in , ,

Annas Easkey Lancar Produk Kosmetik Lantik Ayda Jebat Jadi Duta

Tidak seperti kanak-kanak seusianya, beliau membesar dalam suasana serba kekurangan, tambahan pula adik-beradik yang ramai memerlukannya sentiasa berusaha mendapatkan sendiri apa yang diimpikan

Ayda Jebat

Menjadi anak petani bukanlah kehidupan yang mudah lebih-lebih lagi ibunya hanya seorang suri rumah sepenuh masa yang hanya menunggu hasil titik peluh suami di kebun sayur untuk membesarkan anak-anak

Tekad untuk mengubah nasib keluarga, Mohamad Anas Zahrin Atan, 31, yang dahulunya mengelilingi kampung menjual hasil tanaman sayuran, kini mampu menarik nafas lega apabila berjaya menubuhkan syarikat kosmetik sendiri dengan nama ANAS Cosmetics.

IMG_6955

“Darah berniaga memang dah diterap daripada kecil… Bapa sendiri ajar supaya jangan malu untuk berniaga dan cari duit sendiri. Dulu dapat RM2, RM3 sehari pun dah gembira tak terkata. Jadilah, untuk buat duit belanja dan simpan sedikit.

Namun, terdetik di hati sampai bila keluarga perlu lalui semua ini? Dari situ, saya nekad untuk ubah kehidupan keluarga dengan menimba ilmu sebanyak mungkin. Kerana bagi saya, hanya ilmu dan pengalaman, mampu menjadikan seseorang itu berjaya dan dipandang mulia,”

– Annas Easkey
Rahsia Sukses Anak Petani, Kini Pengusaha Kosmetik

Rahsia Sukses Anak Petani, Kini Pengusaha Kosmetik

Mengimbau detik awal, tamat persekolahan, beliau terus mengorak langkah menyambung pelajaran ke tahap lebih tinggi dengan mengambil jurusan Diploma Pengurusan Perniagaan dan seterusnya Sarjana Muda Pengajian Pemasaran di Univerisiti Teknologi Mara (UiTM) dan selepas itu, menimba ilmu “Short Course” di London Fashion School selama tiga bulan pada 2013, dengan tajaan sendiri.

Rahsia Sukses Anak Petani, Kini Pengusaha Kosmetik

Ketika di universiti, Anas yang turut dikenali dengan nama Annas Easkey sentiasa mencari peluang untuk menambah duit poket dengan mengambil upah menangkap gambar rakan-rakan dengan kadar bayaran serendah RM50 untuk satu sesi

“Pada peringkat awal, dengan bermodalkan kamera yang dipinjam daripada rakan, saya galak mencari duit poket sendiri. Sampai satu masa, pendapatan sebulan saya mencecah sehingga RM4,000 ke RM5,000.

Tamat pengajian saya nekad untuk buka studio sendiri dan berkolaborasi dengan rakan-rakan artis di samping aktif di media sosial,”

– Annas Easkey

Mengakui gemar dengan sesuatu benda yang cantik dan suka bermain dengan warna, beliau akhirnya nekad melancarkan produk kosmetik sendiri, ANAS Cosmetics pada Ogos 2017

Selain mahu mencabar diri melakukan sesuatu yang baru, Anas mahu jenama kosmetiknya melengkapi warna-warna wanita ASIA, yang susah untuk didapati pada jenama-jenama antarabangsa lain

“Keunikan ANAS Cosmetics adalah harganya yang mampu milik dan rupa serta kualitinya setanding produk antarabangsa.

