in ,

CELCOM FIRST™ Lancar Pelan Baru FIRST™ Gold Supreme & FIRST™ Platinum Plus

Ingin menonton video pada telefon pintar atau peranti anda tetapi kuota internet tidak mencukupi? Kini pelan pascabayar Celcom FIRST™ menawarkan lebih internet sehingga 100GB dan PERCUMA 100GB Video Walla!

Celcom First™ Lancar Pelan Baru First™ Gold Supreme &Amp; First™ Platinum Plus

CELCOM FIRST™ Perkenal Teman Sempurna Anda

Pelan Celcom FIRST™ telah dipertingkatkan bagi terus memberi keutamaan kepada pengalaman internet pelanggan dan memenuhi keperluan digital mereka.

Pelanggan boleh memilih antara dua pelan terbaru Celcom FIRST™ iaitu:

FIRST™ Gold Supreme – RM 128 (25GB harian + 25GB hujung minggu + 25GB Video Walla Percuma)

FIRST™ Platinum Plus – RM 188 (100GB Internet setiap hari+ 100GB Video Walla Percuma)
Pelan FIRST™ Platinum terkini untuk pelanggan baru dan yang sedia ada telah diperbaharui kepada RM148 bulanan (30GB harian + 30GB hujung minggu), dengan tambahan 30GB Video Walla Percuma! Kesemua pelan FIRST™, termasuk FIRST™ Gold pada RM80 (10GB harian + 10GB hujung minggu), dan FIRST™ Gold Plus pada RM98 (20GB harian + 20GB hujung minggu) ditawarkan bersama panggilan tanpa had, Whatsapp dan WeChat, serta penstriman muzik tanpa had dengan Yonder Music.

Sempena musim perayaan yang istimewa, iaitu sambutan Kemerdekaan ke-60, Celcom memperkenalkan dua program terkini bagi membolehkan pelanggan memiliki telefon pintar baru dengan lebih mudah.

Sembilan model telefon pintar PERCUMA yang menjadi pilihan ramai seperti Huawei P10, iPhone 6 32GB, Samsung Galaxy J7 Pro, Oppo A77 dan banyak lagi akan ditawarkan kepada pelanggan.

Bermula 16 Ogos sehingga 30 September, pelanggan yang mendaftar dengan pelan FIRST™ Gold Plus, FIRST™ Gold Supreme, FIRST™ Platinum dan FIRST™ Platinum Plus boleh memilih salah satu daripada model telefon yang ditawarkan.

Pelanggan FIRST™ Platinum Plus pula akan menikmati diskaun sehingga 55% bagi siri Samsung S8 dan iPhone 7

Celcom EasyPhone™ juga membolehkan pelanggan untuk memiliki sebuah telefon pintar pada harga yang berpatutan. Kini, sesiapa sahaja boleh memiliki peranti terbaru daripada 30 pilihan telefon pintar yang disediakan secara mudah dengan ansuran bulanan serendah RM30 sebulan.

Zalman Aefendy Zainal Abidin, Ketua Pegawai Pemasaran, Celcom Axiata Berhad berkata, pelan Celcom FIRST™ telah diperbaharui untuk memberi pengalaman digital dan penstriman video yang terbaik tanpa kebimbangan akan kehabisan internet.

Celcom First™ Lancar Pelan Baru First™ Gold Supreme &Amp; First™ Platinum Plus

“Dengan internet yang begitu mewah, dan dipadankan dengan cara termudah untuk memiliki telefon bimbit terkini dalam pasaran, serta disokong oleh rangkaian Lightning Fast LTE Celcom, pelanggan tidak perlu mencari-cari lagi pelan yang dapat memenuhi keperluan digital mereka,” kata beliau.

Pelan Celcom FIRST™ boleh dilanggani melalui mana-mana cawangan Blue Cube dan juga Celcom Certified Partners. Untuk maklumat lanjut mengenai pelan Celcom FIRST™, sila layari www.celcom.com.my

Celcom First™ Lancar Pelan Baru First™ Gold Supreme &Amp; First™ Platinum Plus

Celcom First™ Lancar Pelan Baru First™ Gold Supreme &Amp; First™ Platinum Plus

Celcom First™ Lancar Pelan Baru First™ Gold Supreme &Amp; First™ Platinum Plus

Mengenai FIRST ™
FIRSTTM merupakan jenama pascabayar Celcom yang menawarkan pelan internet terbesar. Pelan FIRSTTM telah direka khusus untuk memenuhi selera pengguna yang inginkan lebih banyak data serta menawarkan ciri-ciri seperti panggilan, SMS, dan penggunaan aplikasi perbualan sosial, aliran muzik, dan banyak lagi. Pelan FIRSTTM didatangkan dalam variasi pakej Blue, Gold, Gold Plus, Gold Supreme, Platinum dan Platinum Plus , disokong oleh rangkaian 4G Celcom dan perkhidmatan pelanggan yang telah diiktiraf.

Mengenai Celcom Axiata Berhad
Celcom merupakan penyedia rangkaian data terkemuka di Malaysia dengan 10.2 juta pelanggan. Ditubuhkan pada 1988, syarikat berbangga dengan rangkaian nasional terluas 2G, 3G dan 4G LTE yang meliputi lebih 98% kawasan berpenduduk. Sebagai penyedia perkhidmatan jalur lebar mudah alih dan korporat terbesar pada masa ini, Celcom kini bergerak maju ke arah perkhidmatan pelbagai akses dan multimedia bersepadu, selari dengan teknologi dan perilaku pengguna di Malaysia yang berevolusi. Budaya yang mengutamakan pelanggan dapat dilihat pada khidmat pelanggan, produk dan pengiktirafan korporat lain di peringkat serantau. Celcom merupakan sebahagian daripada Syarikat Kumpulan Axiata, salah satu syarikat telekomunikasi terbesar di dunia, dengan lebih 320 juta pelanggan merentasi 10 pasaran Asia. Untuk maklumat lanjut, layari http://www.celcom.com.my

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tan Sri Muhyiddin Yassin | 23

Yang Anda Patut Tahu Tentang Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur

Prime Minister Officiates AirAsia’s Langkawi-Shenzhen Route