in

LoveLove SEDIHSEDIH WinWin CuteCute OMG!OMG! HAHAHA!HAHAHA!

Yang Anda Patut Tahu Tentang Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur

Nam Ron

Secara jujurnya tidak ramai yang mengambilmaklum tentang Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur. Berikut merupakan infomasi yang perlu diketahui tentang PTGKL:

1) Bangunan tiga tingkat yang terletak di Jalan Pahang itu mempunyai kemudahan asas seperti ruang penginapan yang mampu menampung 250 orang, bilik mandi, tandas, dobi, surau, bilik kaunseling, bilik kesihatan dan tempat simpanan barang.

Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur

2) Dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak pada 27 Februari 2016, pusat ini dianggap syurga bagi mereka yang memerlukan.

3) Pusat Transit tersebut merupakan hasil inisiatif tanggungjawab sosial Kementerian Wilayah Persekutuan bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB).

4) Bangunan yang ditubuhkan secara CSR ini merupakan ONE STOP CENTRE bagi golongan gelandangan di ibu kota Kuala Lumpur.

5) Pembinaan pusat itu susulan tinjauan Najib terhadap keadaan gelandangan di ibu kota pada Julai 2014.

6) Kerajaan turut mewujudkan Pusat Khidmat Sementara Gelandangan di Lorong Medan Tuanku 2, Jalan Sultan Ismail di sini, yang hanya menyediakan kemudahan tandas dan bilik air, bilik solat serta fasiliti untuk pengedaran makanan percuma kepada golongan tersebut.

7) PTGKL turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuklah Bilik Rawatan Bulan Sabit Merah bagi merawat memberi bantuan awal kes-kes kecemasan untuk penghuninya sebelum dirujuk ke hospital/klinik berdekatan.

8) Terdapat sebuah dewan makan yang boleh memuatkan 100 orang penghuni dalam satu masa. Sumbangan makanan harian adalah daripada NGO, badan korporat dan orang perseorangan yang akan diselaraskan oleh operator PTGKL.

9) Orang ramai dialu-alukan untuk memberi sumbangan kewangan, makanan, barangan keperluan harian, pakaian (yang bersesuaian dan berkeadaan baik) serta mengadakan program/aktiviti bersama penghuni dangan berurusan terus dengan operator PTGKL.

Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur

10) Cara untuk ke PTGKL:

Stesen terdekat untuk ke Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur adalah:

• Kompleks Campbell, Jalan Dang Wangi adalah 201 meter, 3 min dengan berjalan kaki
• Opp Maju Junction Mall adalah 230 meter , 3 min dengan berjalan kaki
• Opp [email protected] Mara adalah 317 meter, 5 min dengan berjalan kaki
• Kompleks Sogo adalah 331 meter, 5 min dengan berjalan kaki
• Medan Tuanku adalah 306 meter, 5 min dengan berjalan kaki

• Stesen LRT/Monorail Titiwangsa : 450m
• Stesen Monorail Chow Kit : 650m
• Perhentian bas terdekat di Jalan Pahang : 50m melalui GO-KL City Bus (percuma) atau mana-mana bas yang melalui Jalan Pahang

What do you think?

72 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. Saya pelajar tahun akhir psikologi & kaunseling, ingin menjalani praktikum & memberi khidmat kaunseling. Dengan siapa saya boleh berhubung?

  2. Bole saya tahu, selepas sebulan, ape akan berlaku pada mereka jika tempoh menetap sebulan dah berakhir? Dan kebanyakkan mereka dari golongan umur berapa? Jikalau ada pihak yang nak beri peluang pekerjaan pada golongan ini bagaimana caranya?

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Astro Umum Kolaborasi Mega Di Antara Malaysia – Indonesia dalam Projek Nusantara DO[S]A

CELCOM FIRST™ Lancar Pelan Baru FIRST™ Gold Supreme & FIRST™ Platinum Plus