in

Program Istimewa TV3 Semarak Hari Merdeka Ke-56

Bersempena dengan sambutan Hari Merdeka ke-56, TV3 menyemarakkan lagi semangat patriotik rakyat Malaysia menerusi kempen #MySyg yang membawa tagline ‘Saya Sayang Malaysia” dengan paparan istimewa dalam program Malaysia Hari Ini, Majalah 3, Bananana! Squad dan slot Cerekarama.

[dropcap]S[/dropcap]eperti tahun-tahun lepas, program bual bicara, Malaysia Hari Ini juga tidak ketinggalan bersiaran secara langsung pada 31 Ogos dari Dataran Merdeka, Kuala Lumpur dengan memaparkan kemeriahan suasana perarakan Hari Merdeka. Jangan ketinggalan untuk bersama hos cilik, Nazha dalam Bananana! Squad yang akan berkongsi kisah sejarah tentang Perdana Menteri Malaysia pertama.

Generasi terdahulu yang bersemangat kental dalam perjuangan kedaulatan tanah air dapat disaksikan dalam kupasan menarik Majalah 3 sempena sambutan Hari Merdeka tentang Mat Kilau, seorang pahlawan muda yang bangkit menentang penjajah pada tahun 1891.

Selain itu, menerusi slot Cerekarama, saksikan buah tangan dari pengarah, Isma Yusof dengan sebuah telefilem, “Jalur” yang mengisahkan persahabatan tiga sekawan, Budin, Wong dan Rajoo yang meraikan Hari Merdeka sejak mereka berkenalan dalam usia belasan tahun.

Tv3

Berikut ialah sinopsis bagi program-program istimewa untuk Hari Merdeka:

Bananana! Squad
30 Ogos 2013 (Jumaat), 9.28 pagi – 10.00 pagi
Bersama hos Bananana! Squad, Nazha yang akan berkongsi kisah sejarah tentang Perdana Menteri Malaysia pertama, Tunku Abdul Rahman dan detik-detik pembentukan Malaysia.

Malaysia Hari Ini Khas Merdeka (siaran langsung), 31 Ogos 2013, 7.30 pagi – 10.30 pagi
Saksikan suasana kemeriahan acara perarakan Hari Merdeka yang bakal berlangsung di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur bersama barisan hos, Ally Iskandar, Ahmad Fedtri Yahya, Nurul Fariha On dan Saiful Nizam Ismail.

Cerekarama: Jalur
31 Ogos 2013 (Sabtu), 10.00 malam – 12.00 tengah malam
Mengisahkan tentang persahabatan tiga sekawan, Budin, Wong dan Rajoo yang tinggal di kawasan kampung yang berhampiran. Ketika usia mereka dalam belasan tahun, Wong pernah menyelamatkan Budin dari satu insiden, Budin diberikan rawatan selama dua hari di rumah Wong kerana rumah mereka jauh di kawasan pedalaman. Sejak itu, mereka mulai akrab.

Semangat mereka meraikan Hari Merdeka patut dicontohi oleh rakan-rakan sebaya. Budin dan Wong yang lahir pada taikh yang sama iaitu 31 Ogos 1957. Mereka menyambut hari lahir bersama dengan mengibarkan bendera di puncak bukit dekat kampung mereka. Situasi tersebut diteruskan walaupun masing-masing sudah mendirikan rumah tangga. Namun persahabatan mereka kian renggang kerana salah faham. Pada Hari Merdeka juga mereka kembali berdamai tetapi tragedi sedih menimpa salah seorang daripada mereka.
Pelakon: Zamarul Hisham, Keith Foo, Fizz Fairuz, Noorkhiriah, Jason Chong, Farabie, adik Low Chia Meng, adik Danish Adam, adik Darvind Nair, adik Khayrisyah Kemal

Majalah 3 – Mat Kilau: Sumpah Bahadur
2 September 2013 (Isnin), 9.00 malam – 10.00 malam
Pada 26 Disember 1969, Malaysia digemparkan dengan berita dari Pahang. Seorang lelaki tua telah mengumumkan dirinya ialah Mat Kilau, pahlawan Melayu abad ke 19. Walhal mengikut laporan British dan fakta sejarah setakat yang diketahui oleh rakyat Malaysia ketika tahun 1969, Mat Kilau telah lama mati akibat dibunuh oleh tentera Siam. Kemunculan semula Mat Kilau pada Disember 1969 ini menimbulkan persoalan dan konflik yang mempersoalkan tentang kematiannya. Justeru, Kerajaan Negeri Pahang telah mewujudkan sebuah Jawatankuasa Menyiasat Kemunculan Semula Mat Kilau pada 8 Januari 1970.

Paparan Majalah 3 sempena menyambut Hari Merdeka ini menemui beberapa waris dan saksi kepada peristiwa itu. Mat Kilau merupakan antara pahlawan muda yang turut serta dalam gerakan penentangan yang berlaku di Pahang pada 1891, rentetan daripada kebangkitan Orang Kaya Setia Dato Bahaman.

Penindasan peraturan-peraturan baharu yang dijalankan oleh British mengundang padah. Hak istimewa pembesar Melayu menyebabkan ramai di kalangan mereka yang tidak berpuas hati. Penentangan Dato Bahaman pada 1891, telah membuka mata pahlawan muda bahawa jangan biarkan tanahair dijajah. Pada 1892, Mat Kilau mula memainkan peranan penting dalam penentangan dan mengumpulkan lebih ramai pengikut-pengikutnya untuk melawan penjajah. Namun siapa tahu, Mat Kilau sebenarnya berhadapan dengan musuh yang sangat dikenalinya sekeluarga, iaitu Hugh Clifford, agen British yang sangat bijak.

Penentangan pahlawan –pahlawan Pahang berlanjutan sehingga 1895. Terdapat beberapa fakta sejarah mengatakan Mat Kilau mati dibunuh dan dikebumikan di Kelantan. Ada juga yang mengatakan dia dibunuh oleh tentera Siam di Thailand. Ini antara faktor yang menyebabkan kemunculan semula Mat Kilau pada 1969 itu diperdebatkan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.mysyg.com.my dan www.tv3.com.my serta laman sosial Facebook, Twitter & Instagram TV3Malaysia. Pengguna laman sosial Twitter boleh menggunakan ‘hash tag’ (#MySyg) untuk menyemarakkan lagi kempen #MySyg. Ayuh, kongsikan detik-detik bermakna anda sebagai rakyat Malaysia dengan sertakan #MySyg.

Tv3

Tv3

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Top 5 Anugerah Industri Muzik Malaysian-Indian 2013

Konsert 2013 Infinite 1st World Tour One Great Step In Kuala Lumpur