in ,

Jom Tonton Drama Siri Inggeris Sains Fiksi, HUMANS di TV2

Siri Inggeris sains fiksyen bila robot menggantikan peranan manusia, “Humans” disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) mulai 4 Julai ini, setiap Sabtu, pukul 11.30 malam di TV2.

Dalam 24 episod siarannya siri ini membawakan tentang sebuah keluarga yang mendapatkan sebuah robot wanita sebagai pembantu rumah mereka. Mereka tidak ketahui bahawa robot itu telah mencapai tahap kepintaran manusia dan lebih-lebih lagi mempunyai semua perasaan manusia sebenar. Robot itu mula merancang dan mengambil alih peranan isteri serta ibu keluarga itu. Ini menimbulkan pelbagai masalah antara suami dan isteri serta ahli-ahli keluarga itu.

Ceritanya bermula dengan keluarga Joe Hawkins dan isterinya Laura telah mengambil robot wanita cantik iaitu Anita sebagai pembantu rumah. Walaupun robot, Anita mempunyai perasaan dan kepintaran seperti manusia biasa. 

Seorang pemuda, Leo bersimpati dengan nasib robot-robot yang menjadi buruan syarikat pembuatan robot. Leo sebenarnya pernah membantu Anita dan kumpulannya melarikan diri daripada syarikat yang mencipta mereka. Laura pula cemburukan Anita yang menjalin hubungan rapat dengan ahli keluarganya.

Sementara itu lima robot berkebolehan berfikir seperti manusia terdiri daripada Fred Alistair, Mia, Niska, Max dan Danny mempunyai kisah masing-masing. Mereka dicipta oleh pakar saintis Dr. George Milligan dan Dr. David. Leo adalah anak kepada Dr. David yang bersimpati kepada robot ciptaan bapanya dan merancang misi mahu menyelamatkan semuanya daripada buruan dua penyiasat Pete Drummond dan Karen Voss. Hakikatnya Karen juga adalah robot tanpa diketahui Pete.

Niska selalu menimbulkan masalah kerana dendamnya terhadap manusia yang mendera robot.  Anita pula mahu dijual oleh Joe kepada pemilik baru kerana mahu menyembunyikan kesalahannya. Namun Laura dapat menghidu perbuatan jahat Joe dan menghalaunya daripada rumah mereka. Malangnya Fred telah ditangkap untuk dihapuskan. Mujur ada yang simpati dan menyelamatkannya. 

Laura, dan anak-anaknya Matilda dan Toby berjanji kepada Leo untuk menyelamatkan robot-robot daripada buruan pihak berkuasa tetapi Joe pula menjadi pengkhianat dan memberitahu polis mengenai aktiviti robot-robot itu.

Pihak berkuasa mahu menghapuskan robot-robot itu sebelum mereka membiak hingga manusia sendiri menjadi hamba mereka. Usaha mereka berjaya apabila lima robot akhirnya tertangkap. Namun keluarga Joe berjaya mengugut sekiranya robot-robot itu tidak dilepaskan perkara itu akan disebarkan kepada media. Polis terpaksa akur dan melepaskan mereka. 

Laura dan anak-anaknya membiasakan diri hidup dengan kehadiran robot-robot itu sebagai pembantu di rumah mereka. Leo dan pembantunya Max menyelaraskan beberapa program untuk melatih robot membolehkan mereka berfikir dan bertindak seperti manusia.

Sementara itu berlaku masalah dalam keluarga Dr. Athena Morrow yang terlibat dalam penciptaan robot yang mempunyai kecerdasan ciptaan hingga menimbulkan keraguan majikannya kerana robot itu pintar seperti manusia.

Pelbagai emosi dalam kalangan robot turut dipertontonkan. Anita yang bercinta dengan Eddy kecewa kerana lelaki itu mahu menjualnya kepada pemilik yang baru. 

Anak perempuan Dr. Athena telah meninggal dunia tetapi Dr. Athena berjaya membuat pemetaan otak dan perisian itu dimuat turun dalam komputer dan dia berkomunikasi dengan anaknya melalui alam maya. Dia juga menemui gudang dimana robot kanak-kanak dihasilkan di gudang lama.

Siapakah yang bertanggungjawab terhadap projek itu? Pada masa sama dapatkah Anita kembali kepangkuan Leo dan meninggalkan keluarga Laura? Ikuti kesudahannya di TV2.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

“Saya Tidak Kalah Kes Fitnah Ini,” – Zarina Anjoulie Nekad Bersihkan Nama

Program Raya Aidiladha Penuh Bermakna di RTM Untuk Tahun 2020