in ,

Profile & Kronologi Cinta Rumahtangga Erra Fazira

Erra Fazira menunjukkan minat menyanyi dan menari sejak kecil. Pada tahun 1992, Erra menyertai pertandingan Malaysia World 1992. Beliau memenangi gelaran tersebut sekaligus mewakili negara ke peringkat akhir di Botswana, Afrika. Erra mempunyai ketinggian 168 sentimeter.

Erra Fazira atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, dilahirkan pada 9 Februari 1974 dan berasal dari Sungai Choh, Rawang, Selangor. Memulakan kerjayanya dalam bidang modelling sehinggalah dinobatkan sebagai Miss Malaysia/World 1992. Dia juga pemenang tempat ketiga Miss South East Asia 1992/1993. Erra seterusnya menceburkan diri ke dunia seni sebagai penyanyi dan pelakon, kini usahawan.

Antara album yang pernah dihasilkannya termasuklah Erra Fazira (1994), Aku dan Dia (1995), 2.5 Sayang (1996), Kini (1999 ), Sampai Bertemu (2002), Kini Kembali (2003) dan Ya Atau Tidak (2006). Manakala lagu popularnya ialah Pasrah, Jendela Hati, Hadirnya, Pertemuan, Ucapkanlah (duet dengan Yusry) dan Nada Kasih (duet dengan Rio Febrian).

Erra pernah mendapat jolokan primadona filem Melayu alaf baru. Antara filem lakonannya ialah Sembilu, Maria Mariana, Gemilang, Tragedi Oktober, Pasrah, Gerak Khas The Movie (GKTM), Mr Cinderella, Gila- Gila Pengantin, Cinta Kolesterol, Hingga Hujung Nyawa, Pesona Non Grata dan Qabil Khusri Qabil Igam (QKQI). Tujuh kali dia dinobatkan sebagai Pelakon Filem Wanita Popular menerusi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABP-BH).

erra-fazira

Biodata Erra Fazira
Nama sebenar: Fazira Binti Wan Chek
Tarikh lahir: 9 Februari 1974
Tempat lahir: Sungai Choh, Rawang, Selangor, Malaysia
Kerjaya: Aktres, penyanyi, model dan usahawan
Mula terkenal: Selepas memenangi Miss Malaysia/World 1992. Dia juga pemenang tempat ketiga Miss South East Asia 1992/1993.

  • Mempunyai album Erra Fazira (1994), Aku dan Dia (1995), 2.5 Sayang (1996), Kini (1999 ), Sampai Bertemu (2002), Kini Kembali (2003), Ya Atau Tidak (2006).
  • Antara lagu popular Pasrah, Jendela Hati, Hadirnya, Pertemuan, Lepaskanku, Sampai Bertemu, SMS Saja, Ucapkanlah (duet dengan Yusry) Jika Kau Tiada (duet dengan Yusry) Bermula Detik Ini dan Nada Kasih (duet dengan Rio Febrian).
  • Pernah tujuh kali dinobatkan sebagai Pelakon Filem Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABP-BH).
  • Pernah bertunang dengan bekas vokal utama Wings, Awie. Bernikah dengan Yusry, pada 15 Jun 2003 dan bersanding pada 21 Jun 2003. Mereka bercerai secara rasmi pada 16 Jun 2006.

Agak-agak korang, apa komen Awie dalam isu kontroversi gossip Erra ni? Mesti dia jawab… “No komen…” atau pun kalau Ako Mustapha…. dia mesti cakap…”No big deal…” Ahaks!

Ratu Filem Melayu itu pernah menjalin hubungan serius dengan Awie selama empat tahun. Mereka bertunang pada Oktober 1997, tetapi terputus di tengah jalan pada tahun berikutnya. Hanya pada 1999, Erra mula rapat dengan Yusry Abdul Halim (Yusry KRU) apabila mereka digandingkan menerusi filem Mr Cinderella. Ternyata desas-desus hubungan cinta mereka benar apabila kedua-duanya bertunang pada 3 Mac 2003

Erra akhirnya diijabkabulkan dengan Yusry pada 15 Jun 2003 di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur. Majlis persandingan penuh gemilang atau dianggap Wedding of the Year itu diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 22 Jun 2003.

erra yusri

Namun, selepas mengecapi kebahagiaan alam berumah tangga kira-kira dua tahun, perkahwinan mereka tiba-tiba dilanda badai sehingga kedua-duanya tidak lagi tinggal sebumbung untuk beberapa ketika. Erra dan Yusry akhirnya bercerai secara rasmi pada 16 Jun 2006.

