in , ,

Peraduan Menonton Filem KUTUKAN SEMBILAN SETAN Pada 24 Oktober Ini

Salam semua pembaca Budiey.com… Kepada korang yang nak menang hadiah, jangan lupa teruskan melayari portal ini! Budiey ada 60 tiket untuk menonton filem KUTUKAN SEMBILAN SETAN lebih awal!

Bersempena demgan tayangan filem KUTUKAN SEMBILAN SETAN yang akan berada di pawagam mulai 26 Oktober 2023 ini di seluruh pawagam, Budiey dengan kerjasama  D’ Ayu Pictures mahu mengajak 20 orang pembaca dan selebriti untuk menonton filem yang padat dengan babak yang menyeramkan.

Jadi, adakah anda mahu menjadi orang pertama menonton filem ini? Caranya ada kat bawah ni, jadi jangan berlengah-lengah lagi, okay?

Filem KUTUKAN SEMBILAN SETAN Kisah Seram di Gunung Bromo

Diarahkan oleh Arie Aziz, filem KUTUKAN SEMBILAN SETAN dibintangi barisan pelakon seperti Ajil Ditto, Denira Wiraguna, Frislly Herlind, Fandy Christian, Joshua Suherman, Fadhan Holao, Eric van loo, Sabina Bayramova,Fahira Almira, Brooklyn R, Gerald Krechoff, Egi, Fedly, Eistevanya Alexandra, Aisha Ali, Irna Jufe dan Zenia Zein.

Sementara itu, Arie selaku pengarah pula memberitahu bahawa Kutukan Sembilan Setan bukan sekadar filem seram semata-mata.

Ujarnya, filem terbaharu arahannya itu cuba untuk menjadi sebuah filem seram yang lebih variasi serta berbeza dengan filem seram yang pernah dihasilkan.

KUTUKAN SEMBILAN SETAN akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 26 Oktober 2023.

Filem KUTUKAN SEMBILAN SETAN Kisah Seram di Gunung Bromo

SINOPSIS FILEM KUTUKAN SEMBILAN SETAN

Kutukan Sembilan Setan mengisahkan tentang Verdy bersama rakan-rakannya iaitu Devon, Sarah, Lia dan Miko yang merancang percutian di sebuah kawasan di gunung Bromo serta menyewa sebuah Villa selama lima hari.

Bagaimanapun, setibanya mereka di situ ternyata keadaan Villa berkenaan tidak sama dengan gambar yang diiklankan di internet ketika mereka membuat tempahan.

Selain Villa tersebut yang kelihatan aneh dah menyeramkan, mereka sudah diganggu beberapa kejadian misteri sejak hari pertama menginap di Villa berkenaan.

Peraduan Tayangan Filem KUTUKAN SEMBILAN SETAN

Sensasi Selebriti dengan kerjasama Lumatic Films ingin menghadiahkan 60 tiket untuk pembaca setia Budiey.com menonton filem ini. Tayangan ini akan diadakan pada:

Tarikh:
24 Oktober 2023 (Selasa)

Masa Pendaftaran:
7.30 malam

Tayangan Filem:
8.30 malam

Tempat:
GSC Starling Mall

Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Filem KUTUKAN SEMBILAN SETAN di GSC Starling Mall. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Apa yang korang perlu buat ialah:

1. ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. 

Jawab soalan mudah ini:

1. Namakan dua pelakon utama filem KUTUKAN SEMBILAN SETAN

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu menonton filem KUTUKAN SEMBILAN SETAN kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada: budiey_ismas[at]yahoo.com

dengan tajuk email: Peraduan Tayangan Filem KUTUKAN SEMBILAN SETAN

Tarikh tutup peraduan:

22 Oktober 2023

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada D’ Ayu Pictures dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

GEGAR VAGANZA 2023

Raih 6.11Juta Views, All Stars Gegar Vaganza Program Hiburan No.1 Malaysia

PUTERI KHAREEZA

Puteri Khareeza Tonjolkan Vokal Mantap Menerusi Single Berjudul HELAH