in , ,

Puteri Sarah Unfollow IG Syamsul Yusof, Didakwa Ke Pejabat Agama

Dakwaan kononnya Puteri Sarah Liyana hadir ke Pejabat Agama Islam Daerah Gombak pada Jumaat lalu menimbulkan spekulasi tentang hubungan rumah tangganya dengan pengarah filem Syamsul Yusof sedang berantakan.

Menerusi laporan Harian Metro, Puteri Sarah dilihat mengenakan jubah dan bertudung hitam memasuki bahagian undang-undang keluarga. Puteri Sarah dikatakan hadir ke pejabat berkenaan ditemani seorang wanita dipercayai ibu mertuanya iaitu Datin Fatimah Ismail.

Puteri Sarah Unfollow Ig Syamsul Yusof, Didakwa Ke Pejabat Agama

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan tujuan sebenar Puteri Sarah mengunjungi pejabat agama itu.

Ditanya mengenai dakwaan tersebut, Puteri Sarah memilih untuk tidak mengulas lanjut.

“Maaf, tiada apa yang ingin saya kongsikan buat masa ini,” katanya.

– PUTERI SARAH
Puteri Sarah Unfollow Ig Syamsul Yusof, Didakwa Ke Pejabat Agama

Usaha wartawan mStar untuk mendapatkan penjelasan Syamsul tidak berjaya apabila panggilan tidak dijawab.

Tinjauan mendapati Puteri Sarah juga sudah berhenti mengikuti atau ’unfollow’ akaun Instagram suaminya, bagaimanapun Syamsul masih lagi mengikuti akaun wanita itu.

Foto terakhir dimuat naik pasangan itu ialah pada Hari Raya Aidilfitri sekitar Mei lalu.

Puteri Sarah Unfollow Ig Syamsul Yusof, Didakwa Ke Pejabat Agama
Salah satu perkongsian Puteri Sarah di Instastory.

Menerusi Instastory, Puteri Sarah turut berkongsi paparan skrin kata-kata semangat yang ditulis dalam bahasa Inggeris.

“Ahad… ini bukan tentang hubungan sempurna, ini tentang mencari seseorang yang sesuai dengan kamu dan akan melalui segalanya tanpa putus asa, ” kongsinya.

Pelakon drama Cinta Antara Kita ini berkahwin dengan Syamsul Yusof pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 3, dan Sumayyah, setahun.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nabil Ahmad | 16

Adakah Ini Senarai Peserta Gegar Vaganza 2020?

Jannince Weigel | 17

AirAsia Lancar Single Baharu Pertama oleh Jannince Weigel berjudul Passcode