in ,

Promosi Filem Karipap-Karipap Cinta di Movie Carnival 2011

Pada 4, 11, 18 Jun 2011 telah diadakan Promosi Filem Karipap-Karipap Cinta sempena dengan Movie Carnival 2011. Ramai pelakon-pelakon filem ini hadir untuk memeriahkan suasana sambil bertemu peminat. Antaranya, Gambit Saifullah, Melia Aimellia, Shawal Ruslan, Shamira Azmil, Elyas Iskandar & P.Jagen.

Untuk info pembaca, Movie Carnival 2011 ini telah berlangsung di Ikano Power Centre pada 1 hingga 19 Jun 2011. Macam-macam aktiviti disediakan buat pengunjung termasuk kemunculan pelakon filem Karipap-Karipap Cinta selama tiga minggu berturut-turut.

Karipap Karipap Cinta

Filem Karipap-Karipap Cinta yang bergenre romantik komedi diadaptasi dari novel popular Karipap-Karipap Cinta karya Nazri M Annuar. Bakal ditayangkan di pawagam pada hari raya Aidilfitri nanti, filem arahan Othman Hafsham ini menampilkan pelakon Gambit Saifullah, Melia Aimellia, Eman Manan ,Shawal Ruslan, Shamira Azmil, Elyas Iskandar, P.Jagen dan penampilan istimewa Chef Wan.

Antara aktiviti yang diadakan bersama peminat semasa promosi tersebut ialah sesi jawab dan menang, lakonan spontan bersama pelakon dan games ‘Karipap-Karipap Cinta’ di mana peminat bertuah bersama pelakon perlu menghabiskan karipap secepat mungkin dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Pemenang dan peminat bertuah memenangi novel Karipap-Karipap Cinta bersama poster dan tiket filem Karipap-Karipap Cinta. Sesi promosi diakhiri dengan sesi autograf bersama peminat.

Para pembaca budiey.com dijemput untuk LIKE page rasmi Karipap-Karipap Cinta : www.facebook.com/pages/Karipap-Karipap-Cinta

Trailer Karipap-Karipap Cinta :

Karipap Karipap Cinta

Karipap Karipap Cinta

Karipap Karipap Cinta

Karipap Karipap Cinta

Karipap Karipap Cinta

Karipap Karipap Cinta

Karipap Karipap Cinta

Karipap Karipap Cinta

Karipap Karipap Cinta

Karipap Karipap Cinta

Karipap Karipap Cinta

Karipap Karipap Cinta

Karipap Karipap Cinta

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

RTM Siar 2 Drama Kenang Arwah Faizal Yusof

Jemputan Astro Oasis ke Program Qiamullail Perdana Imam Muda