in ,

Program Menarik Sempena Sambutan AidilAdha 1442H di TV ALHIJRAH

Sebanyak lapan program terbaharu telah dilancarkan sempena dengan kempen AidilAdha TV AlHijrah menerusi tema Pengorbanan Kasih Abadi. Tema itu diangkat bagi menzahirkan pengorbanan umat Islam yang menahan kerinduan buat kita semua yang ingin mengerjakan ibadah Haji pada tahun ini.

Aidiladha sememangnya sinonim dengan kisah pengorbanan. Apa yang paling melekat di ingatan umat Islam sudah semestinya kisah keteguhan hati Nabi Ibrahim AS dan anaknya, Nabi Ismail AS yang dinukilkan di dalam Al-Quran. Sesungguhnya, kisah bersejarah ini memberi ibrah yang sangat besar buat seluruh umat manusia. Ibadah korban bukan sekadar ritual yang berkala tetapi ia adalah suntikan semangat yang memperingatkan umat manusia untuk terus melakukan pengorbanan yang baik dalam kehidupan seharian.

Kempen Aidiladha di TV AlHijrah dilaksanakan pada 1 Julai 2021 hingga 23 Julai 2021 dengan menerapkan tema Pengorbanan Kasih Abadi. Tema Pengorbanan Kasih Abadi dipilih bagi mengambil ibrah peristiwa di mana Nabi Ibrahim diperintahkan Allah SWT menyembelih anak kesayangan Baginda iaitu Nabi Ismail A.S. Pengorbanan Kasih Abadi juga menzahirkan pengorbanan umat Islam menahan kerinduan untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah bagi menunaikan ibadah haji dan umrah. Sebanyak 8 program istimewa Aidiladha akan disiarkan sepanjang 1 Julai 2021 hingga 23 Julai 2021 disamping program-program sedia ada.

Dengan mengambil kira pelaksanaan PKPD yang dilaksanakan, enam rancangan khas dilancarkan turut dilancarkan oleh TV AlHijrah antaranya La Tahzan yang membawakan kupasan permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat sepanjang PKPD.

Program ini bertujuan untuk memberi sokongan moral kepada penonton yang terkesan akibat Covid-19. La Tahzan menjadi inisiatif menjadi medium masyarakat untuk meluahkan permasalahan mereka menempuhi tempoh mencabar tatkala ini. Episod pertama telah bersiaran secara langsung semalam dengan menampilkan Faizal Ismail dan Abby Fana sebagai panerl jemputan. 

Labayk Allahuma Labayk

Labbayk Allahuma Labbayk 

Dokumentari

Labayk Allahuma Labayk mengisahkan perjalanan umat Islam ke Mekah Al Mukaramah untuk menunaikan ibadah haji. Dokumentari bahasa inggeris ini juga akan menyelami sejarah Kaabah dan Batu Hitam. Turut dimuatkan kisah telaga Zamzam, Safa dan Marwah, Gunung Arafat, Mina dan Muzdalifah serta semua upacara ziarah lain yang diwarisi oleh umat Islam dari zaman Nabi Ibrahim AS.

16 Julai 2021

Jumaat

10.30 malam

Journey Of Hajj

Journey of Hajj 

Dokumentari

Journey of Hajj adalah dokumentari bahasa inggeris yang membawa penonton menelusuri pengalaman serta catitan pengalaman ulama Islam sewaktu menunaikan ibadah haji semenjak abad keenam hijrah. Turut dimuatkan adalah kisah cabaran serta pahit getir yang mereka lalui dalam misi ke Mekah. 

9 Julai 2021

Jumaat 

10.30 malam

The Day Of Hajj

The Day of Hajj

Dokumentari

The Days of Hajj adalah dokumentari yang memberi gambaran tentang keadaan dan suasana di Mekah dan Madinah.Menariknya, dokumentari ini akan menayangkan paparan visual yang tentang sejarah Kaabah yang berkait rapat dengan kisah Nabi Ibrahim dan puteranya Ismail.

2 Julai 2021

Jumaat

10.00 malam

Labaikallah

Labbaikallah

Bual Bicara 

Labbaikallah adalah program bual bicara berkaitan musim haji yang dikendalikan oleh Ustaz Abdullah Khairi dan Imam Muda Azhar. Kedua-dua hos rancangan ini akan akan mengupas pelbagai topik bersama panel-panel jemputan terkemuka. Topik-topik pilihan akan berkisar tentang  penceritaan sejarah dan muhasabah spiritual seperti Kaabah, air zam-zam, Hajarul Aswad dan lain-lain.Turut dikongsi adalah pengalaman haji dan tinjauan situasi terkini keadaan Tanah Suci Mekah di musim pandemik ini. 

