in ,

Best! 10 Promosi Pelancongan Kesihatan Domestik Melalui Alam Maya, Happy Betul

Tourism Selangor Berkolaborasi bersama Tourism Malaysia Bahagian Domestik dalam Penganjuran Sesi Webinar bersama Penggiat Industri Pelancongan Kesihatan Seluruh Malaysia

Buat julung kalinya, pihak Tourism Selangor mengambil langkah proaktif bekerjasama dengan pihak Pejabat Tourism Malaysia Domestik melalui landasan atas talian sebagai usaha untuk meneruskan aktiviti promosi industri pelancongan Kesihatan Negeri Selangor dalam era norma baharu. Sesi Webinar “Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu” menerusi aplikasi ‘Zoom’ tersebut dijalankan dalam beberapa siri dan sesi sepanjang tahun 2021 ini.

Penganjuran Sesi ‘Webinar’ ini adalah untuk menggantikan program dan aktiviti promosi secara fizikal seperti pameran pelancongan, program jelajah dan lawatan produk pelancongan yang sebelum ini dijadualkan tetapi tidak dapat dilaksanakan akibat penularan wabak Covid-19 di negara ini khususnya Negeri Selangor, seiring kempen “Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu!”. 

Sesi webinar bagi siri pertama tersebut melibatkan seramai 15 orang peserta dalam kalangan pegawai pelancongan bahagian domestik Tourism Malaysia, Pejabat Tourism Malaysia Wilayah Selatan dan penggiat agensi pelancongan daripada Negeri Johor dan Melaka. Manakala ‘e-delegasi’ pembentang daripada Negeri Selangor adalah terdiri daripada Jabatan Promosi Tourism Selangor dan 11 penggiat industri pelacongan Negeri Selangor yang diketuai oleh Tuan Azrul Shah Mohamad, Pengurus Besar Tourism Selangor.

Promosi Pelancongan Kesihatan Domestik Melalui Alam Maya

Tuan Azrul Shah Mohamad dalam satu kenyataan berkata, “Sesi webinar pada hari ini, akan memberikan maklumat dan informasi berkenaan keadaan semasa produk-produk pelancongan serta industri pelancongan di Negeri Selangor kepada agensi – agensi pelancongan domestik khususnya di Negeri Johor dan Melaka, disamping memaklumkan bahawa industri pelancongan Negeri Selangor sentiasa bersedia menerima kedatangan pelancong domestik ke Negeri ini,”.

“Bagi menyahut seruan pihak MOTAC dan Tourism Malaysia untuk kita merancakkan sektor pelancongan domestik, pihak Tourism Selangor akan terus mempergiatkan pelaksanaan Kempen ‘Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu!’ sepanjang tahun 2021 dan seterusnya. Pelbagai siri program promosi telah dirancang sepanjang tahun ini dengan penekanan promosi pada kaedah pemasaran digital dan atas talian seperti kempen media sosial, influencer marketing, penghasila video Virtual Reality (VR), aerial view dan sebagainya,” jelasnya. 

Sesi webinar tersebut dijalankan dalam format perbentangan dan taklimat produk pelancongan, sesi ‘Business to Business (B2B) dan juga beberapa aktiviti sampingan yang menarik seperti tanyangan video promosi pelancongan dan cabutan bertuah. Penganjuran kempen promosi pelancongan “Nak Bercuti, Pusing Selangor Dulu” yang menjadi tema webinar tersebut dilihat amat penting bagi membantu merancakkan semula industri pelancongan di Negeri Selangor. 

Promosi Pelancongan Kesihatan Domestik Melalui Alam Maya

Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor telah mengambil langkah proaktif dengan menganjurkan pelbagai inisiatif promosi  yang berlandaskan pelancongan domestik. Kempen “Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu” merupakan satu misi yang memerlukan penglibatan pelbagai pihak termasuk Kerajaan Negeri, Badan-badan bukan Kerajaan (NGO), pihak swasta dan juga penggiat industri pelancongan bagi memastikan kejayaan Kempen tersebut.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lisa Surihani 1 | 23

Lisa Surihani Umum Nama Anak Ketiga, Yunos Laith Sempena Nama Seorang Nabi Yang Berani

Fizz Fairuz | 24

Hadiah Hari Bapa Yang Bermakna, Fizz Fairuz Bakal Timang Anak Keempat