berita Harian merangkap Penasihat 1 ABPBH2010.

Road Tour ABP masih giat diadakan bagi mempromosikan acara ini kepada umum. Terkini, Road Tour ABP akan singgah di The Mall Kuala Lumpur pada 5 dan 6 Mac 2011.

Anugerah Bintang Popular 2010 akan bersiaran langsung di TV3 dan boleh didengar menerusi HotFM bermula jam 9 malam.

ABP 2010 sidang media

ABP 2010 sidang media

ABP 2010 sidang media

ABP 2010 sidang media

ABP 2010 sidang media

ABP 2010 sidang media

ABP 2010 sidang media

ABP 2010 sidang media

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. yes..!!! zizan jd pengacara n akn wat persembahan… tp sayang.. johan x jd pengacara skali ngan zizan… tp x per.. johan pown ader wat persembahan nanti.. x sabar2 nyerw nak tgk ABPBH nanti… Yay..!!

  2. Dato CT seharusnya diberi penghormatan sbg penyampai anugerah bg kategori Penyanyi Wanita Popular baru lah ader simbolik krn bg peluang kat pendtg baru utk memegang trofi tersebut …

  3. salam sume…mmg bestlah kalu mreka bertiga ni bgabung…mesti mletop kebebom pnye…xsbar nk tgok ni….msti smpi terputus urat kntut…huhuhuhu…cayalah!di harap sume dpat mnonton ABPBH ni…mmg rugi kalu terlpas…tahniah gak pd kak shiera,kak raja engku dan zizan..smuga dpat mlaksanakan tgas nti dgn baik dn lancar dan snuge success slalu.t.ksh

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Gambar Scha Alyahya di Sidang Media ABPBH2010

STRONG DEBUT OF COVERT AFFAIRS