in , ,

Apple Dinobatkan Sebagai Syarikat Paling Inovatif Untuk Tahun 2021

Untuk tahun ini, Boston Consulting Group (BCG) telah membuat tinjauan ke atas 1,500 buah syarikat untuk dinobatkan sebagai syarikat paling berinovasi pada tahun 2021.

Hasil tinjauan itu, BSC menobatkan Apple Inc. sebagai syarikat paling inovatif pada tahun ini.

Kedudukan itu kekal sepertimana pada tahun lalu di mana Apple juga dinobatkan sebagai syarikat paling inovatif untuk tahun 2020.

Selain Apple, BCG juga turut menyenaraikan lagi 49 buah syarikat sebagai syarikat paling inovatif pada tahun ini.

BCG menggunakan 4 pembolehubah bagi menyenaraikan 50 syarikat paling inovatif tahun ini iaitu:

  • Jumlah undian yang diterima daripada para ekskutif inovasi
  • Jumlah undian daripada para eksekutif syarikat dalam industri
  • Indeks kepelbagaian bagi mengukur undian keseluruhan industri
  • Prestasi semasa sesebuah syarikat dalam industri dari 31 Disember 2017 hingga 31 Disember 2020.

Menurut BSC, syarikat berkaitan teknologi, produk dan perkhidmatan adalah yang paling banyak dalam membuat inovasi.

Firma yang menghasilkan vaksin COVID-19 iaitu Pfizer dan AstraZeneca juga turut tersenarai dalam carta syarikat paling inovatif oleh BCG tahun ini.

Berikut adalah senarai penuh 50 syarikat paling inovatif pada tahun 2021 menurut BSC:

Top-50-Most-Innovative-Companies-2021

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

RTM Papar Inisiatif Kerajaan Untuk Keluarga Malaysia dalam Program Bual Bicara Terbaharu INKLUSIF

“Asal Semua ‘Tag’ Kita ‘Player’ 067 & 212, Apakah Itu?” – Sharifah Sakinah