in , ,

Gambar Black Mentor Terima Hadiah & Rakaman Mentor Raya

KEMERIAHAN SYAWAL MENTOR RAYA
GILIRAN JUARA BARU RAIKAN TETAMU & PEMINAT DI HARI LEBARAN

Kemeriahan Syawal semakin terasa apabila melangkah masuk ke dewan yang dihiasi indah dengan dekorasi Hari Raya dan disusuli pula alunan lunak suara merdu juara pertandingan program realiti sensasi Mentor musin ke-3, Hanifah bin Md Hanafiah atau lebih sinonim dengan panggilan Black ketika mengadakan rakaman khas ’Mentor Raya’ di Restoren Seri Melayu, Jalan Conlay, Kuala Lumpur pada 27 Ogos lalu.

Berkonsepkan santai dan padat dengan elemen hiburan, rakaman khas episod Syawal kali ini turut membariskan gandingan sifu dan protege musim ke-3 seperti rocker Malaysia, Awie bersama Keena, Adibah Noor dan Thye, Jaclyn Victor menampilkan Kumpulan Evo, Lah Ahmad dan anak didiknya, Fira, serta kemunculan komposer terkenal Ajai bergandingan dengan naib juara musim ke-3, Chaq. ‘Mentor Raya’ kali ini turut mengundang penyanyi dangdut popular, Mas Idayu, yang telah banyak membantu mengasah bakat Black ketika program Mentor ke-3 ke udara. 

Wakil dari Monkey Bone Records, Edris Edrian

Para peminat Mentor juga pastinya teruja dengan kemunculan istimewa, komposer yang cukup popular dengan kritikan pedas, Azmeer dan koreografer terkenal, Sazlan menambahkan lagi kemeriahan dan telatah lucu di dalam episod khas Syawal ini.

Menurut pengarah dan penerbit Mentor, Mohamad Sufian Isa,

“Sudah menjadi kebiasaan, apabila tiba hari raya, itulah masa yang sesuai untuk kita berhibur bersama kaum keluarga dan sahabat-handai. Jadi tahun ini, kami memberi peluang kepada Black dan protege Mentor ke-3 bergandingan semula menunjukkan bakat membuat persembahan khas mendendangkan lagu-lagu raya bersama sifu masing-masing. Episod istimewa Syawal yang akan bersiaran selama 1 jam ini turut memaparkan segmen lucu dan menghiburkan menerusi ‘game show’ yang ditampilkan seperti Tukar Lirik, Luahan Kad Raya, Ekspresi dan Teka Lirik & Lagu khusus untuk tayangan Aidilfitri.”

“Kemeriahan Syawal di dalam Mentor Raya sudah pastinya tidak lengkap tanpa persembahan-persembahan menarik dan diserikan lagi dengan pemakaian busana tradisional yang indah daripada artis dan protege yang terbabit dalam episod khas ini. Antara lagu-lagu evergreen Raya yang dipersembahkan ini ialah Suara Lebaran, Indah Di Hari Raya, Cahaya Aidilfitri, Satu Hari Di Hari Raya dan Setahun Sekali. Ini merupakan santapan istimewa lebaran bagi peminat-peminat Black khususnya, jadi jangan lepaskan peluang untuk menonton program menarik ini,”

Majlis warna-warni ini turut menyaksikan sesi menandatangani kontrak di antara Black dan Monkey Bone Records yang diadakan sejurus sebelum rakaman raya berlangsung. Sesi menandatangani kontrak ini disempurnakan oleh wakil Monkey Bone Records, Edris Edrian, selaku Pengurus syarikat rakaman berkenaan bersama Black dan disaksikan oleh tetamu dan wakil media.

Black di sisi mentornya, Mas Idayu… mmm lentoknya~

Tahniah Black~ karier anda bermula di sini~

Pastikan anda tidak ketinggalan untuk menonton program istimewa ‘Mentor Raya’ yang bakal disiarkan pada 27 September (Raya ke-7), jam 9.00mlm, hanya di TV3.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Mawi dan Ekin di Majlis Berbuka Puasa Astro

Promosi Mega Raya Dari OGAWA