in ,

Filem THE KID FROM THE BIG APPLE Yang Menyentuh Perasaan

Three Production Sdn Bhd dengan kerjasama GSC Movies bakal mempersembahkan The Kid From The Big Apple, sebuah filem tempatan yang telah berjaya merangkul pelbagai anugerah antarabangsa, pada 10 Mac 2016 di pawagam di seluruh Malaysia.

Filem sulung arahan Jess Teong ini telah berjaya merangkul empat anugerah di Festival Filem Antarabangsa Macau ke-7, Disember lalu menerusi Penulisan Skrip Terbaik, Pelakon Baharu Terbaik (Tan Qin Lin), Pelakon Lelaki Terbaik (Tommy Tam) dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Jessica Hester Hsuan).

BigApple-Poster-2016(e)

Selain itu, filem ini juga telah mendapat pengiktirafan sebagai finalis rasmi bagi New York Screenplay Contest 2014 dan Hollywood Screenplay Contest 2014. Bukan itu sahaja, ia juga bakal ditayangkan di Festival Filem Asia Osaka ke-11 pada bulan ini, diikuti oleh tayangan di seluruh pawagam di Singapura pada 10 Mac, Taiwan pada 11 Mac dan Hong Kong pada 21 April 2016.

The Kid from the Big Apple mengisahkan tentang seorang kanak-kanak, Sarah yang dibesarkan di New York melawat Malaysia buat pertama kali untuk tinggal bersama datuknya, Gen. Seterusnya, pelbagai pertempuran budaya dan tradisi yang tercetus daripada perselisihan faham antara dua generasi yang mencuit hati berlaku.

Namun begitu, The Kid from the Big Apple bukanlah hanya sebuah filem komedi kerana ia sarat dengan mesej kekeluargaan dan nilai kemasyarakatan, yang kadang-kala terkesan dengan peredaran teknologi dan kelainan budaya. Filem yang mengetengahkan lakonan pertama pelakon cilik tempatan – Tan Qin Lin dan Tan Jason ini juga menampilkan pelakon popular dari Hong Kong – Tommy Tam (Ti Lung) dan Jessica Hester Hsuan.

“Saya tidak pernah menyangka The Kid From The Big Apple akan menerima pengiktirafan sebesar ini. Tambahan pula, ianya merupakan filem pertama di bawah arahan saya. Ketika menulis skrip untuk filem ini, matlamat saya hanyalah untuk berkongsi sebuah cerita yang jujur dan sangat bermakna untuk para penonton,” kata Jess Teong yang juga merupakan penerbit untuk filem Paper Moon (2013) yang telah memenangi Filem Bukan Melayu Terbaik di Festival Filem Malaysia Ke-26.

Filem yang telah berjaya mengharumkan nama Malaysia baru-baru ini juga menjadi filem tempatan pertama yang bekerjasama dengan rantaian restoran makanan segera antarabangsa, McDonald’s. Menerusi kerjasama itu, McDonald’s memberikan baucar filem The Kid From The Big Apple daripada Golden Screen Cinemas (GSC) untuk kanak-kanak secara percuma dengan setiap pembelian hidangan McValue atau Happy Meal.

Filem ini juga disokong oleh Mah Sing Group, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Malaysia Airlines Berhad dan DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur.

FILEM MALAYSIA YANG MERANGKUL PELBAGAI ANUGERAH ANTARABANGSA, THE KID FROM THE BIG APPLE BAKAL DITAYANGKAN PADA 10 MAC 2016.

IMG_7148THE KID FROM THE BIG APPLE

THE KID FROM THE BIG APPLE

Mengenai Three Production Sdn Bhd

Three Production Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat produksi filem yang terlibat dalam keseluruhan ekosistem pembikinan filem seperti: pembangunan, pengeluaran, pengedaran dan pemasaran filem komersial untuk pasaran utama Asia dan seluruh dunia. Diasaskan oleh penerbit dan pengarah daripada Hong Kong, Stanley Law pada tahun 2010, Three Production kini berusaha untuk membangunkan sebuah jenama yang kreatif dalam industri perfileman dengan konsep asal dan kandungan yang unik.

sila layari www.threeproduction.net

Nota Produksi: Jess Teong

Karya Asal / Skrip Pengarah: Jess Teong

Genre: Komedi, Drama

Penerbit: Stanley Law

Penerbit Eksekutif Syarikat: Peter Poon, Sean Lee, Vivian Hsu, Jack Zhong

Edaran : Three Production Sdn Bhd & GSC Movies

Pelakon Utama:
Tommy Tam/Ti Lung (sebagai Lin Chun Gen), Tan Qin Lin (sebagai Sarah Lin), Tan Jason (sebagai Zhang JiaBao)

Penampilan Istimewa: Jessica Hester Hsuan (sebagai Sophia Lin)

Tayangan: 10 Mac 2016

Bahasa : Mandarin / Bahasa Inggeris

Sarikata: Mandarin / Bahasa Inggeris / Bahasa Malaysia

Durasi : 120 minit

Klasifikasi:U

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jadual Siri Jelajah SAMSUNG GALAXY S7 Seluruh Malaysia

Review Radisson Blu Conference & Airport Hotel, Istanbul