in , ,

Zara Zya Bertepuk Sebelah Tangan dalam Drama TERBAIK DARIKU

Cinta Zara Zya Bertepuk Sebelah Tangan. Segalanya dalam drama Terbaik Dariku yang dibarisi oleh Zara Zya, Syazuwan Hassan, Azar Azmi, Hanna Aqeela, Datin Fadilah Mansor, Azri Iskandar dan Ainina Ahmad B bakal bersiaran pada 14 November ini setiap hari Isnin hingga Rabu, pukul 10.00 malam.

November ini, TV3 membawakan dua drama terbaharu menerusi slot Akasia (Seribu Rindu) dan Samarinda (Terbaik Dariku). Drama lakonan Zara Zya, Syazuwan Hassan, Azar Azmi, Hanna Aqeela, Datin Fadilah Mansor, Azri Iskandar dan Ainina Ahmad B ini bakal bersiaran pada 14 November ini setiap hari Isnin hingga Rabu, pukul 10.00 malam.

CINTA ZARA ZYA BERTEPUK SEBELAH TANGAN

Drama TERBAIK DARIKU

Siapa sangka, rupa-rupanya Zara Zya hanya bertepuk sebelah tangan. Lelaki yang dicintainya tidak pernah ikhlas mencintainya. Masihkah ada sinar untuk Zara Zya meraih kasih Syazuwan Hassan? Eh… kenapa Syazuwan pula?

Haa… sebenarnya, kisah cinta mereka hanyalah untuk drama terbaharu Terbaik Dariku di slot Samarinda mulai 14 November ini.

Sinopsis Drama TERBAIK DARIKU di TV3

Terbaik Dariku mengisahkan seorang wanita yang tersepit antara impiannya untuk memiliki cinta suaminya dan menerima realiti suaminya menyintai perempuan lain. Drama 15 episod ini dibarisi pelakon hebat seperti Zara Zya, Syazuwan Hassan, Azar Azmi, Hanna Aqeela, Datin Fadilah Mansor, Azri Iskandar dan Ainina Ahmad B. Aisyah (Zara Zya) mengahwini Taufiq (Syazuwan Hasan) kerana menyangkakan suaminya itu ikhlas terhadapnya. Sebenarnya, Taufiq tidak pernah menyintai Aisyah. Sebaliknya Taufiq hanya mempergunakan Aisyah atas desakan ibunya, Saodah yang mahu menumpang kesenangan yang dimiliki Aisyah.

Dalam diam, Taufiq mempunyai seorang isteri lain bernama Suraya (Azar Azmi) yang dikahwininya sebulan selepas pernikahannya dengan Aisyah. Taufik bijak menyembunyikan perkahwinannya itu sehingga tidak dapat langsung dihidu oleh Aisyah. Taufiq sering memburukkan Aisyah di hadapan Suraya.

Dia sering mengadu dia tidak bahagia dengan Aisyah dan betapa dia cuba menjaga hati Aisyah tetapi Aisyah tidak menghormatinya sebagai suami malah katanya, Aisyah memperkecilkan dirinya sebagai lelaki yang berasal dari kampung dan miskin. Semua rekaan cerita ini menyebabkan Suraya bencikan Aisyah. Seringkali Suraya mendesak supaya Taufiq menceraikan Aisyah tetapi Taufiq masih lagi tidak mahu melepaskan Aisyah.

Kehadiran Zaharah, seorang gadis yang diselamatkan oleh Aisyah kerana melarikan diri daripada dijual ayahnya kepada lelaki yang tak dikenali tidak disukai Taufiq dan Saodah. Mereka berasa sangsi dengan kata-kata Zaharah, lebih-lebih lagi Saodah. Saodah tidak mahu Zaharah menjadi penghalang untuk dia menikmati kesenangan harta Aisyah.

Saodah kemudiannya menghalau Zaharah. Aisyah nekad untuk mencari Zaharah. Kehilangan Zaharah mengimbau kembali memori Aisyah akan satu peristiwa hitam yang terjadi kepadanya sewaktu kecil.

Apakah sebenarnya yang terjadi sehingga Aisyah bersungguh mahu menjejaki Zaharah? Adakah pembohongan Taufiq akan terbongkar? Saksikan konflik rumah tangga dan keluarga arahan Along Kamaludin, skrip oleh Lily Suhana dan Adza Emie, terbitan Layar Ceritera Sdn. Bhd ini di TV3 setiap hari Isnin hingga Rabu, pukul 10.00 malam.

Drama TERBAIK DARIKU

Drama TERBAIK DARIKU

Drama TERBAIK DARIKU

Drama TERBAIK DARIKU

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Program IKON SIBER

Zul Ariffin Pilihan Kedua Azira Shafinaz dalam SERIBU RINDU