in

Program Menarik Sempena Chap Goh Mei

DUA PROGRAM MENARIK SEMPENA CHAP GOH MEI 2011 PADA 17 FEBRUARI INI DI TV2

Semarak sambutan Tahun Baharu Cina yang diraikan kaum Cina pada 3 dan 4 Februari lepas diteruskan dengan sambutan Chap Goh Mei sebagai menandakan berakhirnya perayaan Tahun Baru Cina.

Pesta Chap Goh Mei disambut dengan mengadakan upacara sembahyang secara besar-besaran, di mana colok besar akan dibakar dan juga diadakan makan besar bersama keluarga. Bunga api dibakar dan tanglung dinyalakan bagi meraikan Chap Goh Mei.

Chap Goh Mei juga dianggap sebagai malam mencari pasangan di mana para gadis akan berpakaian serba indah dan mengunjungi kuil untuk berdoa agar mendapat pasangan yang secucuk. Terdapat juga amalan melontar buah limau ke dalam laut atau sungai dengan doa untuk mendapat pasangan. Buah limau yang basah membawa pesanan agar mereka mendapat pasangan yang sesuai.

Pengacara

Persembahan kebudayaan Cina akan diadakan pada waktu malam bagi menandakan perayaan Chap Goh Mei seperti perarakan tanglung, tarian naga atau singa, opera Cina, dan mengimbang bendera besar “Chingay”.

Radio Televisyen Malaysia (RTM) meraikannya dengan menyiarkan dua program menambah semarak perayaan ini iaitu Muzikal Khas : Chap Goh Mei 2011, jam 12.30 tengah hari dan sebuah filem menghiburkan bertajuk Market’s Romance, jam 10.00 malam yang kedua-duanya disiarkan pada 17 Februari 2011 menerusi Saluran Dunia Ria, TV2.

Program Muzikal Khas : Chap Goh Mei 2011 menampilkan pengacara Cindy Chen dan Johnson Wee ini menariknya bakal mengajak penonton berkongsi pendapat dengan beberapa orang awam akan ditanya adakah mereka mengetahui apa itu Chap Goh mei? Sambutan Chap Goh Mei adalah Hari Kekasih (Valentine Day). Di dalam rancangan ini kita akan mendapat banyak informasi tentang Chap Goh mei.

Lagu-lagu dari artis popular yang menghiburkan serta permainan sketsa yang disediakan di dalam rancangan ini untuk menyambut perayaan hari Chap Goh Mei seperti diselitkan beberapa lagu MTV kanak-kanak dari Rabbit 2, Teen Angels, MV oleh Fish Leong, Elaine Kang, 988Dj, Micheal dan banyak lagi. Ada juga diselitkan ucapan khas dari selebriti Jay Jay, Elaine Kang, Will, Woo Jia Hui dan Rynn.

Menyusul kemudiannya filem tayangan khas sempena Chap Goh Mei bertajuk Market’s Romance lakonan Ellen Chan, Loletta Lee Lai – Chun, Elle C Ronald Cheng, Edmond Cheng dan Lui Fong.

Kisahnya berlegar watak seorang penjual ikan bernama Kudzu yang mempunyai harapan besar untuk adiknya, Bean. Dia mahukan adiknya menjadi seorang yang terkenal. Akan tetapi Kudzu sangat kecewa apabila mendapati adiknya telah jatuh cinta pada seorang penjual daging di pasar yang sama.

Apakah yang terjadi apabila Kudzu cuba untuk memisahkan Bean dengan kekasih hatinya itu? Ikuti kisah selanjutnya yang bakal disiarkan meraikan Chap Goh Mei ini.

Chap Goh Mei 2011

Chap Goh Mei 2011 (1)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Isu Penganiayaan Penganjur Teater Bangsawan Siti Zulaikha

Sekitar Pelancaran Program Baru Astro Warna