in , ,

Sunway Lagoon Ditutup Sementara Waktu Susulan PKPB di Petaling Jaya

Sunway Lagoon berehat buat seketika, berjanji akan kembali dengan keseronokan berganda

Berhubung dengan pengumuman terbaru mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi daerah Petaling Jaya, Sunway Lagoon telah memutuskan untuk menutup buat sementara waktu bermula dari 14 Oktober 2020 hingga 27 Oktober 2020. 

Keselamatan para pengunjung dan kakitangan Sunway Lagoon tetap menjadi keutamaan kami. Sebagai langkah pencegahan dalam mengawal wabak ini, kami akan terus bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dan pihak berkuasa tempatan dalam memastikan taman tema kami selamat untuk dikunjungi. 

Sunway Lagoon Ditutup Sementara Waktu Susulan Pkpb Di Petaling Jaya

Kepada pelanggan yang telah membeli tiket Sunway Lagoon, sama ada menerusi laman web rasmi Sunway Lagoon atau di kaunter taman tema pada tempoh ini, pihak kami akan melanjutkan tarikh tamat tiket setiap pelanggan. 

Pastikan anda sentiasa kekal selamat dan terus mematuhi SOP. Best Day Ever akan bersambung di Sunway Lagoon setelah kami kembali daripada rehat buat seketika. 

Sila rujuk prosedur dan garis panduan melalui laman web kami di sunwaylagoon.com

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tim Cook Apple | 23

Berdasarkan Khabar Angin, Ini Perbezaan Utama Antara iPhone 12 vs. iPhone 11

Nur Risteena | 24

Perjuangan Martabat Sastera Dalam Panggung RTM Telemovie PUISI WAN MAINI