in

Kris Dayanti dan Anang SAH Bercerai

PERASAAN terluka dan sakit hati Anang Hermansyah terhadap Kris Dayanti atau KD, 34, sudah tidak dapat dibendung lagi. Sedemikian parah keadaan sehingga ia mendorong penyanyi dan pencipta lagu itu bertindak menceraikan KD tiga hari sebelum umat Islam menyambut puasa. Menurut lelaki berusia 40 tahun itu, semuanya sudah selesai termasuk pembahagian harta serta hak penjagaan anak.

“Saya memang sudah bercerai secara sah dengan KD tiga hari sebelum puasa,” katanya.

Mengakui mereka sudah tidak sehaluan, namun ramai percaya berdasarkan kenyataan anak kepada pasangan ini, Titania Aurelie Nurhermansyah dan Azriel Akbar Hermansyah, Anang menceraikan KD selepas mendapati isterinya yang jelita itu berlaku curang di belakangnya.

Malahan, KD melonjak namanya di Malaysia menerusi lagu Menghitung Hari itu pernah memperkenalkan teman lelakinya kepada anak-anaknya itu. Tatania, anak sulung KD sendiri membuat pengakuan berhubung kecurangan ibunya selain menjadi saksi di mahkamah bagi menyokong tindakan bapanya menceraikan KD.

“Mimi (panggilan nama KD dikalangan keluarga) ajak pak cik masuk ke bilik. Sementara, kami sedang berenang di kolam,” katanya dalam rancangan Kasak Kusuk SCTV yang disiarkan kelmarin.

Siapakah jejaka yang menjadi orang ketiga dan bertanggungjawab di atas keruntuhan rumah tangga penyanyi I’m Sorry Good Bye ini?

Masih menurut anak-anak KD, lelaki itu adalah pengusaha kaya berasal Timor Leste.  Adik kepada penyanyi genit Yuni Shara ini kerap memanggil teman lelakinya itu dengan panggilan Amor atau maksudnya cinta.

“Mimi sudah berbohong kepada papa,” Aurelie berkata dengan nada sebak.

Beberapa kenyataan lain yang dikeluarkan anaknya terutama Azriel membayangkan teman baik KD seperti Titi DJ dan Ruth Sahanaya terbabit bersubahat kerana merahsiakan kecurangan KD dari pengetahuan Anang.

“Saya berasa marah dengan Mimi dan teman-temannya yang memburuk-burukkan papa,” kata Azriel.

Sudah sebulan lalu, Anang dan kedua-dua anaknya tinggal di sebuah ruko di kawasan Radio Dalam, Jakarta Selatan yang turut menjadi lokasi studio rakaman KD Production, manakala KD tinggal di rumah. Dari perbincangan eksklusif dengan program Kasak Kusuk SCTV, terlihat raut penyesalan dan kecewa di wajah Anang. Bapa penyayang ini cuba menutupi luka yang tercalar di hatinya dengan ungkapan bijak.

“Sehingga kini, saya dan anak-anak cuba untuk kuatkan semangat menghadapi saat getir ini,” katanya.

Difahamkan, ini bukanlah perceraian pertama mereka. Sebelum ini KD pernah diceraikan Anang ekoran masalah yang masih berkisarkan kecurangan KD. Mungkin, emosi KD tidak begitu terkesan dengan penceraian itu sebagaimana Anang dan anak-anaknya kerana dia memang mahu ‘dibebaskan.’ Malah, wanita yang pernah membintangi beberapa filem itu seakan tidak peduli dengan perasaan keluarganya. Dia kini berada di Timor Leste untuk mengadakan persembahan, walaupun dua anaknya menganggap itu cuma alasan diberikan KD untuk bertemu dengan kekasih hati. Ramai yang meramalkan, kerjaya, masa depan dan kehidupan KD akan musnah jika hal ini dibiarkan. KD dan Anang mendirikan rumah tangga 13 tahun lalu. Namun pada April 2003, perkahwinan mereka bergolak seketika apabila Krisdayanti digosipkan mempunyai hubungan sulit dengan gitaris Tohpati.

