in ,

Review Radisson Blu Conference & Airport Hotel, Istanbul

Turki kini menjadi salah satu negara yang paling sering dikunjungi rakyat Malaysia sekiranya bercuti jauh ke luar negara. Bisa jadi kerana negara ini mempunyai cuaca yang berbeza dan keindahan peninggalan seni bina Eropah serta Asia ada terdapat di negara ini. Apatah lagi dengan kemegahan bandaraya Istanbul yang kerap menjadi tumpuan para wisatawan seluruh dunia.

Dan seandainya ada yang berencana untuk singgah sebentar di Istanbul melalui penerbangan transit dan ingin bermalam sejenak berdekatan dengan lapangan terbang Istanbul (supaya mudah berlepas ke destinasi seterusnya), Radisson Blu Conference & Airport hotel merupakan hotel yang sangat sesuai.

radisson7

Malah, dapatkah anda bayangkan bagaimana rasanya bermalam di sebuah tempat yang menawarkan pemandangan kapal terbang mendarat di luar jendela anda?

Itu merupakan sesuatu yang biasa di hotel ini kerana di seberang jalan hotel ini adalah landasan berlepas serta mendarat lapangan terbang Istanbul. Biarpun ia sebuah hotel lapangan terbang, hotel ini bernaung di bawah jenama mewah Radisson Blu yang terkenal di seluruh dunia. Dan hotel ini juga memberikan perkhidmatan setaraf hotel-hotel lima bintang antarabangsa.

Tambahan lagi, sebagai sebuah hotel lapangan terbang hotel ini menyediakan kemudahan shuttle atau kenderaan percuma dari lapangan terbang Istanbul ke hotel dan sebaliknya. Kenderaan yang datang setiap setengah jam sangat memudahkan tamu kerana hotel ini terletak hanya sekitar dua kilometer dari lapangan terbang.

Terletak secara strategik berdekatan lapangan terbang Istanbul, hotel ini menampilkan 326 buah bilik dan suite, di mana para tamu boleh beristirehat dalam persekitaran yang selesa dengan pemandangan laluan kapal terbang di luar jendela!

Setiap bilik dihias dengan moden dan praktikal untuk keperluan tamu serta dilengkapi dengan kemudahan seperti sambungan internet wi-fi percuma, TV satelit, teh dengan kopi dan seumpamanya.

Ia juga mempunya sebuah restoran dan ‘lounge’ atau ruang tamu eksklusif iaitu Olivos Resturant serta Mandarin Bar. Tidak ketinggalan seperti hotel-hotel mewah lain, ia turut dilengkapi sebuah kolam renang, sebuah pusat senaman dan kesihatan dan juga sebuah tempat mandian hammam yang sangat sinonim dengan Turki!

Dan sekiranya ada yang ingin menganjurkan acara, hotel ini mempunyai ruangan kapasiti untuk mengadakan persidangan dan menampung sehingga 1000 orang!

Dengan perkhidmatan yang baik serta pemandangan luar jendela yang tidak mungkin ada di hotel lain, penginapan di Radisson Blu Conference & Airport Hotel Istanbul memang harus dicuba sekiranya anda mempunyai penerbangan sambungan untuk beberapa jam dari satu destinasi ke destinasi yang lain ataupun sekiranya anda malas untuk bangun pagi dan mengejar pesawat di awal pagi!

Untuk keterangan lanjut layari https://www.radissonblu.com/en/hotel-istanbulairport

radisson5

radisson6

radissonblu2

radissonblu3

radissonblu4

Penginapan mudah nan mewah di Radisson Blu Conference & Airport Hotel, Istanbul
oleh Shah Shamshiri

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem THE KID FROM THE BIG APPLE Yang Menyentuh Perasaan

Nurul & Ajai Kongsi Rasa Bangga Anak Cemerlang 9A SPM