in ,

Program Merakyatkan Filem Ombak Rindu

Salam hari Khamis buat pembaca budiey.com. Harapan semoga hari ini menjadi antara hari yang productive. Seperti mana Budiey yang kini berusaha keras untuk publish entri sebanyak mungkin tentang event yang berlaku sepanjang minggu di arena atmosfere dunia hiburan kita yang semakin cergas dan galak ini.

Okay, event yang Budiey nak highlight pada hari ini ialah satu program yang dianjurkan oleh FINAS menerusi Bahagian Pemasaran dan Promosi yang akan mengadakan Program Merakyatkan Filem Ombak Rindu.

Program ini akan diadakan pada hari 25 Februari 2012, hari Sabtu ini jam 12 tengahari di Pawagam Coliseum, Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Antara agenda menarik ialah pastinya ada tayangan filem percuma Ombak Rindu. Budiey pasti, ramai yang dah tonton filem yang mencecah kutipan paling tinggi kerana sambutan luar biasa penonton seantaro Malaya dan menjadi satu fenomena yang pastinya tercatat dalam sejarah perfileman negara.

Namun, selain dapat tonton filem Ombak Rindu yang penuh tragis itu, Finas akan memberikan hadiah menarik menerusi cabutan bertuah dan ada juga sesi ramah mesra bersama peminat. Haa, sape tak nak dapat hadiah kan?

Cakap pasal hadiah ni, hari ini bersamaan 23 Februari adalah hari jadi kepada salah seorang pelakon utama filem Ombak Rindu iaitu Aaron Aziz. Jadi, Budiey nak ambil peluang ini untuk mengucapkan selamat hari jadi buat Aaron Aziz. Semoga terus sukses ya. Pastinya kelab peminat Aaron Aziz tengah merancang aktiviti untuk menyambut hari yang nostalgik buat Aaron Aziz, kan?

Pembaca budiey.com dijemput hadir jika korang ada kelapangan lah ya kerana masuk percuma di mana tiada tiket dikenakan ya.

Ombak Rindu

FINAS menayangkan filem hebat hebat OMBAK RINDU lakonan Aaron Aziz, Maya Karin, Lisa Surihani dan Bront Palarae pada 25 Februari 2012 (SABTU) di Panggung Coliseum, Jalan Tuanku Abdul Rahman jam 12.00 tengahari.

Masuk adalah percuma. Temui bintang pujaan anda di sana. Untuk sebarang maklumat lanjut, sila hubungi Unit Promosi ditalian 03-4104 1346 / 1349.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Queen & Adam Lambert Set Confirmed For Sonisphere 2012

Erykah Badu CONCERT Live In KL 2012