Kemudian pada Ogos 2005, muncul pula berita kononnya Aurelie adalah anak dari hasil hubungannya dengan Ari Sigit. Manakala, pada Mei 2007 muncul satu lagi gosip apabila Krisdayanti ditemui peminat sedang menikmati makan tengah hari dengan seorang pengusaha di Jalan Orchard, Singapura. Selain, dia pernah dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan Dicky Wahyudi. Sekadar imbasan, kakak kepada penyanyi bersuara lantang ini, Yuni Shara, juga bercerai dengan suaminya Henry Siahan, sekitar Jun lalu. [sumber]

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. Biasa lah artis2 ni semua….semakin hari sudah semakin berani/daring. Ingat yg lelaki aje yg main kayu tiga mcm Norman, Akhil tapi si perempuan pun sama jugak miangnya. Dunia, dunia….apa nak jadi..!!!

    Dah bosan dgn karenah dan sandiwara artis2 ni semua…..mereka bukan lagi menjadi contoh pada peminat2.

  2. KD ada affair dgn presiden Timor Leste….Yuni Sahara sedang berpacaran dgn actor,pengacara muda….Rafi Ahmad…yg usianya berbeza 15 tahun…Rafi just turns 22…..but very handsome….

  3. Hal artis Indo cerai berai ni dah jadi common tu yg artis kita ada yg dah terikut2!

    KD tu terlalu getek sangat.. Anang nak bentuk dia jadi isteri yg baik pun..
    masih tak memberi kesan pada KD.

    Dulu mak si KD tak suka Anang pasal Anang tu rockers..
    (mak dia ingat semua rockers tu tak betol)
    padahal punya pdahal.. Anang warak menjadi bapa/ suami yg pembimbing
    sayang keluarga.. last2 anak dia sendiri (Si KD) yg tak betol !

    Mak dia dulu sakit gara anak dia si Yuni (kakak KD)
    takut2 this time goal memikirkan hal si KD lak.
    mintak2 jgnlah lah ya.. Nauzubillah!

    Mudah2an.. ia memberi keinsafan/ kesedaran buat kita semua..

  4. kesian kat anak2 mereka, mesti trauma.dah le mama depan2 buat hal dah tu kena menjadi saksi di mahkamah untuk papa mereka.then kekawan kris dayanti pula mcm x de perasaan .mcm “DESPERATE HOUSEWIFE”

  5. Pada KD fikir dulu dalam2 sebelum buat sesuatu dan pada Anang kesabaran suami itu ade hadnya dan menceraikan KD. Jangan ikutkan nafsu masing2 binasa jadinya, lihat lah air mata anak2 kita kesian mereka tak berdosa dan dihina nanti ibu/bapa dah bercerai.

  6. dasar KD.. ga tau malu!!!
    kalo gua jadi dy gw mah malu bgt dey, udah berkali2 umroh tp tingkah laku nya kaya orang yg ga punya moral…
    susah ya pergaulan di kalangan artis apalagi diva kaya dy dan titi dj, dll.. agak sedikit “liar” sepertinya….

  7. salam..memanglah ada manusia yang tak pandai bersyukur atas apa yang tlah dimiliki..kalau tidak ingat tuhan..tak pandang sejadah..inilah akibatnya..bagi saya tiada yang lebih indah dalam dunia ini selain memiliki keluarga dan suami yang penyayang…

  8. KRISDAYANTI WANITA TAK TAHU BERSYUKUR !
    DAPAT SUAMI YG SETIA PADA KELUARGA KOK DISELINGKUH !!!
    DASAR PEREMPUAN MATERIALISTIC!

