in ,

Kisah Selalu Dipermainkan Kekasih, Naim Daniel Lancar Single MAINAN

Selepas dicalonkan dalam kategori Best Southeast Asia Act di MTV EMA, Naim Daniel akan menggeluarkan single terbarunya yang berjudul Mainan.

Lagu Mainan adalah salah sebuah lagu dari ‘Album Fobia’ yang merupakan lagu bergenre pop ballad, mengisahkan tentang seseorang yang dipermainkan oleh “kekasihnya”.

Lagu Mainan diterbitkan oleh Firdaus Rahmat, Omar K, Mas Dewangga dengan kerjasama Arisz Ab Rahman sebagai penulis lirik.

Lagu Mainan ini boleh didapati dan dimuat turun di semua streaming platform seperti Spotify, Apple Music, JOOX dan lain-lain pada 12 November 2021 manakala musik video pula di saluran Youtube World Peace Entertainment jam 8 .00 malam pada hari yang sama.

MAINAN

Lirik Lagu MAINAN – Naim Daniel

Naim Daniel – Mainan 

Production credits 

Lagu: Firdaus Rahmat (World Peace Ent), Omar K.(World Peace Ent) & Mas Dewangga (World Peace Ent)
Lirik: Arisz Ab Rahman (Nova Music)
Penerbit: Omar K. 

Susunan Muzik: Mas Dewangga & Omar K. Mixing & Mastering: John Jeeves 

Verse 

Jangan kau tanyakan soal dia

Usah cuba ulangi
Kekejaman cinta kita yang dulu

Walau kau menyedari 

Prechorus 

Hanyalah Tuhan yang mampu membuka pintu hatiku 

Chorus 

Erti Cinta bagimu hanya satu permainan
Air mata yang turun pengganti satu dendam 

Sedihku bahagia
Buat kamu
tetapi takkan, takkan
merubah erti cinta 

Verse 2 

Andai kita ditakdirkan semula 

Kisah kasih sejati
Takkan aku cuba ‘tuk memurahkan 

Jiwa tulus dan suci 

Prechorus 

Hanyalah Tuhan yang mampu membuka pintu hatimu 

Chorus 

Erti Cinta bagimu hanya satu permainan
Air mata yang turun pengganti satu dendam 

Sedihku bahagia
Buat kamu
tetapi takkan, takkan
merubah 

Bridge 

Masih adakah kesempatan kali kedua 

Hanya Pada Esa ku serah segalanya 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Batik Malaysia Dipakai oleh Perdana Menteri Jadi Tumpuan

Puteri Aishah Bakal Bernikah Bulan Ini Selepas Saling Mengenali Dua Tahun