in , ,

Fyna Jebat Mengaku Sudah Bernikah Dengan Datuk Zainal Abidin Hassan

Baru-baru ini hangat diperkatakan mengena bekas jurulatih Liga Super dikhabarkan sudah bernikah dengan selebriti wanita muda yang dikatakan berumur 20-an.

Malah, kecoh apabila netizen mendakwa adakah jurulatih berpengalaman yang dikatakan berkahwin dengan adik selebriti itu adalah Datuk Zainal Abidin Hassan?

Segalanya terjawab apabila adik kepada Ayda Jebat iaitu penyanyi Fyna Jebat mengakui sudah bergelar isteri kepada jurulatih tersebut.

Menitipkan ucapan terima kasih buat mereka yang mengucapkan tahniah kepadanya, Fyna turut meminta orang ramai mendoakan kebahagiaannya.

“Alhamdulillah, saya sudah bernikah. Jadi terima kasih banyak-banyak kepada anda yang memberi komen baik. Harap doakan kami dan keluarga kami,”

“Maaf buat masa sekarang itu sahaja. Dia menyokong penuh saya, sebab itu saya menang minggu ini,”

Fyna Jebat

Berkongsikan berita gembia itu selepas melakukan persembahan Famili Duo, Fyna berkata suaminya memberikan sokongan penuh untuknya menyertai program tersebut.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Didie Shazry

Jazz Bertemu Joget Dalam ‘Joget Jiwa Lara’ Nyanyian Didie Shazry 

Produksi Prekuel ‘Ocean’s Eleven’ Akan Dimulakan Pada Mac Ini