in

Promosi Mega Raya Dari OGAWA

Kita ni kalau bekerja sehari suntuk, mesti badan jadi letih dan lesu. Tak kira la sape-sape pun, baik yang kerja di pejabat atau kerja bina bangunan. Memang sakit urat dan lenguh-lenguh bila badan selalu bekerja. Memang masalah ni tak dapat elakkan lagi, tambah-tambah apabila usia dah meningkat.

Macam Budiey ni pun sama gak la. Bangun pagi, mengadap laptop untuk tengok, baca dan tapis komen-komen dari pembaca blog ni. Kadang-kadang, lupa nak betulkan posture badan, kasi tegak sikit tulang belakang. Orang kata, nak duduk ke, berdiri ke kena pandai-pandai la. Kalau salah duduk nanti badan jadi bongkok. Tak gitu?

Itu tak termasuk lagi kalau dah lenguh-lenguh sangat, kita mesti rasa best bila kena urut. Ingat nak beli jugak kerusi urut kat pasaran. A’ah, sekarang ni macam-macam jenama ada kat pasaran. Ada yang murah dan ada yang mahal. Pokok dan tujuannya sama aje, nak hilangkan lenguh-lenguh badan, kasi fresh sikit. Tapi tak cukup duit nak beli.

Fikir punya fikir, rasanya elok jugak beli kerusi urut ni. Orang kata, satu pelaburan. Pertamanya sebab kalau kita kirala ek, sekali pergi urut kat spa, dah habis kurang-kurang RM100. Itu untuk harga murah tu kalau kita buat full body massage, tak tahu la berapa. Bayangkan kalau kalau setiap bulan 2 kali kita pergi, dah RM200 sebulan. Setahun dah RM2, 400. Baik beli kerusi urut je sebab kita boleh guna bila-bila masa. Tak perlu bazirkan masa pergi ke spa untuk massage. Tak gitu?

Baru-baru ini, Budiey ada tertarik untuk melihat produk kerusi urut dari OGAWA. Semua member-member kata BEST GILER!

ogawa

ogawa

Kebetulan hari tu, Budiey ada terima jemputan dari Nuffnang buat dinner kat TGI Fridays dengan geng-geng dari Ogawa. Jadi, sambil makan malam kat TGI Fridays tu, kitorang dapat rasa macamana BESTnya kena urut dengan kerusi urut dari OGAWA.

Sebenarnya, kat OGAWA memamg banyak model atau jenis kerusi urut. Beza dengan kerusi urut 2-3 tahun lepas. Sekarang dah makin moden dan bentuk pun dah makin gempak.

kerusi ogawa

Masa intai-intai tu, ada 2 kerusi urut yang buat Budiey terbeliak bijik mata dan lecur air liur iaitu Ogawa Smart Mate dan Ogawa Smart Aire Massage Chairs.

Budiey dah cuba kedua-dua kerusi ni. Memang enjoy habis. Tak sampai 10 minit duduk atas kerusi ni, lenguh-lenguh yang bersarang dalam badan terus hilang. Hasilnya, badan rasa fresh sangat.


Ogawa Smart Mate
Yang paling gempak sekali, Ogawa Smart Mate ni mengurut kesemua bahagian badan. Siap dengan remote control, air bags massage, manual leg extension dan dual action massage mood dan siap dengan vibration sekali. Memang best giler~!

Macam-macam jenis urut boleh buat. Nak jenis yang tapping atau kneeding pun boleh. Remote control tu berfungsi untuk menyenangkan korang, lebih-lebih lagi kalau tengah-tengah gelap ke, remote ni ada backlight. Yang penting, vibration pada kerusi ni boleh melancarkan peredaran darah serta merangsang segala urat supaya badan kita jadi lebih relax. Juga dengan adanya air bags massage pada kerusi ni dapat melegakan kaki kita daripada keletihan. Ianya tersedia dalam 2 warna iaitu Khakis Beige dan Ebony Black. Kalau diberi pilihan, Budiey nak warna Khakis Beige. Korang boleh sesuaikan atau matching dengan warna perabut kat rumah. Yang hitam tu, nampak macam elegan sikit.

