in ,

Tular Video & Sijil Nikah Tatkala Rakyat Menderita, Timbalan Menteri Berasa Amat Kesal

Selepas sebuah video akad nikah yang dikaitkan dengannya tular dan mendapat kecaman, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Che Abdullah Mat Nawi akhirnya memohon maaf.

Menurut beliau, permohonan maaf itu dibuat sekiranya isu akad nikah secara dalam talian itu menyinggung perasaan mana-mana pihak.

Ahli Parlimen Tumpat itu berkata, beliau kesal dengan penularan perkara itu kerana menyifatkan ia sebagai sesuatu yang peribadi.

Tanpa mengesah atau menafikan sama ada beliau adalah Ahli Parlimen yang dimaksudkan itu, Che Abdullah berkata, sedang meneliti tindakan perundangan ke atas pihak yang cuba meng4ibkannya.

Tular Video & Sijil Nikah, Timbalan Menteri Berasa Amat Kesal, Ini Tindakan Yang Akan Diambil

“Saya terlebih dahulu memohon maaf sekiranya isu yang dikatakan mempunyai kaitan dengan saya dalam minggu ini telah menyinggung mana-mana pihak.

“Ketika ini saya telah mendapat nasihat daripada peguam yang telah dilantik dan akan mengambil tindakan terhadap pihak-pihak yang terlibat. Dan saya dinasihatkan supaya tidak mengulas lanjut.

“Saya berasa amat kesal dengan isu ini di mana isu yang dihebohkan itu, saya rasa semua pun boleh rasa bahawa ia bersifat sangat peribadi, yang melibatkan bukan sahaja saya , malah seluruh keluarga saya.

“Isu sebegini sepatutnya tidak berlaku,” katanya.

Terdahulu, media sebelum ini melaporkan, Majlis Agama Islam Wilayah Narathiwat Thailand akan menjalankan siasatan berhubung isu majlis akad nikah secara dalam talian yang didakwa membabitkan seorang timbalan menteri di negara ini.

Timbalan Yang di-Pertua Majlis Agama Islam Wilayah Narathiwat, Abdul Aziz Che Mamat menjelaskan pihaknya tidak pernah mengiktiraf pernikahan secara dalam talian.

Rakaman video dan salinan sijil nikah yang tular itu turut mendapat kritikan ramai kerana individu itu didakwa melangsungkan pernikahan sewaktu rakyat berdepan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Tular Video & Sijil Nikah, Timbalan Menteri Berasa Amat Kesal, Ini Tindakan Yang Akan Diambil

Terdahulu media melaporkan Seorang timbalan menteri didakwa menikah seorang lagi di selatan Thailand ketika rakyat negara ini berdepan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh.

Menurut salinan surat nikah yang dikeluarkan oleh Yang Dipertuan Majlis Agama Islam Wilayah Narathiwat itu, pernikahan mereka berlangsung pada 1 Jun lalu, hari Kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengenakan PKP Penuh termasuk di Kelantan.

Ia dikatakan berlangsung di Masjid Kedai Baru, Jajahan Sungai Golok, Wilayah Narathiwat.

Turut disebarkan adalah lafaz aqad nikah ahli parlimen sebuah kawasan di Kelantan berkenaan yang dibuat secara online dengan jurunikahnya.

“Sedak bekas bos Khairul Azuan plak ehhhh trik nih. Ore akat dero putih….dia akat bini baru,” tulis seorang aktivis politik, Ayie Prope melalui facebook beliau.

Majlis Agama Islam Wilayah Narathiwat Akan Siasat

SHAH ALAM – Majlis Agama Islam Wilayah Narathiwat di Thailand menafikan terlibat menjalankan majlis akad nikah secara dalam talian membabitkan seorang ahli politik Malaysia bergelar ‘Datuk’ dengan isteri ketiganya.

Timbalan Yang di-Pertua Majlis Agama Islam Wilayah Narathiwat, Abdul Aziz Che Mamat berkata, pihak majlis agama Islam itu tidak pernah meluluskan akad nikah secara dalam talian untuk digunakan para imam di wilayah berkenaan setakat ini.

“Majlis Agama Islam Wilayah Narathiwat telah menerima laporan tidak rasmi seorang ahli politik Malaysia yang berasal dari Kelantan berkahwin dengan pasangannya seorang rakyat Malaysia.

“Kami diberitahu bahawa pasangan itu telah menggunakan khidmat imam dari Masjid Sungai Golok dan perbualan antara pengantin perempuan dan imam diadakan melalui video.

“Saya ingin menegaskan di sini bahawa pihak majlis tidak pernah membenarkan akad nikah dalam talian walaupun kita sekarang menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan dan larangan merentasi sempadan.

“Kami juga tidak pernah mengeluarkan surat nikah kepada pasangan itu,” katanya seperti dilaporkan kepada New Straits Times pada Ahad.

Sehubungan itu, Abdul Aziz berkata, majlis akad nikah berkenaan akan disiasat dengan teliti termasuk memanggil imam yang terlibat dalam majlis akad nikah itu untuk disoal siasat.

Difahamkan, imam berusia 50-an terbabit telah bertugas di sebuah masjid di wilayah Sungai Golok selama lebih daripada dua tahun.

Perkahwinan antara ahli politik Kelantan yang merupakan timbalan menteri dengan pengantin perempuan itu didakwa dilakukan pada 1 Jun sebelum ia menjadi viral di platform media sosial.

Gambar sijil perkahwinan pasangan itu serta perbincangan antara ahli politik dan imam dengan dua lelaki lain yang dipercayai saksi juga diedarkan secara meluas.

Pengantin perempuan terbabit dipercayai berasal dari Selangor dan menjadi isteri ketiga ahli Parlimen itu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

HUAWEI Lancar nova 8i Bersama Tablet, Monitor, Jam Pintar & Fon Telinga Terbaru

Program Menarik Sempena Sambutan AidilAdha 1442H di TV ALHIJRAH