Bermula 9 Julai 2021 – 23 Julai 2021

Setiap hari

9.30 malam

Ust Abdullah Khairi 

Imam Muda Azhar 

Ust Dr. Shuhadak Mahmud

Ust Mohd Shamsul Hakim Abd Samad

Ust Mohammad Syaari Abdul Rahman

Gema Haflah

Gema Haflah

Hiburan Islamik

Majlis bacaan Al-Quran dengan pelbagai tarannum yang disampaikan oleh Qari-Qari Malaysia yang bertemakan Aidiladha. Antara Qari-Qari tersebut adalah Qari Syeikh Abdullah Karim Al Makki, Ustaz Ahmad Tarmizi Abd Rahman, Ustaz Jalaluddin Zaiki, Ustaz Amirahman Abas, Ustaz Muhammad Ammar Mukhlis dan Ustaz Ahmad Tirmizi Haji Ali.

17 Julai 2021

Sabtu 

10.30 malam

Bujang Haji

Drama Bujang Haji

Drama bersiri

Kisah tiga sahabat yang bercita-cita untuk menunaikan haji serta cabaran yang mereka tempuhi dalam membuat persiapan menjadi duyufurrahman.

Setiap Isnin dan Selasa 

6.00 petang

Tiada Tajuk

Filem Tiada Tajuk

Filem

Filem Tiada Tajuk mengisahkan tentang tiga orang pemuda kampung yang ingin menjadi penyanyi rock dan pop terkenal. Mereka berimpian besar tetapi malangnya bakat mereka tidak dihargai penduduk kampung. 

Mawi, Hazama Azmi, Along Cham, Joey Daud, Johan As’ari

19 Julai 2021

Menjelang raya

10.30 malam

Ustaz Kartun _ Robojim

Ustaz Kartun & Robojim

Animasi kanak-kanak islamik

Sebuah rancangan kanak-kanak yang dihoskan oleh Ustaz Nazrul atau Ustaz Kartun dan watak animasi Robojim yang mengajar ilmu Al-Quran, tajwid, hafazan, dan tulisan Jawi dengan kaedah “kartungogi”, melukis dan animasi.

Setiap Sabtu dan Ahad 

5.00 petang

INISIATIF PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DIPERKETATKAN (PKPD) TV ALHIJRAH

Selain daripada program Aidiladha, bulan Julai 2021 juga adalah bulan istimewa TV AlHijrah kerana stesen ini memperkenalkan satu lagi inisiatif baru yang dikenali sebagai Inisiatif Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) TV AlHijrah.

Inisiatif ini dilancarkan dengan tujuan memeluk emosi, memberi ketenangan jiwa serta membantu rakyat Malaysia mengharungi waktu-waktu sukar sepanjang pandemik COVID-19.

Inisiatif Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) TV AlHijrah terbahagi kepada dua elemen utama iaitu siaran rancangan di televisyen (on air) dan juga aktiviti lapangan (on ground).

Rancangan Televisyen

Tiga Program Istimewa Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) TV AlHijrah adalah La Tahzan, Saranghae, Kapsul Wabak, Soul Fitness, Tangan Seni dan Ngaji On The Go.

La Tahzan adalah sebuah program siaran langsung secara hybrid (Clubhouse TV) yang dikendalikan oleh dua orang pengacara terkenal iaitu Faizal Ismail dan Abby Fana.

La Tahzan

Rancangan ini akan mengupas tajuk-tajuk serta permasalahan orang ramai terutamanya masalah yang mereka hadapi sepanjang PKPD dilaksanakan. Faizal Ismail dan Abby Fana akan ditemani panel berlainan setiap hari bagi menjawab persoalan penonton secara virtual.

Tarikh Siaran :  6 – 8 Julai 2021, jam 9 malam

Bermula 9 Julai, Setiap Rabu-Ahad, jam 6 petang

Saranghae adalah program berkonsepkan majalah realiti yang memaparkan aktiviti pendakwah terkemuka negara bersama keluarga di waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Saksikan bagaimana Ustaz Syed Norhisyam Tuan Padang, Prof. Madya Dato’ Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim, Pu Rahmat, Imam Muda Hafiz, Ustaz Ilyas Ismail, Ustaz Husaini, serta Ustaz Shahrizan Al Tarubi menjalani kehidupan harian dengan lebih bermakna disamping keluarga tercinta.

