in , ,

Hadiah Hari Bapa Yang Bermakna, Fizz Fairuz Bakal Timang Anak Keempat

Isteri disahkan hamil anak keempat… itulah hadiah paling bermakna bagi pelakon Fizz Fairuz sempena Hari Bapa. Tiada berita lebih menggembirakan pada Hari Bapa apabila mendapat perkhabaran isterinya, pelakon Datin Almy Nadia mengandung.

“Almy membuat ujian kehamilan sebanyak dua kali menggunakan alat berbeza. Alhamdulillah, rezeki untuk saya, isteri dan anak-anak. Isteri saya sudah 15 minggu hamil. Ada yang cakap ini rezeki anak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)… Macam-macam lagilah.

“Saya terima rezeki ini dengan lapang dada. Semoga segala-galanya dipermudahkan untuk isteri saya,” kata Fizz yang turut berkongsi berita gembira itu melalui entri pada akaun Instagram (IG).

Memaparkan foto dua alat ujian kehamilan dan ucapan anak-anak, hantaran itu pantas menarik perhatian pengikut yang gembira dengan rezeki dikurniakan kepada pasangan itu.

Fizz memberitahu foto dua alat ujian kehamilan itu bukanlah bermakna mereka bakal dikurniakan anak kembar. Tambah Fizz, andai ada rezeki, dia teringin mendapat zuriat lelaki.

“Almy membuat ujian kehamilan sebanyak dua kali menggunakan alat berbeza. Alhamdulillah, rezeki untuk saya, isteri dan anak-anak. Isteri saya sudah 15 minggu hamil. Ada yang cakap ini rezeki anak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)… Macam-macam lagilah.

“Saya terima rezeki ini dengan lapang dada. Semoga segala-galanya dipermudahkan untuk isteri saya. Namun, biar apa pun, semuanya ketentuan-Nya. Kalau boleh memanglah hendak anak lelaki sebab sekarang semuanya heroin. Tetapi biar apa pun jantinanya, kami terima dengan hati terbuka,” ujarnya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini beliau aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lisa Surihani Umum Nama Anak Ketiga, Yunos Laith Sempena Nama Seorang Nabi Yang Berani

Ini Permintaan Najib Razak Lepas Baca Berita Suami Kurung Anak, Isteri Dalam Rumah