Saya tidak mahu bangunkan produk semborono sahaja tetapi saya akan pastikan ia sesuai dengan wanita kita dan wanita daripada kalangan pendapatan sederhana dan rendah turut mampu menggunakan produk berkualiti yang ANAS tawarkan,”

– Annas Easkey

Hasil keringat hampir setahun membuahkan hasil apabila ANAS Cosmetics mendapat pengiktirafan daripada SaSa Malaysia, peruncit kosmetik terkemuka berasal daripada Hong Kong, untuk membeli produknya untuk dijual di rangkaian butiknya

“Kami beruntung kerana jenama ANAS Cosmetics diletakkan sebaris dengan jenama premium yang lain. Dan dalam tempoh dua bulan selepas kerjasama ini, produk Anas diletakkan di 33 outlet SaSa seluruh Malaysia,”

– Annas Easkey

Ketika ini, ANAS Cosmetics menawarkan lima jenis produk kecantikan termasuk gincu, pembayang mata dan maskara.

April ini, ANAS Cosmetics akan melebarkan rangkaian produknya kepada lebih 20 jenis termasuk penutup cela, pemerah pipi, bedak asas. Selain SaSa, produk ANAS Cosmetics juga boleh didapati di FashionValet dengan harga sekitar RM29-RM89

Setiap kejayaan pastinya berdepan badai, begitu juga Anas yang sebelum ini pernah dibebani hutang dengan pembekal hampir RM1 juta

“Ketika itu, saya hampir putus asa dan mahu tinggalkan apa yang saya usahakan selama ini dan pulang ke kampung menemani ibu. Hampir sebulan saya kumpul kekuatan diri dan ibu adalah sumber kekuatan saya untuk bangkit dan capai apa yang saya ada sekarang ini,”

– Annas Easkey

Annas juga turut mengusahakan perniagaan pakaian dengan jenama ASHH&ANNAS

Berkongsi kejayaan perniagaannya, Anas berkata, beliau bernasib baik kerana memiliki ramai rakan artis yang tidak kekok untuk mempromosi dan menyokong produk beliau

“Prinsip yang pegang sehingga hari ini, jika buat baik pada orang, perkara itu datang balik kepada kita. Sebab tu saya tidak ramai kawan tetapi kawan yang saya ada sangat menyokong usaha saya dari dahulu hingga kini,” katanya sambil menyebut beberapa nama seperti Ayda Jebat, Izara Aishah, Hanis Zalikha dan Rozita Che Wan serta ramai lagi

Mengenai perancangan masa depan, Anas berkata, pihaknya mensasarkan ANAS Cosmetics dijual di 280 outlet SaSa seluruh dunia termasuk di Taiwan dan Korea serta mampu menembusi pasaran Asia Barat serta Indonesia dalam tempoh lima tahun dari sekarang

“Dengan peluasan pemasaran dan penambahan jumlah produk, kita jangka pendapatan syarikat akan meningkat 10 kali ganda daripada nilai jualan semasa,”

– Annas Easkey

Beliau juga berharap, jenama ANAS Cosmetics mampu menjadi jenama pilihan dan wajib ada di ‘setiap rumah’ sebaris dengan jenama antarabangsa satu masa nanti.

Umur: 31 tahun
Adik beradik: 6 daripada 9 adik beradik
Asal: Tanjung Sedili, Kota Tinggi
Kelayakan akademik: Diploma Pengajian Perniagaan UiTM Jengka Pahang,
Sarjana Muda Pentadbiran Pemasaran UiTM Segamat
Short Course at Leight Keily (Photographer at London Fashion School)
Website: anasism.com
Instagram: @anasism

Rahsia Sukses Anak Petani, Kini Pengusaha Kosmetik
Rahsia Sukses Anak Petani, Kini Pengusaha Kosmetik
Rahsia Sukses Anak Petani, Kini Pengusaha Kosmetik
Rahsia Sukses Anak Petani, Kini Pengusaha Kosmetik

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Dato' Seri Siti Nurhaliza

Dato’ Sri Siti Nurhaliza & Janna Nick di Pelancaran Vivo V15Pro Petang Ini

Sarah Hildebrand

Betul Ke Ini Kekasih Baru Sarah Hilderbrand Seperti Yang Didakwa Nabil Mahir?