in

Program IKON SIBER

Kisah selebriti media sosial dan sumbangan mereka kepada kebajikan masyarakat dipilih Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebagai antara program terbaharu yang bakal menemui penonton mulai 16 November ini, setiap Jumaat, pukul 4.30 petang menerusi saluran TV1.

Bersama hos Azhar Zainal mengenali beberapa orang individu atau tokoh yang kerjayanya sangat berkaitan dengan media baharu sehingga hasil kerja mereka menjadi viral dan mempunyai peminatnya sendiri dalam program diberi tajuk “Ikon Siber”. 

13 episod, membawa anda mengenali dengan lebih dekat lagi 13 selebriti media sosial yang mempunyai latar belakang berbeza namun hakikatnya dapat dibanggakan rakyat Malaysia.

tetamu…Mojie

Selebriti Media Sosial dan Sumbangan Mereka Kepada Masyarakat Dalam Program IKON SIBER Di TV1 

Temu ramah bersama selebriti-selebriti ikon siber yang mempunyai keunikan sendiri dan antara mereka Jess Tan yang sanggup merendahkan diri bersamanya secara santai sungguh pun beliau mengurus sebuah syarikat besar dan tersenarai dalam majalah Forbes. 

Rasa kagum dengan keupayaan dan bakat Wany Hasrita sebagai seorang penyanyi, Faiz Ibrahim antara penulis buku yang dalam usia muda dapat mempengaruhi kaum remaja untuk berfikiran positif terhadap cabaran-cabaran kehidupan, Mek Onie yang berkongsi pelbagai informasi mengenai pelancongan dan pengembaraan, Amirul Mukmin seorang yang berjiwa riang gembira menampilkan ciri ini ke dalam klip video yang dihasilkannya, Moji pula seorang pengembara solo yang suka mengabadikan perkara-perkara yang unik dalam gambar-gambar stil beliau. 

Episod pengenalannya membawa penonton bertemu dengan Bengah, seorang juru foto yang mempunyai lebih dari dua ratus ribu orang pengikut dalam media sosialnya. Bengah sangat menyayangi adik perempuannya bernama Afiatul, seorang kanak-kanak istimewa. Mereka bersiar-siar menikmati pemandangan bandaraya Melaka dan mengunjungi muzium kapal selam sambil berbual mengenai pekerjaan dan pengalaman Bengah sebagai juru foto.

penggambaran di Songkhla Thailand

Pengacara telah meluangkan masa pergi ke Kuantan, Pahang dan berjumpa dengan Anis Arif, ikon siber yang memperkenalkan tudung Ruffle dan Nanoness. Anis menceritakan bagaimana beliau mencetuskan idea untuk melahirkan produk fesyen itu dan peluang-peluang perniagaan yang kian meningkat. 

Kunjungan Azhar ke Jeram, Kuala Selangor mempertemukannya dengan Rara, ikon siber yang suka dengan sukan lasak seperti motosikal ‘off road’, gelongsor di udara dan berkayak. Azhar dan Rara mencuba beberapa acara seperti itu di Jeram dan di ‘Skytrex’ di Shah Alam.

Kenali Christopher Tock Zhin Fei, pengasas, social grooves.com yang mengurus laman media sosial para selebriti seperti pemain badminton, Datuk Lee Chong Wei. Christopher berkongsi pengalaman dengan Azhar sambil berkayak di Tasik Chenderoh, Lenggong, Perak. Laman media sosial Tock juga mempromosikan pemakaian sarung. Kempen beliau ini telah menarik ramai peminat daripada seluruh dunia dan beliau telah memenangi anugerah sebagai usahawan media sosial.

antara tetamu jemputan dalam Ikon Siber

Di Taman Tema, Lost World Of Tambun, Perak, hos menemui seorang ‘blogger’ yang dikenali dengan nama media sosial sebagai Framestone. Framestone berkongsi pengalaman dengan Azhar mengenai inspirasi yang mendorong beliau menulis mengenai pelbagai topik yang beliau berminat. Mereka juga mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti di Taman Tema itu. 

Bersama Haqiem Rusli seorang penyanyi muda yang mencatatkan nama dalam industri muzik pergi mengembara di Krabi, Thailand. Beliau mempunyai lebih daripada setengah juta orang pengikut di media sosial. Di Koh Kau Lading, mereka membuat penyelaman ‘snorkeling.’ 

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Profile Misha Omar

Zara Zya Bertepuk Sebelah Tangan dalam Drama TERBAIK DARIKU