in ,

Quotes of the Day: Kalau Datuk Dah Cakap Ya, Ya lah! – Zizie

Maka, SAH lah, Zizie Izette dan Datuk Bung Mokhtar sudah pun KAHWIN! Tahniah! Selamat pengantin baru dan melalui musim berbulan madu!

“Kalau Datuk dah cakap ya (sudah berkahwin), ya lah…,” luah Zizie Ezette berhubung kenyataan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin yang akhirnya mengaku beliau sebenarnya sudah mengahwini aktres jelita itu baru-baru ini.

Dalam sebuah akhbar hari ini, Bung Mokhtar mengaku beliau dan Zizie sudah berkahwin tetapi tidak memaklumkan tarikh dan tempat pernikahan berlangsung. Buat masa ini, ahli politik itu memohon semua pihak agar menghormati privasi mereka dan berjanji akan mengundang media jika mereka mengadakan majlis resepsi kelak. Diminta mengulas tentang pengakuan tersebut, dalam nada tenang, pelakon berusia 31 tahun berkata, dia menghormati kenyataan yang dikeluarkan oleh ahli politik itu. Namun, bagi pihaknya sendiri, dia belum bersedia untuk mengulas lanjut tentang pengakuan tersebut. Zizie juga tidak mengiyakan mahupun menafikan tentang perkahwinan itu dan menyerahkan kepada masyarakat untuk berkata apa saja walaupun Bung Mukhtar mengaku telah mengahwininya.

“Saya dalam situasi yang sukar. Saya perlu menjaga hati banyak pihak. Insya-allah, bila masanya tiba, saya berjanji akan bercakap lanjut tentang perkara ini. Kalau betul saya sudah berkahwin pun, saya tidak salah di sisi hukum Allah, cuma mungkin saya bersalah mengikut hukum manusia. Tapi jika sudah ditakdirkan itu jodoh saya, elak macam mana pun tetap tidak boleh lari. Bagi siapa yang mengenali saya termasuklah wartawan-wartawan yang baik dengan saya, mereka tahu saya tidak pernah bercinta dengan suami orang. Semuanya adalah lelaki bujang. Tetapi kalau sudah jodoh, saya tidak mampu menghalang,” ujar Zizie yang kini sedang sibuk menjalani penggambaran drama Suraya. [sumber]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert Radio Rosak 2009 Pada 26 Disember Ini di Stadium Negara

The Final Four Teams Battles for the Champion Title