in ,

Puteri Sarah Liyana Beraya Dengan Mentua, Undang Rasa Sebak Netizen

Foto sambutan Hari Raya Aidilfitri pelakon Puteri Sarah Liyana yang meraikan 1 Syawal bersama keluarga mentuanya, Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail mengundang sebak dalam kalangan netizen hari ini.

Menerusi beberapa perkongsian Instagram, pemilik nama penuh Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin itu dilihat mengenakan pakaian sedondon berwarna hijau bersama dua anaknya, Syaikhul dan Sumayyah.

Paling membuatkan ramai sebak adalah foto bintang drama Melastik Ke Hatimu itu bersalaman dengan kedua-dua mentuanya.

Puteri Sarah Liyana Beraya Dengan Mentua, Undang Rasa Sebak Netizen

Menerusi foto tersebut, Puteri Sarah dan Patimah yang saling berpegangan tangan dengan riak wajah sayu antara satu sama lain.

Rata-rata netizen berharap hubungan Puteri Sarah dengan keluarga mentuanya kekal dan tidak akan terkesan biarpun terhimpit kemelut rumah tangga ketika ini.

Puteri Sarah Liyana Beraya Dengan Mentua, Undang Rasa Sebak Netizen

“Sebak pula lihat foto Puteri Sarah bersama  Yusof dan Patimah. Harap bukan yang terakhir.

“Datin dan Puteri Sarah menangis dalam foto terakhir, orang pula yang rasa sedih.

“Terbalik pula, sepatutnya Syamsul pulang tetapi menantu yang pulang beraya dengan mentua,” komen netizen.

Puteri Sarah Liyana Beraya Dengan Mentua, Undang Rasa Sebak Netizen

Terdahulu, Puteri Sarah pernah memberitahu akan meraikan hari lebaran dengan keluarga mentua pada tahun ini.

Semalam, kemelut rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul memasuki episod baharu apabila kedua-duanya saling berbalah menerusi media sosial masing-masing.

Puteri Sarah Liyana Beraya Dengan Mentua, Undang Rasa Sebak Netizen

Syamsul hari ini berharap isteri pertamanya itu membuang perasaan dendam dan tidak menggunakan media sosial untuk meraih simpati ramai.

Manakala Puteri Sarah pula mengakui menyesal mendirikan rumah tangga dengan pengarah Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu dalam masa sama berharap lelaki itu melepaskan tanggungjawab serta nafkah terhadap dua anak mereka.

IMG_7024

Dia juga tanpa henti meminta Syamsul segera menceraikannya segera kerana mahu mencari bahagia dan melepaskan diri daripada semua kemelut yang melanda hidupnya ketika ini.

Pada 18 April lalu, kes perceraian Syamsul dan Puteri Sarah yang dijangka menemui noktah sebaliknya bertemu jalan buntu apabila pengarah itu menarik balik keputusan melafazkan cerai selepas mencapai kata sepakat untuk bercerai.

Syamsul enggan melepaskan isteri pertamanya kerana Puteri Sarah didakwa menukar dan menambah beberapa terma dalam perjanjian perceraian, termasuk isu jumlah nafkah dan kes saman terhadap keluarga Ira Kazar.

Syamsul dan Puteri Sarah bernikah pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6 dan Sumayyah, 5 tahun. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Maxis Lancar Filem Raya Maxis Dengan Tumpuan Kepada Generasi Z

ROHANA JALIL

Keadaan Rohana Jalil Masih Kritikal Tapi Lebih Baik, Dipindahkan ke HDU