in ,

Rahsia Ga-In Tampil Hebat Dalam Video Klip Gentleman PSY

[dropcap]K[/dropcap]lip video muzik penyanyi sensasi Psy berjudul Gentleman semakin mendapat perhatian di Youtube. Ternyata, hari demi hari, bilangan penonton semakin bertambah walaupun ramai yang mengatakan video klip ini tidaklah segah video klip Gangnam Style. Ternyata, satu sejarah lagi telah dicapai di mana jumlah 100 juta penonton video klip ini di Youtube bikin satu lagi fenomena.

Tak ramai yang tahu, dalam video klip ini menampilkan Ga In, seorang penyanyi, penghibur dan pelakon wanita terkenal di Korea. Ga-In  (born Son Ga-In (손가인) khabarnya sanggup diet semata-mata untuk tampil langsing dan seksi dalam video klip ini.

ga-in-diet

Dalam satu temubual, Ga In menyatakan beliau hanya mengambil hanya satu hidangan sahaja dalam sehari selama seminggu sebelum pengambaran video klip Gentleman. Walaupun beliau tidak merasakan kesan yang banyak, namun amalan diet selama seminggu membuatkan dirinya rasa lebih hebat.

“I was contacted only 1 week before the MV filming. I had to wear something revealing, but since it was such a short time to diet, I only ate 1 meal a day.” She added, “I didn’t get much effect from the diet, but it made me feel better.”

Pengorbanan Ga In dikatakan sangat berbaloi dengan jumlah tontonan yang mencetuskan satu lagi rekod di Youtube. Begitu juga dengan Psy yang berpuas hati dengan video klipnya walaupun terpaksa diedit berkali-kali. Mungkin lepas ni Ga-in boleh gain weight dan tak perlu nak diet lagi.

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Potongan Harga Tiket 20% Untuk Konsert Wings Rockestra 2013

K-POP Dream Concert Live in Malaysia