in ,

Produksi Prekuel ‘Ocean’s Eleven’ Akan Dimulakan Pada Mac Ini

Menurut Film & Television Industry Alliance, produksi filem terbaru Warner Bros., prekuel Ocean’s Eleven, yang dibintangi Margot Robbie dan Ryan Gosling, akan bermula pada 6 Mac ini.

Laman web itu turut menyebut bahawa, prekuel tersebut adalah remake dari filem asal Ocean’s 11 yang diterbitkan pada 1960. 

Prekuel yang belum mempunyai tajuk itu akan diarahkan oleh Jay Roach dari lakonlayar yang ditulis oleh Carrie Solomon. Projek itu juga akan diterbitkan oleh Gary Ross, Josey McNamara, Michelle Graham, Tom Ackerley, dan Olivia Milch.

Setakat ini, hanya Robiie dan Gosling yang disahkan membintangi ansuran terbaru komedi rompakan itu, yang akan berlatarkan tahun 1960an di Eropah. Ini merupakan gandingan terbaru bintang terkenal itu selepas membintangi filem arahan Greta Gerwing, Barbie yang dijadualkan tayangan tahun ini. 

Filem asal tahun 1960 diarahkan oleh Lewis Milestone, yang dibintangi pelakon legenda seperti Frank Sinatra, Sammy Davis Jr., Peter Lawford, dan Joey Bishop. Filem itu turut diketuai oleh pelakon veteran, yang juga pemenang Golden Globe dan Emmy, Angie Dickinson.

Pada awal 2000-an, Steven Soderbergh mengarahkan remake Ocean’s Eleven yang turut menampilkan barisan pelakon bintang yang diketuai oleh George Clooney, Brad Pitt, dan Matt Damon.

Disebabkan kejayaan box-officenya, ia diikuti oleh tiga lagi ansuran, termasuk spin-off Ocean’s 8, yang menampilkan Sandra Bullock sebagai Debbie Ocean, adik kepada Danny Ocean. Francais itu kini mempunyai gabungan kutipan kasar di seluruh dunia lebih $1 bilion di box office.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Zainal Abidin Hassan

Fyna Jebat Mengaku Sudah Bernikah Dengan Datuk Zainal Abidin Hassan

open ai chatgpt

Microsoft Turut Akan Integrasikan ChatGPT Ke Dalam Word