in ,

Azlan Typewriter Patah Kaki Kiri Musibah Menimpa Ketika Mendaki

Benar Kata Peribahasa, ‘Geruh Tak Berbunyi, Malang Tak Berbau’. Itu Yang Dialami Penyanyi, Azlan Typewriter Apabila Tercedera Ketika Melakukan Aktiviti Mendaki Bukit Dua Hari Lalu.

Menurut Lan, kejadian berlaku di Sungai Batangsi, Semenyih ketika dia bersama empat rakan menuruni bukit yang agak curam untuk menuju ke sungai. Malangnya dia hilang imbangan lalu tergelincir, mengakibatkan kaki kirinya patah.

“Untuk kaki ‘hiking’, musim-musim hujan sekarang ini tak payahlah mendaki bukit atau gunung. Bahaya. Tengok kaki saya dah patah sekarang.”

– Azlan Typewriter
Azlan Typewriter Patah Kaki Kiri Musibah Menimpa Ketika Mendaki

Kejadian berlaku ketika dia bersama empat lagi rakannya hendak menuju ke sebatang sungai melalui cerun yang agak tinggi.

“Kejadian berlaku sekitar jam satu tengah hari. Ketika berjalan ke arah sungai, saya terpijak tanah licin lalu terjatuh. Kaki saya terhentak pada batu besar, malah saya boleh dengar bunyi tulang patah.”

“Sebelum kejadian, saya bersama empat lagi rakan mendaki bukit di kawasan Sungai Batangsi sekitar pukul 9 pagi. Ketika dalam perjalanan turun, kami terlihat sebuah kawasan sungai yang sangat cantik.

“Ketika itu sudah masuk hampir waktu tengah hari. Ketika hendak ke sungai itu, tiba-tiba saya tergelincir akibat terpijak kawasan tanah licin sehingga menyebabkan saya terjatuh ke bawah cerun,”

– Azlan Typewriter

Tambah pelantun Lagu Untukmu ini, dia sudah menjangkakan kecederaan itu terutama apabila melihat keadaan kakinya yang sudah terkulai.

“Dalam keadaan tercedera, saya sedaya upaya naik semula ke atas dengan bantuan rakan-rakan. Seorang rakan yang memandu kereta bergegas membawa saya ke hospital untuk mendapatkan rawatan.”

– Azlan Typewriter

Usai pemeriksaan, doktor mengesahkan bahagian buku lali serta tulang di belakang kaki kirinya patah dan perlu menjalani pembedahan segera.

Namun ia tidak mudah buat penyanyi ini. Akuinya, dia mempunyai komitmen kerja yang perlu dilunaskan seperti yang telah dipersetujui.

“Doktor menasihatkan saya untuk berehat secukupnya di rumah. Namun ada beberapa kerja yang tidak boleh dibatalkan kerana telah dipersetujui sebelum ini. Jadi selagi mampu saya akan teruskan bekerja, sudah tentu akan berehat juga dalam masa yang sama,”

– Azlan Typewriter

Dalam pada itu, pelantun lagu Lagu Untukmu itu bersyukur kerana tidak mengalami sebarang kecederaan serius selain bernasib baik kerana mempunyai kawan-kawan ketika kejadian malang tersebut berlaku.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Selepas 10 Tahun Penantian, Azmi Caliph Buskers Beritahu Apa Dia Rasa Selepas Dapat Anak Pertama

RTM Papar Inisiatif Kerajaan Untuk Keluarga Malaysia dalam Program Bual Bicara Terbaharu INKLUSIF