in ,

KRU Music Lancar Album Kompilasi GERENTI BEST & GERENTI KAROK

Selepas kejayaan album-album kompilasi yang terdahulu, KRU Music sekali lagi tampil dengan dua buah album kompilasi berjudul ‘Gerenti Best’ dan ‘Gerenti Karok’ khas buat para peminat KRU Music dan telah dilancarkan pada minggu lepas.

Pelancaran kedua-dua album ini telah dilakukan Rabu lepas pada 4hb Februari 2015 bertempat di Neway Karaoke, One Utama, Bandar Utama. Antara artis yang telah sama-sama memeriahkan sesi pelancaran ini adalah Edry Abdul Halim, Jaclyn Victor, Ameer dan One dari kumpulan Forteen, ZiaBella dan juga kumpulan #tag yang turut beraksi sebagai pengacara.

image005

KRU Music telah berkolaborasi bersama Hot FM bagi sesi pelancaran ini di mana Hot FM telah menjalankan pertandingan berdurasi seminggu di mana para pendengar yang ingin berkaraoke bersama artis-artis KRU harus memberi slogan yang paling kreatif di dalam laman web Hot FM.

Seramai 20 orang pemenang bertuah telah dipilih dan turut bersama-sama memeriahkan sesi pelancaran ‘Gerenti Best’ dan ‘Gerenti Karok’ ini. Gimik pelancaran telah dilaksanakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif KRU Music, Rizal Sahimy.

‘Gerenti Best’ merupakan album audio CD yang menampilkan 16 lagu hits terbaik KRU Music kombinasi artis lama dan baru. Antara lagu-lagu hit tersebut adalah “Romancinta” (Mojo), “Al-Haq…Yang Satu” (Mawi & Dato AC Mizal), “Ikut Rentakku” (Jaclyn Victor), “Rintihan Qalbu” (Qalam Band ft. Rafidah Ibrahim), “Hanya Diriku” (Sofazr), “Ingatkan Dia (Wings), “Kekasih Abadi” (Yusry & Lisa) dan “Hitam” (Dualiti feat. Ameerais) ‘Gerenti Karok’ pula merupakan album kompilasi DVD karaoke menampilkan 15 lagu hits terbaik berserta dengan klip video muzik. Antara 15 MTV hits terbaik itu adalah “Adiwira” (ZizanKRU), “Dikau Saja” (Forteen), “Romancinta” (Mojo), “Al-Haq…Yang Satu” (Mawi & Dato AC Mizal), “Ikut Rentakku” (Jaclyn Victor), “Ingatkan Dia” (Wings), dan “Penghibur Jalanan” (Hazury).

Para peminat boleh merasakan pelbagai jenis genre muzik di dalam album-album ini baik dari genre balada, pop, rock mahupun hip hop yang pastinya menjanjikan kepuasan buat seluruh peminat KRU Music.

Kedua-dua album kompilasi “Gerenti Best” dan “Gerenti Karok” ini boleh didapati di cawangan-cawangan Speedy, Music Valley, dan Rock Corner sekarang dengan harga RM21.90 (Gerenti Best) dan RM19.90 (Gerenti Karok).

Album-album kompilasi ini merupakan terbitan KRU Music Sdn. Bhd. Dan diedarkan oleh Sony Music Entertainment Malaysia Sdn. Bhd.

image006

Launching

Gerenti Best & Gerenti Karok

Artiste with fans

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Gambar Sekitar Konsert TAEYANG Rise World Tour in Malaysia

Rahsia Di Sebalik Kemenangan Sam Smith di Anugerah GRAMMY