in ,

Profil Siti Sarah Raissuddin

Jom kenali siapa Siti Sarah Raissuddin. Bagaimana bakat beliau bermula…

Siti Sarah

Kesetiaan, Saat Hilang Cintamu, Ku Teruskan, Jangan Kau Mimpi, Sandarkan Pada Kenangan dan Semakin adalah antara melodi yang sudah menjulang nama Siti Sarah Raissuddin dalam dunia hiburan serantau.

Showcase Special Siti Sarah

Bakatnya yang dicungkil dalam pertandingan Bintang RTM 2001 ternyata tidak sia-sia kerana sejak itu Siti Sarah terus mengasah kemampuannya dan berjaya meletakkan dirinya sebagai antara penghibur yang terbaik di Malaysia.

Kemampuan Sarah, 34, dalam menyanyikan lagu bergenre pop, soul dan R &B begitu menyerlah dan beliau antara penyanyi Malaysia yang mempunyai feel dan groove yang terhebat ketika di pentas.

Mengimbas sedikit profil beliau, Sarah yang dilahirkan pada 15 September 1984 di Ipoh, Perak mula mencipta fenomena dalam bidang rakaman muzik apabila menggondol trofi Artis Baru Terbaik, Album Pop Terbaik, Album Terbaik pada Anugerah Industri Muzik (AIM) 2003.

Pada 2006, Sarah memberanikan dirinya menyertai program realiti One In A Million dan berjaya meraih tempat ketiga.

Showcase Special Siti Sarah

Beliau pernah merakamkan beberapa album seperti Sarah (2002), Mimpi Pun Sama (2003) dan Tiada Dikau Tiada Makna (2005) serta menghasilkan banyak single yang hit. Sarah juga pernah berduet dengan Dato Jamal Abdillah, Zahid Baharuddin, Deja Moss dan suaminya sendiri, Shuib.

Pada 2009, Siti Sarah turut memenangi 3 Pingat Emas menerusi pertandingan WCOPA yang berlangsung di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Julai lalu, Sarah berjaya mengadakan sebuah persembahan hebat Showcase Special Siti Sarah di Matic, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Nama Sarah kembali meniti di bibir peminatnya selepas muncul naib juara program realiti popular, Gegar Vaganza 3 pada 2016. Kini Sarah namanya terus gah dengan popularnya lagu balladnya yang bertenaga – SEMAKIN.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Peraduan Premiere With Budiey Filem THE HATE U GIVE

Farah Nabilah

Senarai 20 Figura & Selebriti Menghiasi EH! Top 20 2018