in ,

Potongan Harga Tiket 20% Untuk Konsert Wings Rockestra 2013

Hari ini, penganjur dan penerbit Konsert Wings Rockestra, Anggerik Event Sdn Bhd telah mengumumkan potongan harga tiket sebanyak 20%.

[pullquote align=”right”]Wings Rockestra 2013 Bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan akan diadakan pada 26, 27, 28 & 30 April 2013 di Panggung Sari, Istana Budaya[/pullquote]

Ini berikutan sambutan memberangsangkan dari peminat WINGS dan sokongan dari pihak penaja korporat yang sangat menggalakkan, penganjur ingin merancakkan lagi suasana menjelang persembahan WINGS ROCKESTRA 2013 tidak lama lagi dengan menawarkan harga diskaun seperti berikut:

Tawaran potongan harga 20% untuk tiket-tiket berharga RM199, RM249, RM299, RM399 dan RM499 untuk menonton WINGS ROCKESTRA 2013

Tawaran ini sah hanya untuk tempoh yang terhad sahaja bermula dari 10 hingga 25 April 2013 ! Sila dapatkan segera harga istimewa ini !

Untuk peminat yang sudah membeli tiket, layak untuk menebus sehelai t-shirt eksklusif WINGS ROCKESTRA 2013 dari gerai jualan Sayap2 WINGS di ruang legar Istana Budaya pada hari persembahan mulai 26 April hingga 30 April 2013.

Wings

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Sinopsis & Trailer Filem Mencari Cinta Lakonan Nora Danish

Rahsia Ga-In Tampil Hebat Dalam Video Klip Gentleman PSY