in

Program Realiti Adik-Adikku Musim Ke-3

PROGRAM REALITI ADIK-ADIKKU MUSIM KETIGA

Pentas Akhir Rancangan “ADIK-ADIKKU” yang telah berlangsung pada 18 Mac 2010 telah mencetuskan satu fenomena baru dalam penerbitan program realiti TV tempatan. Paling membanggakan apabila program berkenaan telah merekodkan jumlah hampir sejuta penonton sekaligus meletakkan “ADIK-ADIKKU” sebagai program paling popular di TV1 bagi minggu ke 11 / 2010.

Rancangan ini juga telah mendapat liputan yang meluas daripada pihak Media dan pelbagai komen positif diterima daripada kalangan penonton melalui paparan komen dalam akhbar-akhbar harian. Adik-Adikku telah disenaraikan antara 5 program paling polpular “Top 5” dalam Anugerah Seri Angkasa bagi Program Realiti TV Terbaik. Budiey ucap tahniah kepada semua warga kerja yang menjayakan program ini.

Adik Adikku

Program ”ADIK-ADIKKU” Musim kedua terus mengorak langkah mencipta sejarah kecemerlangan. Jumlah penonton yang menyaksikan pentas akhir ”ADIK-ADIKKU” melonjak ke angka 1,372,033 juta penonton. Manakala siaran ulangannya tidak kurang hebatnya sehingga mendapat jumlah penonton sebanyak 723,988. Rating tersebut menjadikan ”ADIK-ADIKKU” mengungguli tangga teratas minggu ke 16 / 2011 di RTM.

Atas sambutan hangat tersebut dan bagi memenuhi permintaan penonton, JAKIM dengan kerjasama RTM telah meneruskan pencarian bakat “ADIK-ADIKKU” bagi musim ketiga. Program ini dilihat sebagai program alternatif kepada kanak-kanak yang tidak berkonsepkan hiburan semata-mata, ia juga terbukti mampu mencungkil bakat, karisma, kepimpinan dan membentuk keyakinan diri peserta melalui persembahan mereka di pentas “ADIK-ADIKKU”.

Generasi muda hari ini sewajarnya dididik dengan sifat Rasullah SAW semasa zaman kanak-kanak dan remaja yang sangat mulia dan berwibawa sekaligus dijadikan idola kanak-kanak hari ini.

Sesi ujibakat “ADIK-ADIKKU” Musim Ketiga telah memulakan pencarian Dai’e-Dai’e di beberapa lokasi iaitu di Kedah, Perlis, Langkawi, Kelantan dan Terengganu serta di Kuala Lumpur. Setakat ini, lebih 200 orang telah menyertai sesi ujibakat di 6 lokasi tersebut. Lokasi ujibakat seterusnya akan diadakan seperti berikut :

01. Kip Mart, Tampoi, Johor 11 Jun 2011
02. Taman Rempah Pengkalan Rama, Melaka 11 Jun 2011
03. RTM Miri, Sarawak 18 Jun 2011
04. Wilayah Persekutuan Labuan 18 Jun 2011
05. RTM Kota Kinabalu, Sabah 19 Jun 2011
06. RTM Kuantan, Pahang 25 Jun 2011
07. RTM Seremban, Negeri Sembilan 25 Jun 2011
08. RTM Pulau Pinang 2 Julai 2011
09. RTM Ipoh, Perak 2 Julai 2011

Penyertaan ujibakat yang dibuka kepada peserta berumur 8 hingga 12 tahun dinilai oleh juri di lokasi daripada segi kepetahan berpidato, bertarannum, mengalunkan azan (bagi peserta lelaki) dan bernasyid serta pengetahuan am. Peserta ujibakat juga boleh menampilkan kelainan dengan membuat persembahan tambahan seperti berzanji, marhaban, dan ‘kalam jama’ie / coral speaking’ serta bersajak. Program ini mendapat kerjasama rapat dari Kementerian Pendidikan, Agensi-Agensi Agama Di Bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM), Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri dan pelbagai syarikat swasta.

Program “ADIK-ADIKKU” Musim Ketiga ini masih meneruskan pendekatan musim pertama dan kedua iaitu berkonsepkan hiburan, pendidikan dan riadah. Persembahan pidato oleh setiap peserta perlulah memenuhi elemen berikut iaitu mempunyai mesej mengikut tema yang ditetapkan, jelas dan persembahan yang menarik. Ketika di Akademi, mereka akan dibimbing oleh beberapa orang Murabbi yang diketuai oleh seorang Ra’es.

Seperti mana lazim, setiap pertandingan realiti akan berlaku penyingkiran. Bezanya “ADIK-ADIKKU” membenarkan peserta yang tersingkir untuk mengikuti semua aktiviti sehingga tamat Akademi selama sebulan. Manakala, bagi aktiviti riadah pula, peserta didedahkan dengan 3 aktiviti yang sering diamalkan Rasulullah SAW iaitu berkuda, memanah dan pada musim ketiga ini ditampilkan aktiviti berenang. Para peserta juga dibawa melawat tempat-tempat tertentu bagi memberi pendedahan, meluaskan pengalaman dan pergaulan.

Sehubungan itu, orang ramai yang berminat menyertai ujibakat ini adalah dijemput hadir ke lokasi-lokasi yang telah disebutkan tadi. Maklumat lanjut mengenai jadual dan lokasi ujibakat bolehlah didapati melalui laman sesawang jakim ; www.islam.gov.my/ujibakat-adik-adikku-musim-ke-3-2011. Persembahan istimewa peserta Adik-Adikku musim pertama dan kedua menanti anda di lokasi ujibakat terpilih.

Adik Adikku

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Sempena Hari Bapa di TV2

Rozita Che Wan Masuk Hospital Menghidap Hepatitis