    ANANG BOLEH JADI SEPOPULAR KAMU KERANA DIA JUGAK MILIKI BAKAT YG LUAR BIASA.. TETAPI DIA SANGGUP KURANG AKTIVITI ENTERTAINMENT UNTUK ANAK2 MALAH KAMU DIBERI IZIN UNTUK TERUS MENYANYI..
    ALLAH SWT TELAH MEMBERI KAMU KELUARGA YG SAKINAH..
    SEDARLAH KD SEBELUM TERLAMBAT..
    BERSYUKURLAH DGN APA YG UDAH DIMILIKI !

  9. KD adalah idola saya dari dulu lagi..mmg tak dinafikan kejelitaan dan kemerduan suaranya amat disnjung ramai. Sehinggakan saya mula menghiaskan diri saya secantiknya dan menyanyikan lagu-lagu dendangannya ketika berkaraoke.

    Tapi saya hairan dengan tindakan dan masalah yang timpa diri KD sekeluarga yang tidak secantik dan seindah rupanya.

    nasihat saya KD : You had been giften to allah as beauty as a princess and a lovely voice so please keep that way as in your live too…don’t destroy it.

  10. tau ga siy lo klo KD, yuni shara, rossa, dan maia estianty (ex wife ahmad dhani) ngebentuk gank dgn nama The Ladies… kelompok janda-janda cantik, kaya raya, dan terkenal…. diantara mereka berempat, hayoooo kalian mau pilih yg mana?????? hehe

    btw buat ampalus : gaya bhs lo campuran antara indo dan melayu yak?!! “gua,lo,dan ngak” kan kata2 yg di pake di sini (indo),,, hehhee gaya bhs lo aneh tapi lucu juga ;p

  11. sila la mnyayangi org yg d’syg…tak slalunya..org yg baru dpt mnyayangi kite mcmmaner suami kite syg kat kite…terlalu kcw ngan tindakan KD…tu sbb negara die d’timpa bencana…d’sbbkan org2 mcm KD…

  12. Sepatutnya KD lebih menghargai suami seperti Anang dan anak – anak. Zaman sekarang bukan senang mencari suami yang sesetia dan sebaik dia. belajarlah mensyukuri nikmat yang diberikan Allah.

  13. Kl memang KD berselingkuh demi harta, wwoooww b’arti KD adalah wanita yg sgt RAKUS, tdk merasa cukup dg rizki yg ALLAH beri kpd KD dr show menyanyi, iklan d tv yg bgtu byk n dr bisnis KD yg lain.

  14. peliknya selalunya lelaki yang curang dengan isteri bukan perempuan .kesian aku tengok anang dia nampak macam seorang lelaki yang baik tetapi isteri dia curang. lagu im sorry good bye tu dituju for anang/kd but aku rasa lagu tu dituju for kd.

  15. Anang pernah curang ke sampai Kd buat macam tu. Mungkin kot.Tak tahulah siapa yang mulakan dulu Kd/Anang.Tetapi yang peliknya kenapa Kd buat macam tu .Adakah disebabkan ada orang ketiga atau tidak.

  16. ISTERI YANG CURANG tidak akan mencium bau syurga,
    akan di laknat Allah swt, imannya akan bergoncang,
    malaikat mencampakkan qalam dengan kesal dan marahnya,
    rahmat, rezki, ketenangan hati dan jiwa akan di tarik balik,
    iblis riuh bersorak dengan kemenangan,
    sebanyak mana hati suami yang terluka dan hancur akan di bayar balik dengan segala amalan2 pihak ketiga yg menjadi dalangnya,
    kebahagiaan pasangan curang dari hasutan iblis dan nafsu tidak akan berkekalan dan tidak akan membawa kebahagiaan,
    Allah swt mengalakkan hubungan sillaturahim dengan banyak ganjaran2nya,
    begitu juga mereka yang melanggar dan memutuskan sillaturahim kelak akan terima laknatnya.
    KECURANGAN persoalan dan huraian sila e/mail: [email protected]

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Promosi Mega Raya Dari OGAWA

Photos Sexy Model Ammar Alfian Aziz