in ,

Konsert 2013 Infinite 1st World Tour One Great Step In Kuala Lumpur

Ramai peminat kumpulan K-pop Infinite dah tak sabar untuk menyaksikan konsert penuh pertama live in Malaysia. Ya, selepas kunjungan CNBlue dan EXO, kumpulan terkenal dari Korea Selatan yang dibarisi oleh tujuh orang pemuda kacak berwajah jamboo ini akan menjayakan konsert jelajah 2013 Infinite 1st World Tour – One Great Step In Kuala Lumpur.

Tentang Konsert

[dropcap]K[/dropcap]umpulan Infinite bakal mengadakan konsert sulungnya di Malaysia 2013 Infinite 1st World Tour One Great Step In Kuala Lumpur pada 19 Oktober 2013 di Stadium Negara, Kuala Lumpur jam 8 malam. Budiey pun tak sabar nak jumpa dan bertemu mata dengan mereka iaitu Sung Kyu, Dong Woo, Woo Hyun, Hoya, Sung Yeol, L, dan Sung Jong. Budiey rasa penganjur seharusnya menjemput Budiey untuk ke Sidang Media Infinite sebab Budiey akan buat liveupdate percuma untuk mereka.

Konsert 2013 Infinite 1st World Tour One Great Step In Kuala Lumpur

 

Infinite 1st World Tour One Great Step In Kuala Lumpur

[pullquote align=”right”]Kumpulan Infinite bakal mengadakan konsert sulungnya di Malaysia 2013 Infinite 1st World Tour One Great Step In Kuala Lumpur pada 19 Oktober 2013 di Stadium Negara, Kuala Lumpur jam 8 malam.[/pullquote]

Dalam rangka lawatan ke negara serata dunia, Infinite telah buat perancangan begitu teliti untuk memenuhi permintaan di semua negara Asia Tenggara yang lain. Selain Malaysia, mereka juga akan menghiburkan peminat di Singapura, Thailand, Manila dan Jakarta. Sebelum ini, Infinite pernah datang ke Malaysia dalam kunjungan singkatnya untuk menghiburkan peminat sewaktu Golden Disk Awards 2013 yang diadakan di Sepang pada awal Januari yang lepas. Tapi rasanya tak puaslah dengan persembahan sekejap tu kan?

Untuk pengetahuan anda, INFINITE telah pun mencipta fenomena beberapa minggu lepas apabila jualan tiket konsert One Great Step yang diadakan di Seoul pada 9-10 Ogos 2013 habis dijual dalam masa beberapa minit sahaja. Ini sekaligus membuktikan populariti INFINITE sedang meningkat naik dan semakin diterima oleh peminat walaupun kumpulan itu baru ditubuhkan beberapa tahun yang lepas.

Kumpulan Infinite terkenal dengan tarian mereka yang mantap dan sangat syncronise. Hanya tinggal sebulan lebih lagi mereka akan diterbangkan dan kini tiket dengarnya semakin laris dijual.

Menyingkap kejayaan Infinite, nama mereka muncul di persada dunia muzik k-pop selepas debute dalam mini album pertama pada Jun 2010 berjudul First Invasion. Ternyata, lagu mereka dapat diterima oleh peminat k-pop pada masa itu dan menjadi top dalam carta.

Final Poster Konsert  Infinite 1st World Tour One Great Step In Kuala Lumpur

Konsert INFINITE Poster Final

Konsert 2013 Infinite 1st World Tour One Great Step In Kuala Lumpur

Pencapaian Infinite

Pada tahun 2012, Infinite kembali gempak dengan Scorpion Dance di mana tampil dalam sebuah muzik video dalam lagu BTD. Mereka juga selepas itu memenangi beberapa anugerah termasuklah lagu-lagu mereka terus menjadi kegilaan ramai antaranya Be Mine, Paradise, The Chaser and Man In Love.

Pada hari Ahad lalu, telah berlangsungnya pelancaran penjualan tiket di Pusat Membeli Belah Fahrenheit 88, Bukit Bintang dari jam 11 pagi hingga 4 petang. Ramai yang datang dam Budiey lihat mereka beratur panjang semata-mata mahu menjadi pembeli terawal. Semua yang datang menjadi pembeli terawal turut mendapat sekeping poster keluaran terhad.

Jualan di lokasi terpilih dan dalam talian bermula pada hari Ahad jam 4 petang melalui laman sesawang TicketCharge or call 03-9222 8811.

Harga Tiket

Tiket berharga RM683 (VVIP/VIP — numbered seats), RM583 (Rock zone — free standing), RM583 (PS1 — numbered seats), RM483 (PS2 — free seating), RM383 (PS3 — free seating) dan RM183 (PS4 — free standing).

Untuk info lanjut sila layari: www.facebook.com/ifnt7 atau konsert promoter IME Production’s official Facebook page: www.facebook.com/imepmy.

Konsert 2013 Infinite 1st World Tour One Great Step In Kuala Lumpur

Konsert 2013 Infinite 1st World Tour One Great Step In Kuala Lumpur

Konsert 2013 Infinite 1st World Tour One Great Step In Kuala Lumpur

Konsert 2013 Infinite 1st World Tour One Great Step In Kuala Lumpur

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Program Istimewa TV3 Semarak Hari Merdeka Ke-56

Hari Kejutan Time To Reload Win A Watch