in

Elizabeth Tan Kini Ambik Kelas Vokal Cikgu Shafi

Semasa Budiey hadir di Pelancaran Single Terbaru Shaheizy Sam berjudul BANGUN semalam, Budiey sekali lagi bertemu dengan seorang penyanyi baru yang bakatnya dicungkil dari Youtube. Nama dia Elizabeth Tan. Sebelum ini, Budiey pernah jumpa dan temubual Eli semasa dia hadir di Anugerah Juara Lagu ke-28 yang lalu.

Elizabeth Tan ada kasi tau Budiey yang sekarang dia masih lagi belajar dan dia begitu optimis untuk menceburkan diri dalam bidang nyanyian seterusnya mahu berjaya dalam industri muzik mainstream. Jadi, untuk menajam dan mengasah vokalnya, Elizabeth Tan telah menghadiri kelas vokal yang dikendalikan oleh Cikgu Shafi secara insentif.

[pullquote]Bagi Budiey, ini satu tindakan yang bagus sebab tak semua penyanyi di Malaysia yang sedar betapa pentingnya kelas vokal. Kalau kita tengok, penyanyi yang dah berjaya seperti Hafiz Suip pun masih lagi menghadiri kelas vokal. Apatah lagi penyanyi baru yang meningkat populariti.[/pullquote]

Youtuber yang terkenal dengan nyanyian semula lagu Havoc ini merasakan karisma dan personaliti juga sangat penting untuk menjadi bintang. Bukan mudah kerana selain mahu jadi diri sendiri, imej penampilan serta keyakinan diri yang tinggi juga sangat penting. Eli memang ada masa dan beliau rela serta tiada paksaan dari mana-mana pihak untuk belajar vokal. Dengarnya, Eli ambil kursus selama 10 sesi secara insentif.

Kelas pertama beberapa hari lalu membuatkan Elizabeth Tan begitu teruja sebab dapat belajar banyak perkara dan ilmu yang baru. Pengalaman juga penting untuk penyanyi sepertinya untuk memperbaiki dan tidak mengulangi kesilapan. Nyanyian baginya adalah satu latihan. Kena kerap berlatih dan eksperimen. Sikap selalu mencuba membuatkan dirinya mahu menjadi penyanyi yang sempurna suatu masa hari nanti.

Selain belajar vokal, Elizabeth juga mahu belajar bercakap Bahasa Melayu dengan fasih. Ini kerana, sekarang ini beliau masih lagi tak lancar berbahasa Melayu. Jadi, kalau boleh sekarang ini dia mahu menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa hariannya.

Terbaru, Elizabeth Tan juga baru sahaja buat persembahan di The Bee, Publika dan sambutannya sangat menggalakkan. Dengarnya, ramai juga peminat yang hadir dan di situ, Elizabeth dapat mengenali dan berkomunikasi dengan peminat secara tak langsung. Menurut Elizabeth, dia juga rasa tak percaya dengan sambutan yang diberikan.

Akan datang, sebuah single terbaru akan menemui peminat beliau. Nantikan ya!

Jom tengok gambar penampilan Elizabeth Tan di Pelancaran Lagu Terbaru Shaheizy Sam:

ELIZABETH TAN

ELIZABETH TAN

ELIZABETH TAN

ELIZABETH TAN

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

ntv7 Umum 5 Wanita Pilihan BELLA HOPES

Rebecca Nur Al-Islam Kini Berhijab Lepas Buat Umrah