Erra Fazira Yusry

Hubungan intim Erra dengan Hans Isaac mula menjadi bualan ramai ketika mereka berlakon sama dalam filem Persona Non Grata pada 2005. Penggambaran filem itu dibuat di Thailand. Ketika itu rumah tangga Erra bersama Yusry sedang bergolak.

Bagaimanapun, Erra menafikan keretakan rumah tangganya berpunca daripada hubungan rapatnya dengan Hans kerana mereka hanya kawan baik. Pun begitu, selepas Erra bercerai dengan Yusry, sekali lagi hubungan istimewa Erra bersama Hans kembali diperkatakan apabila mereka sering kelihatan bersama.

Erra Hans Isaac

Hubungan rapat mereka terus menjadi bualan hangat apabila Hans Isaac sanggup menghadiahkan jam tangan Rolex bernilai RM15,000 sempena hari jadi Erra ke-33 pada Februari lalu. Pun begitu, Erra tetap menafikan mereka bercinta, selain mendakwa tiada salahnya dia menerima hadiah mewah daripada rakan baik.

Hanya pada awal Julai 2007, Hans Isaac tiba-tiba mengesahkan hubungan cintanya dengan Erra Fazira sudah pun berakhir berikutan penyanyi dan pelakon terkenal itu dikatakan bakal berkahwin dengan Ketua Pegawai Operasi Suria FM, Engku Emran Engku Zainal Abidin. Cinta Erra dan Engku Emran dikatakan berputik semasa Erra Fazira menyertai rombongan persembahan Suria FM di Sabah.

Erra di 2000

Pada 8 Januari 2000, Erra membintangi filem Pasrah arahan Datuk Yusof Haslam yang mana beliau memegang watak utama, Farah Diba, seorang gadis biasa menjadi seorang peragawati terkenal setelah dia dimahkotakan sebagai Ratu Cantik Malaysia. Dalam filem ini, beliau digandingkan bersama Norman Hakim yang memegang watak Hafsham, kedua-keduanya kemudiannya berlakon bersama dalam filem Gerak Khas The Movie, juga arahan Yusof.[6][7][8] Beliau kemudiannya berlakon bersama Afdlin Shauki dalam filem Soal Hati, dengan menjayakan peranan Nurul Ain.[9] Peranan beliau dalam filem ini melayakkan Erra memenangi Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-13.

Single beliau, “Sandarkan” di samping lagu nyanyian Datuk Siti Nurhaliza “Lakaran Kehidupan” (dari album Safa) telah dipilih oleh TV3 sebagai sebahagian daripada kempen 3D bagi mengumpul dana untuk Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia. Muzik video bagi kedua-dua lagu ini difilemkan dalam 3D di mana penonton TV3 memakai kaca mata 3D bagi menontonnya.[10][11]

Pada 25 Oktober 2001, Erra meminjamkan suaranya untuk watak Putih dalam filem animasi Putih arahan Rashid Sibir yang berdasarkan daripada cerita rakyat “Bawang Putih Bawang Merah“. Filem terbitan Fine Animation ini turut menampilkan lakonan suara M. NasirRaja AzuraWan Maimunah dan Mustapha Maarof.[12][13]

Pada 3 April 2002, album kelima Erra, Sampai Bertemu dilancarkan. Lagu “Sampai Bertemu” dikeluarkan sebagai single pertama dan telah terpilih menduduki carta di beberapa stesen radio termasuk Manis FM, Radio Muzik, RMKL dan Best 104. Tenaga kerja album ini terdiri daripada Rosli SelasihKRUAdnan Abu HassanFauzi MarzukiHabsah Hassan, dan Amran Omar.[14] Kelab peminat Erra iaitu “Bersama Erra” juga mula dirasmikan pada tahun 2002 sempena album tersebut dimana ia merupakan gabungan peminat yang aktif menyokongnya secara tidak rasmi sejak 1995. Kelab peminat ini bertahan hingga kini dengan pelbagai aktiviti diadakan bersama Erra.