Tarikh Siaran: Bermula 30 Julai, Jumaat, 10 malam

Kapsul Wabak merupakan kompilasi 20 hadis pilihan yang dikupas oleh Prof. Madya Dr. Ahmad Sanusi Azmi. Pemilihan hadis ini adalah bersesuaian dengan keadaan pandemik yang melanda dunia kini.

Antara kupasan yang disampaikan adalah Duduk Rumah Dapat Pahala, Jauhi Kawasan Penyebaran Penyakit, Allah SWT Memuji Barisan Hadapan, Kuarantin Kendiri di Rumah dan banyak lagi.

Tarikh Siaran: Bermula 12 Julai, Isnin – Khamis, 7.25 malam

Soul Fitness adalah sebuah program dengan kerjasama Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUI).

Program ini merupakan kapsul bacaan Al-Quran berdurasi lima minit yang mengajak penonton untuk mencari ketenangan jiwa dengan Al-Quran.

Soul fitnes dikendalikan oleh Ustaz Fazrul Ismail, Ustaz Tarmizi Abdul Rahman dan Ustaz Tirmizi Ali

Tarikh Siaran : Bermula 16 Julai 2021, Jumaat – Ahad,7.25mlm

Tangan Seni adalah salah satu program yang dibuat khusus bagi memberi semangat buat penonton di rumah untuk mencipta hobi baru sepanjang tempoh PKP bersama keluarga tercinta.

Program ini akan menonjolkan aktiviti DIY penonton di rumah samada berkebun, bertukang, memasak, membaik pulih kenderaan, dekorasi dan pelbagai aktiviti menarik lain yang sesuai dikongsi.

Tarikh Siaran : Bermula 24 Julai 2021, Setiap Sabtu & Ahad, 5.30 petang

Ngaji On The Go adalah sebuah program siaran langsung yang menampilkan barisan selebriti tanah air dalam melantunkan bacaan Al-Quran dengan tartil dan talaqqi.

Saksikan Nina Farzurina, Zizi Kirana, Diana Amir dan Mawar Rashid bersama ustazah Aishah Bain menghayati Al-Quran mengikut cara bacaan sebenar Baginda Rasulullah SAW.

Tarikh Siaran : Bermula 24 Julai 2021, Setiap Sabtu, 7.30 petang

Acara Lapangan

Acara lapangan: Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang dikenali sebagai Hijrah Prihatin

Tiga inisiatif utama Hijrah Prihatin yang akan dilaksanakan bermula Julai 2021 hingga Disember 2021 adalah;

Bersama IMARET

TV AlHijrah akan menyumbangkan peralatan perubatan dan bukan perubatan di Pusat Penilaian COVID-19, Covid Assessment Centre (CAC). Sumbangan ini akan diberikan kepada NGO Persatuan Perubatan Malaysia (IMARET).

Antara barangan sumbangan adalah komputer riba, khemah, mesin pengesan suhu badan, mesin pemeriksaan tekanan darah dan peralatan perlindungan peribadi (PPE).

Sumbangan Daging Mentah

15 orang penghantar makanan (rider) yang dilantik TV AlHijrah akan menghantar daging segar kepada kumpulan berpendapatan rendah di Lembah Klang termasuk ibu tunggal, kumpulan B40 dan mereka yang terjejas pendapatan akibat COVID-19.

Sebanyak 500-kilogram daging akan dibeli daripada YaPEIAM Mart untuk disumbangkan kepada kumpulan sasaran. Aktiviti ini akan dijalankan selama lima hari dengan mensasarkan satu kilo daging untuk satu kediaman.

Lokasi penghantaran adalah Pangsapuri Kos Rendah Bandar Tasik Selatan, PPRT Sri Penara Bandar Sri Permaisuri, Rumah Pangsa Mutiara Gombak (UIA), Pangsapuri Enggang Bukit Kinrara dan Surau Al Hidayah Fasa 3 Desa Mentari.

Sumbangan Barang Keperluan Asas

Sepanjang Ogos hingga Disember 2021, tim Hijrah Prihatin TV AlHijrah akan menyantuni golongan memerlukan sekitar Selangor dan Kuala Lumpur dengan sumbangan barangan keperluan asas dan kebersihan diri.

Antara penerima sumbangan ini adalah anak-anak yatim, keluarga asnaf, keluarga Orang Asli, warga emas, peniaga kecil-kecilan, artis veteran dan media.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tular Video & Sijil Nikah Tatkala Rakyat Menderita, Timbalan Menteri Berasa Amat Kesal

Finas Tetap Teruskan Festival Filem Malaysia Ke-31 Walaupun Ramai Yang Nak Boikot