in

Drama Sempena Hari Bapa di TV2

Hargai Kasih Sayang Bapa Dengan Telemovie Menarik Di TV2

Sempena meraikan Hari Bapa yang bakal disambut, Radio Televisyen Malaysia ( RTM ) sedia menghidangkan beberapa drama dan telemovie menarik khas buat tontonan seisi keluarga. Dua drama melayu menarik Khas Hari Bapa menerusi TV2 bakal menemui penonton iaitu telemovie bertajuk Tersahut yang ditayangkan pada 11 Jun 2011, jam 10.00 pagi dan slot Mustika On 2 : Maafkan Aku Papa pada 13 Jun 2011, jam 1.30 tengahari hanya di saluran TV2.

Berkongsi kisah seorang anak yang mencari bapanya dalam telemovie bertajuk Tersahut adalah berkisar tentang kehidupan seorang anak muda bernama Filmi yang hilang tempat bergantung setelah ditinggalkan oleh bapanya.

Kisah hubungan kekeluargaan dan pecintaan yang menyentuh emosi diterajui oleh Rusdi Ramli sebagai Filmi watak utama telemovie ini serta barisan bintang hebat antaranya Fasha Sandha, Normah Damanhuri, Fathil Dani dan Ruminah Sidek. Filmi dibesarkan oleh ibunya, Zurina dengan penih kasih sayang. Sebagai seorang anak pasti beliau mendambakan kasih sayang dan belaian seorang bapa.

Filmi sering disogok dengan kata – kata ibunya dan memaksa dia mempercayai bahawa bapanya sudah mati. Namun jauh disudut hatinya Filmi ingin mencari kebenaran tentang kewujudan bapanya. Hati Filmi semakin keliru apatah lagi dia akan berkahwin dengan Alda. Filmi bimbang dan takut jika menjadi seperti bapanya.

Saksikan kesudahan telemovie ini yang akan disiarkan mulai 11 Jun 2011 ( Sabtu ) jam 10.00 pagi di TV2.

Akibat terlalu dimanjakan, Hanis yang kini sedang meningkat dewasa tidak pernah puas untuk mengejar kemewahan hidup. Apatah lagi, dirinya digoda oleh hawa nafsu dan segala kenikmatan dunia yang melalaikan.

maafkan aku papa_main

Maafkan Aku Papa, adalah sebuah drama yang mengisarkan pengorbanan seorang bapa demi kebahagiaan anaknya. Drama yang penuh emosi pasti memberi mesej serta pengajaran kepada penonton dengan persembahan istimewa dari barisan dramatis hebat iaitu Siti Fazurina yang menyandang watak sebagai Hanis satu-satunya anak perempuan seorang bapa tunggal bernama Salim lakonan Faizal Husin.

Sejak kematian isterinya, Salim yang bekerja sebagai pemandu teksi terpaksa bekerja keras demi mencari sesuap nasi bagi menampung kehidupam mereka dua beranak. Hati ayah yang mana tidak gembira tatkala menerima berita bahawa anaknya Hanis berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading.

Oleh itu, Salim terus berusaha bekerja kuat mencari rezeki untuk membiayai kos pembelajaran anak kesayangannya. Dia sanggup berkorban demi menunaikan permintaan Hanis yang kini berada di Univeristi. Namun, apa yang dilakukan oleh Salin tidak seperti diharapkan, Hanis suka berpoya-poya dan menghabiskan masanya berhibur bersama rakan-rakannya malah lebih meghampakannya, Hanis tidak mengakui dirinya gadis miskin dan tidak mengenali bapanya.

Adakah Hanis akan sedar dan kembali ke panggal jalan ? Bersama pelakon Siti Fazurina, Faizal Husin, Zila Bakarin, Kathy Azean dan Nabila Nasir dalam Maafkan Aku Papa mulai 13 Jun, jam 1.30 tengahari hanya di TV2.

Tersahut_Main

maafkan aku papa_faizal

maafkan aku papa_1

Tersahut_Family

tersahut_Fasha&Rusdi

Tersahut_Rusdi&Makmah

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

TV3 Bakal Anjurkan My Kids Awards

Program Realiti Adik-Adikku Musim Ke-3