in

Konsert Radio Rosak 2009 Pada 26 Disember Ini di Stadium Negara

Neo Worldwide Entertainment ingin mengajak anda berhibur dengan lagenda rock tanahair, FTG, Search dan Wings di Konsert Radio Rosak 2009 yang akan diadakan di Stadium Negara pada 26 Disember 2009.

Ramai band-band indie dan popular tempatan akan berentap di konsert ini.

Tiket-tiket boleh didapati di www.neogendang.com pada harga RM18 dan RM25.

4198940277 F02102C199 O | 4

KONSERT RADIO ROSAK ini merupakan cetusan idea Ahli Parlimen Johor Bahru, Yang Berhormat Dato’ Shahrir Abdul Samad dan Pengarah Neo Worldwide Entertainment, Encik Edrie Hashim.

4198938567 732C2A0C49 O | 5

Konsert Radio Rosak 2009 ini sebenarnya diadakan di 3 lokasi bermula 25 April 2009 bertempat di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Bahru, Johor. Sambutan dari peminat begitu menggalakkan.

4199693528 51E01B1Df1 O | 6

Manakala lokasi kedua konsert ialah pada 27 Jun 2009 di Stadium Perbadanan Majlis Perbandaran Pasir  Gudang dengan mendapat kerjasama daripada Parlimen Pasir Gudang.

4198938567 732C2A0C49 O | 5

Menurut pengarah Neo Worldwide Entertainment, iaitu komposer terkenal, Encik Edrie Hashim, beliau amat berbesar hati dan terharu di atas kesudian Dato’ Shahrir melantik Neo Worldwide Entertainment untuk menguruskan Konsert Radio Rosak dan bekerjasama untuk menganjurkan konsert terbabit. 

4199693636 Ef6441Bd4F O | 8

Menurutnya lagi, usaha murni dan sokongan padu yang diberikan oleh Dato’ Shahrir amat dihargai dan sekaligus dapat memartabatkan dan mempertingkatkan status muzik di kalangan peminat muzik di Malaysia dan dengan adanya konsert seperti ini, ia dapat memberi kefahaman dan pendedahan kepada masyarakat mengenai muzik  indie yang semakin mendapat tempat di kalangan peminat muzik.

Sebanyak sepuluh band tempatan yang akan beraksi di Konsert Radio Rosak iaitu Projek Pistol, Cili, Zip Ziller, Auburn, Stereo Sakit, Radhi OAG, Bunkface, Estranged, The Rhaman dan Plague of Hapiness. Konsert Radio Rosak ini telah diadakan di Johor Bahru pada 25 April 2009.

4198938725 08B4Aa2Ba4 O | 9

Manakala lokasi seterusnya ialah di Pasir Gudang (27 Jun 2009), Melaka (3 Oktober 2009),  dan lokasi terakhir ialah di Stadium Negara, Kuala Lumpur (26 Disember 2009) dengan menampilkan lagenda rock tanahair, FTG, Search dan Wings.

Tiket-tiket boleh didapati di www.neogendang.com pada harga RM18 dan RM25. Bagaimanapun, untuk lokasi terakhir di Kuala Lumpur, tiket dijual pada harga RM30 dan tiket-tiket boleh didapati di tiket hotline. Manakala media rasmi bagi Konsert Radio Rosak ialah XFM, SINAR FM, Majalah Konsert dan Portal Gua.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pelancaran Album Kompilasi Radio Rosak 2009

Quotes of the Day: Kalau Datuk Dah Cakap Ya, Ya lah! – Zizie