in ,

Setelah Ditahan Mamat Exists Kini Bebas Dengan Jaminan Polis

Selepas ditahan polis atas kesalahan dadah pada Ahad lalu, salah seorang vokalis Exists, Mamat dibebaskan daripada tahanan reman dengan jaminan polis sekitar pukul 4.30 petang tadi.

Ketua Pegawai Eksekutif Shiraz Projects, Shirazdeen Karim yang berada di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara berkata, keadaan Mamat sangat baik dan dia begitu tenang sebaik dibebaskan.

“Alhamdulillah, keadaan Mamat okey. Saya belum sempat berbual panjang dengan dia. Kami akan berangkat ke Kuala Lumpur petang ini juga,”

– Shirazdeen

Shirazdeen berada di Johor Bahru untuk membawa Mamat ke Kuala Lumpur bagi memberi tumpuan pada latihan dan persiapan konsert Exists Reunion pada 28 September ini.

Pada Ahad lalu, Mamat atau nama sebenarnya Mohd Ali Kamaruddin ditahan oleh polis di Taman Perling, Johor. Penahanan Mamat, 41, itu difahamkan ada kaitan dengan kesalahan dadah semasa menunggang motosikal bersama seorang rakannya.

Sementara itu, Shirazdeen menjelaskan selaku penganjur konsert reunion, Shiraz Projects sedang merancang untuk mengundang wartawan dalam sidang media bersama Mamat.

“Kami ada rancangan untuk membuat sidang media untuk menjelaskan situasi sebenar selain memaklumkan mengenai perkembangan konsert Exists Reunion,” katanya.

Dalam pada itu, berita baik berkenaan juga dikongsi oleh Shiraz bersama anggota-anggota Exists Reunion yang lain. 

“Tiada yang terbaik untuk kami lafazkan selain mengucap syukur ke hadrat Allah SWT. Terima kasih kepada pihak penganjur Shiraz Projects yang sangat peka dan prihatin. 

“Ini menunjukkan pihak penganjur konsert kami menjalankan tanggungjawab yang lebih dari komitmen sebenarnya. Perkara sebegini harus dicontohi oleh yang lain,”

– Exists Reunion

Pihak Shiraz Projects juga berterima kasih pada semua pihak yang tidak putus-putus bertanya khabar dan prihatin dengan situasi yang melanda.

“Kami amat menghargai sokongan yang anda berikan dan Shiraz Projects akan sentiasa berkongsi perkembangan mutakhir mengenai konsert Exists Reunion dari semasa ke semasa,”

– Shirazdeen
Sumber: KopiPlanet.com

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Vicha | 22

Produk Bin Maleeq Trading & Syarikat Kurapak Jalin Kerjasama di Halfest JAKIM 2019

Andi Bernadee 2019 Eye | 23

Andi Bernadee Nafi Besar Kepala