in , ,

Microsoft Turut Akan Integrasikan ChatGPT Ke Dalam Word

Beberapa hari lalu telah muncul laporan Microsoft akan mengintegrasikan ChaGPT ke dalam Bing.

Kini menerusi laporan The Information pula, Microsoft dikatakan akan turut mengintegrasikan sokongan ChatGPT ke dalam perisian yang dihasilkan mereka seperti Word, PowerPoint, Outlook dan banyak lagi.

Menerusi ChatGPT, ia akan digunakan untuk memudahkan pelbagai tugas di pejabat. Misalnya memberikan saranan suntingan ke atas emel yang telah ditulis, memberikan sarana menukar perkataan dan turut membantu mencari emel berdasarkan beberapa kata kunci. Ia tidak akan digunakan untuk menggantikan proses menulis emel sepenuhnya.

Tidak diketahui bilakah integrasi kecerdasan buatan ini akan dilakukan oleh Microsoft. Di New York, ChatGPT telahpun dihalang akses daripada rangkaian internet sekolah dan komputer yang diberikan kepada murid untuk mengelakkan penipuan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Brad Pitt | 11

Produksi Prekuel ‘Ocean’s Eleven’ Akan Dimulakan Pada Mac Ini

Syamsul Yusof | 12

Ini Komen Ibu Syamsul Yusof Tak Anggap Kazar Sebagai Besan