in ,

Soo Wincci Terkejut Tersenarai 100 Wajah Paling Cantik 2013

Sesuatu yang berlaku dalam dunia ni, pasti ada rahsia dan misterinya yang tersendiri. Begitu juga dengan Soo Wincci, di sebalik rasa kecewa dan sedih apabila pengurus promosi album Melayu berhenti secara mengejut baru-baru ini, sesuatu yang mengejut bagi Soo Wincci apabila dimaklumkan namanya terselit di antara 100 wanita tercantik di dunia untuk tahun 2013. Wow tahniahlah, Wincci!

Soo Wincci Terkejut Tersenarai 100 Wajah Paling Cantik 2013

[dropcap]S[/dropcap]ekaligus, bagi Soo Wincci, berita ini membuatkan beliau bersemangat kembali. Semasa mula-mula dapat tahu tentang berita ini, Soo Wincci rasa sangat terkejut dan rasa bertuah apabila Independent Critics yang berpangkalan di United Kingdom dan Amerika Syarikat memilih dirinya dalam kategori 100 Wajah Paling Cantik 2013.

Pelantun lagu Musim Asmara itu berada di tangga ke-91 sebaris dengan beberapa selebriti lain yang turut pertama kali dicalonkan seperti Anna Koncakovskaya (Rusia), Marcela Guirado (Mexico), Meghan Markle (Amerika Syarikat) dan Gabriella Wilde (United Kingdom). Sementara tempat pertama milik pelakon cantik dari Perancis, Marion Cotillard selepas tersenarai selama 12 tahun.

Wincci yang kini di Taiwan akui senarai itu menjadi penggalak kepada impiannya menembusi pasaran Hollywood. Menurutnya, berita ini menjadikan beliau ia satu motivasi yang paling bernilai untuknya terus melangkah lebih jauh dan bangun semula dari rasa kecewa dan bekerja keras untuk mengharumkan nama negara.

“Saya sangat terkejut apabila dimaklumkan tentang berita ini. Ketika itu (semalam) saya dalam perjalanan ke lapangan terbang untuk ke Taiwan. Berita ini sangat menggembirakan saya kerana saya menganggap ia sebagai satu penggalak untuk mencapai impian saya ke Hollywood.”

Soo Wincci dipilih laman web itu berdasarkan profil sebagai ratu cantik, personaliti televisyen dan penyanyi. Di Malaysia sendiri, Budiey lihat boleh dikatakan semua media massa dan cetak serta portal & blog telah menyiarkan berita ini.

Budiey nak ucapkan tahniah buat Soo Wincci. Semoga terus sukses di tahun 2014.

Soo Wincci

Soo Wincci

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Program Khas Raikan Tahun Baharu 2014 Di RTM

Hamil Empat Bulan Lisdawati Tetap Gigih Berlakon