Pada 29 Ogos 2002, Erra dan penyanyi kumpulan KRU, Yusry Abdul Halim digandingkan buat pertama kali di layar lebar menerusi filem komedi romantik, Mr. Cinderella arahan Ahmad Idham. Selepas itu, beliau dan Afdlin Shauki mengulangi peranan masing-masing dalam kesinambungan filem Soal Hati (2000), Soalnya Siapa yang membuka tayangan di pawagam pada 25 Disember 2002. 

Erra mengorak langkah menjadi penerbit filem apabila bekerjasama dengan Metrowealth Movies Production untuk filem Cinta Kolestrol. Filem yang menuntut Erra mencuba mekap latex ini mencatat kutipan pecah panggung RM3.8 juta, malah sebagai penerbit, Erra meraih anugerah Filem Box Office di Festival Filem Malaysia ke-17, dimana ia merupakan anugerah FFM pertama buat Erra di luar bidang lakonan.

Erra juga mempunyai peranan undangan khas dalam filem aksi komedi, MX3 lakonan Saiful ApekZul Yahya dan Faizal Hussein arahan Yusof Kelana.[15][16]

Pada 16 Januari 2004, Erra melancarkan album studio keenamnya, Kini Kembali yang mengandungi 12 lagu, termasuk lagu duet bersama Yusry KRU “Jika Kau Tiada” dan sebuah lagu minus one, “Hanya Di Mata”. Erra muncul dengan watak berat Nora Halim dalam filem Hingga Hujung Nyawa arahan A. Razak Mohaideen. Menerusi watak ini Erra perlu memeran watak di peringkat umur berbeza iaitu daripada remaja hingga ke warga emas. Menerusi filem ini Erra meraih anugerah Pelakon Wanita Terbaik FFM buat kali kedua, menewaskan beberapa saingan sengit pada ketika itu. 

Beliau ialah salah seorang daripada beberapa artis Malaysia yang menyumbangkan suara untuk sebuah lagu khas bertajuk “Suluhkan Sinar”. Diterbitkan oleh KRU dan dikeluarkan pada Januari 2005, lagu ini ditujukan khas kepada mangsa-mangsa tragedi gempa bumi dan tsunami Lautan Hindi 2004 dan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Najib Razak. Artis-artis lain yang terlibat dalam projek ini ialah peserta-peserta Akademi FantasiaAC MizalDayang NurfaizahAlleycatsJaclyn Victor dan Anita Sarawak.[17]

Erra bergandingan kembali bersama Afdlin Shauki dalam filem Gila-Gila Pengantin Popular, kerjasama kedua Erra di bawah arahan Aziz M. Osman. Setelah itu Erra juga kembali bergandingan dengan Rosyam Nor menerusi sekuel KL Menjerit 1. Erra juga berpeluang mengadakan konsert solo di Perth, Australia pada 2005. Konsert “Erra Fazira Live in Perth” itu dihadiri oleh ramai warga Australia berketurunan Melayu serta rakyat Malaysia dan Indonesia yang bermastautin di sana. Yusry turut menemani Erra dalam dua buah lagu duet mereka. 

Beliau kembali bergandingan dengan Rosyam Nor menerusi filem Castello yang ditayangkan pada 9 Januari 2006, memegang watak sebagai Chalita, seorang wanita Thai dan isteri kepada Castello dan ibu kepada Phim. Filem ini turut dibintangi oleh Que Haidar dan Liyana Jasmay dan menerima tajaan daripada Biskut Julie’s yang turut mengeluarkan produk biskut Julie’s Castello bagi mempromosikan filem ini.[18]

Erra mula mengumpul bahan terbaru untuk album studio ketujuhnya, Ya Atau Tidak. Album ini dikeluarkan pada 12 Jun 2006 merupakan album studio terakhirnya dalam kerjayanya sebagai penyanyi. Ya Atau Tidak mengandungi 10 lagu baru termasuk sebuah lagu yang dirakamkan dalam bahasa Bangkahulu, iaitu “Wang Kite Gale”.[19][20]

Beliau bersama-sama Aaron Aziz dan Lisa Surihani menandatangai kontrak Wajah Eksklusif Astro sekaligus menandakan Erra bersedia untuk muncul sebagai pelakon TV.[21]

Erra di 2010

Kerjaya filem Erra agak menurun setelah membuat kemunculan di kaca televisyen dan berumahtangga buat kali kedua dan melahirkan anak. Erra banyak muncul dalam drama komedi romantik dan juga menjadi pengacara untuk beberapa program TV terbitan Astro. 

