in , ,

Peraduan Premiere With Budiey Filem THE PREDATOR

Ini adalah hadiah istimewa Budiey.com kepada Budieyators, pembaca setia & selebriti yang sentiasa melayari blog ini!

Mahukah anda menghadiri Tayangan Premiere THE PREDATOR – Budiey.com bersama beberapa orang selebriti dan artis terkenal yang dijemput khas? Ya, cukup istimewa buat pembaca Budiey.com, anda akan dapat menonton filem ini lebih awal iaitu pada 12 September 2018 (Hari Rabu) di GSC 1 Utama.

Kalau anda boleh hadir, inilah satu-satunya peluang anda untuk menjadi antara penonton pertama menyaksikan filem yang merangsang adrenalin anda yang berjudul THE PREDATOR. Sebuah filem yang penuh dengan babak-babak dengan aksi yang sungguh suspen. Buat anda tak senang duduk di kerusi panggung.

THE PREDATOR berceritakan tentang perjalanan sebuah pasukan khas elit dalam misi menyelamat mangsa yang berasal dari wilayah Gerilya, Amerika Tengah. Adakah misi ini berjaya? Korang kenalah tonton kesudahannya dalam filem ini.

Budiey percaya ramai Budieyators yang menantikan filem THE PREDATOR arahan Shane Black yang mempunyai jalan cerita yang sungguh menarik ini.

Filem ini dibintangi oleh beberapa bintang filem ternama seperti Olivia Munn, Yvonne Strahovski, Boyd Holbrook, Jacob Tremblay, Alfie Allen, Keegan-Michael Key, Edward James Olmos, Sterling K. Brown, Jake Busey, Trevante Rhodes, Niall Matter, Crystal Mudry, Paul Lazenby dan Andrew Jenkins.

Filem aksi ini digarap oleh produksi Davis Entertainment, Lawrence Gordon Productions, Silver Pictures dan TSG Entertainment.

Filem ini menceritakan kisah bekas pasukan khas dan askar tentera laut bernama Quinn McKenna (Boyd Holbrook) yang secara tidak sengaja mendapati kewujudan pemangsa itu. Apabila dia cuba memberitahu penemuan itu tiada siapa yang mempercayainya. Malah ahli sains bernama Casey Bracket (Olivia Munn) juga tidak percaya. Jadi, macamana tu?

Sehingga suatu hari pemangsa yang dilihat oleh Quinn ternyata benar-benar ada dan kini sedang memburu manusia di bumi. Ekoran dari situ, Nerbraska Williams (Trevante Rhodes) dan Quinn McKenna dan rakan-rakan lain memutuskan untuk membuat skuad khas atau pasukan elit.

Pada mulanya penampilan pemangsa sendiri tidak mengganggu manusia, mereka bahkan mempunyai masa yang ramah. Manusia sering merujuk kepada istilah Predator sebagai Yautja. Pemangsa sendiri tidak seperti orang asing atau ahli luar lain, kerana mereka bertujuan untuk datang ke bumi untuk tidak menguasai dan memusnahkan dunia. Tetapi Pemangsa sendiri menganggap bumi sebagai tempat untuk memburu. Pemangsa sering merujuk kepada mangsa mereka sebagai Xenomorph.

Xenomorph sendiri adalah sebahagian daripada makhluk luar angkasa yang mempunyai sifat sensual, tangkas, dan pandai. Matlamat utama Pemangsa adalah memburu Xenomorph, sehingga keturunan memiliki kepakaran dalam memburu.

Walau bagaimanapun, kesalahan beberapa Pemangsa muda adalah bahawa mereka bukan sahaja memburu Xenomorph, tetapi menjadikan manusia sebagai mangsa mereka secara sengaja. Mengapa pemangsa muda memburu manusia juga? Kerana mereka menganggap manusia mempunyai ciri-ciri serupa dengan Xenomorph.

Dengan serangan yang dilakukan oleh Pemangsa manusia juga memberi respons. Sebaliknya manusia juga harus berurusan dengan Xenomorph. Adakah manusia berjaya menggesa kedua makhluk ini keluar dari bumi?

Filem THE PREDATOR akan ditayangkan di pawagam mulai 13 September 2018, oleh Twentieth Century Fox Film.

THE PREDATOR

Peraduan Tayangan Premiere Filem THE PREDATOR

Sensasi Selebriti ingin menghadiahkan 150 tiket untuk Budieyators dan pembaca yang boleh menghadirkan diri di tayangan premiere yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:

12 September 2018 (Hari Rabu)

Masa Pendaftaran:

8.00 malam

Tayangan Filem:

9.00 malam

Tempat:

GSC 1 Utama

Sebanyak 150 keping tiket perlu dimenangi untuk pembaca yang sudi hadir! Cepat hantar penyertaan anda!

Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere THE PREDATOR – Budiey.com di GSC Mid Valley. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey #ThePredatorMY

THE PREDATOR

Apa yang korang perlu buat ialah:

1. Sila klik butang SHARE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini.

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #PremiereWithBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: Saya mahu hadir di #PremiereWithBudiey #ThePredatorMY kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

Jawab soalan mudah ini:

  1. Namakan salah seorang pelakon filem ini.
  2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu hadir di Tayangan Premiere Filem THE PREDATOR  – Sensasi Selebriti kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter & Instagram:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Premiere THE PREDATOR – Budiey.com

Tarikh tutup peraduan:

11 September 2018

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada Twentieth Century Fox Film dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Fanpage Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Jangan lupa untuk menonton filem THE PREDATOR mulai 13 September 2018 di pawagam.

The Predator

The Predator

The Predator

THE PREDATOR

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Bersiri MOONLIGHT SAIGON

Cabaran Sebagai Jururawat Peribadi Dalam Filem EVERYTHING ABOUT HER