Ogawa Smart Aire Massage Chairs
Fuh, kerusi ni yang paling BEST sebabnya tengok sahajalah reka bentuk kerusi ni. Sebijik macam kerusi angkasawan. Orang kata, bentuknya lebih ergonomic. Yeala, memang ada tujuan jugak kerusi ni dicipta macam ni, Sebab kalau korang nak tahu, kerusi ni Zero Gravity. Maknanya, kalau korang cuba duduk, korang takkan rasa berada di atas kerusi tapi macam rasa berada di bulan~! Pergh! Mantap tu…

Itu belum lagi dengan faedahnya yang meliputi kehidupan terutama kesihatan kita. Pertamanya, kerusi Zero Gravity ni dapat memperbetulkan kembali alignment ke atas spinal kita. Juga dapat melegakan bahagian belakang badan. Di samping dapat merendahkan kadar deyutan jantung dengan melegakan pernafasan, ia juga menambah paras kandungan oksigen dalam badan. Sekaligus ini akan dapat meningkatkan peredaran darah ke seluruh badan terutamanya ke otak dan organ badan yang lain. Hasilnya, korang takkan jadi stress lagi dan boleh bekerja dengan aman dan fresh macam korang baru bangun pada waktu pagi~!

Harga kedua-dua kerusi ni pun berpatutan. Kalau korang nak tahu lebih lanjut, silalah ke cawangan OGAWA yang berdekatan.

NAK BELI PRODUK OGAWA DENGAN MURAH TAK?

Haaa, Budiey rasa korang mesti nak beli produk OGAWA ni tapi tak cukup bajet. Tapi rasanya, kali ini korang happy sebab korang boleh beli produk idaman anda itu dengan harga paling murah dalam sejarah~!

Ini semua tawaran hebat sempena PROMOSI MEGA RAYA dari OGAWA. Dan korang akan diberi potongan harga 50%~!

Sebenarnya untuk Promosi Mega Raya ni, Budiey tak nak cakap banyak sebab segala info ada kat Ogawa.net. Cumanya, korang jangan terkejut sebab selain dapat potongan 50%, korang juga dapat menang voucher membeli belah RM10 ribu dan akan berpeluang untuk shopping dengan pengacara popular no. 1 Malaysia iaitu Aznil~!

Okay, beralih kepada voucher online tadi tu, dengan menggunakan voucher ini, korang dapat potongan harga istimewa iaitu sebanyak 70% untuk 4 produk iaitu Enviro Vacuum Cleaner,  Eye Tune and Eye Touch dan OMRON digital thermometer, ~! Pergh! Gempak seh~!

Untuk dapatkan voucher diskaun tu, korang kena dapatkan dan print-nya kat SINI. Budiey dapat tahu yang voucher ni boleh print banyak-banyak, jadi, korang bolehlah edarkan kat saudara-mara, rakan serta family yang lain.

Jadi, printlah voucher ini sekarang~!!

Ini dia gambar yang sempat Budiey ambil masa bersantai di OGAWA, cawangan Pavilion hari tu:

Ini kerusi idaman ku ~

Remotenya memang canggih ~ Cubalah & dapatkannya di gedung Ogawa sekarang !!

2 Comments

Leave a Reply
  1. budiey,
    mana gmbr u ngan red mummy..
    hehehe…..
    kat redmummy.com dh kuar gmbr u ngan other blogger tu..
    beutiful nara kan namanya..
    tetiba lupa lak..
    hehehehe…
    best arr dpt duk kat kerusi ogawa..
    u ada beli x??
    hehehe

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Gambar Black Mentor Terima Hadiah & Rakaman Mentor Raya

Kris Dayanti dan Anang SAH Bercerai