Namun pada 2011, Erra membuat kemunculan dalam filem langganan di Astro Citra Eksklusif iaitu Sanggul Beracun arahan Sabri Yunus, bergandingan bersama Nam Ron. Filem berlatar belakangkan era awal kurun ke-20 ini merupakan adaptasi daripada kisah mitos lagenda Che Aminah yang berkahwin dengan 100 lelaki untuk membunuh mereka bagi mengekalkan kecantikan. Menerusi filem ini Erra meraih pencalonan sebagai Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Televisyen Asia 2011 yang berlangsung di Singapura.[22][23] Setelah itu Erra muncul sekali lagi dalam filem langganan arahan Sabri iaitu Parut Asyikin bergandingan buat pertama kali dengan aktor hebat Eman Manan.[24]

Sejak 2018, beliau menjadi salah seorang pelakon utama Gerak Khas, memegang watak sebagai ASP Jeslina.[25] Beliau bersama Norman Hakim dan Siti Elizad mengacarakan rancangan Mingguan Wanita di Astro Prima, berdasarkan daripada majalah terbitan Karangkraf dengan tajuk sama.

Pada tahun 2019, Erra muncul dengan single terbaharu, “Menangkah Cinta”.[26]

Imej Erra Fazira

Erra kini terus dijulang sebagai Primadona Filem Melayu biarpun dibanjiri oleh ramai muka-muka baru, malah populariti Erra sebagai aktres terus harum dan dikenang sebagai aktres paling berpengaruh di dalam sejarah perfileman melayu. Erra bukan sahaja seorang aktres tetapi juga bakat serba bolehnya dikenang menerusi hasil kerjanya sebagai penyanyi, penciptaan lagu, pengarah muzik video, penerbit filem dan TV serta pengacaraan. Erra juga merupakan aktres yang menjana pendapatan tertinggi dalam sejarah perfileman Malaysia. Sehingga 2020, kutipan keseluruhan kesemua filem lakonan Erra mencecah RM 100 juta sekaligus menjadi aktres tempatan pertama menyertai paras ini.

Erra Fazira Engku Imran
Engku Imran
gambar-erra-fazira-engku-emran-k-2
Erra Fazira Engku Emran Bercerai

Pada 25 Oktober 2007, Erra Fazira dan Engku Emran telah berkahwin dan mereka telah dikurniakan seorang anak yang comel bernama Aleesya.

Erra Fazira Sah Bercerai Talak Satu

Pada Jun tahun 2012, desas-desus dan spekulasi mengenai keretakan rumah tangga Erra Fazira dan Engku Emran telah tersebar dan ada khabar angin mengatakan Engku Emran berkahwin lain.

Namun, pada hari Selasa, 18 Februari 2014, segala spekulasi itu terjawab apabila pasangan berkenaan sah bercerai talak satu secara baik di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur kerana tidak ada lagi persefahaman antara mereka dan tidak lagi tinggal bersama sejak setahun enam bulan. Lafaz cerai dilakukan Engku Emran di hadapan Hakim Syarie, Mohammad Adib Husain kira-kira pukul 12.50 tengah hari. Penceraian tersebut dilakukan mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 2003 (Negeri Selangor).

Dalam pada itu, pasangan berkenaan turut bersetuju untuk menyelesaikan hak penjagaan anak mereka iaitu Engku Aleesya yang kini berusia lima tahun tanpa sebarang pertikaian. Engku Emran selaku defendan diberikan hak penjagaan sepenuhnya terhadap anak perempuan mereka manakala Erra diberikan hak lawatan dan bermalam selain cuti sekolah dan hari perayaan. Pelakon itu juga tidak menuntut sebarang nafkah daripada bekas suaminya.

Semoga Erra Fazira tabah menghadapinya.

Erra Fazira kini sedang sibuk menjalani latihan untuk persembahan bersama Awie & Ziana Zain dalam Konsert Teaterikal Suara Kita di Istana Budaya yang bermula pada 3 hingga 9 Februari 2014.

Erra Fazira Engku Emran Bercerai

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dunia Glamor Sudah Berlalu, Rebecca Nur Al Islam Beri Percuma & Jual Semua Baju Seksi

Dato Shake Lancar Muzik Video UMI Versi Terbaru