in ,

Drama Bersiri MOONLIGHT SAIGON

Sesuatu yang pastinya mengujakan bila Radio Televisyen Malaysia (RTM) menonjolkan kelainan dalam drama bersiri terbaharu secara gabungan dua negara, Malaysia dan Vietnam bertajuk “Moonlight Saigon” disiarkan mulai 3 September ini, setiap Isnin dan Selasa, pukul 11.00 pagi mengisi slot Jade On 2 di TV2.

Menerusi drama Mandarin sebanyak 26 episodini kedua-dua negara dapat bertukar budaya dan kepakaran serta memperkenalkan artis masing-masing kerana penggambaran dilakukan di Malaysia dan Vietnam. Setiap lokasi ada dua pengarah sebab kita mahu menjaga budaya negara agar tidak lari daripada nilai-nilai peradaban. Pengarah Malaysia yang bertanggungjawab mengendali drama ini ialah Mark Tham dan Long dari Vietnam.

poster Moonlight Saigon

Kisah Cinta Malaysia – Vietnam Dalam Drama Bersiri MOONLIGHT SAIGON Slot Jade On 2 Di TV2 

Drama ini menampilkan pelakon utama dari Malaysia iaitu Jonathan Lee dan Evan Sia manakala dari Vietnam, Kieu Trihn sebagai Vu Yen serta Yu Duong sebagai Tuong Vi.

Drama ini berkisar tentang watak Eric Ho, perunding makanan & minuman dalam Syarikat OFG Malaysia telah dilantik penyelianya, Datin Angela pergi ke Bandar Ho Chi Minh untuk meningkatkan taraf perkhidmatan Restaurant Hao Bac. Restaurant Hao Bac memiliki pelayan wanita terbaik, Vu Yen yang penyelianya ialah seorang Vietnam bernama Phong. Phong amat suka terhadap Vu Yen. Vu Yen memerlukan wang sebanyak 600 juta Vietnamese Dong sebagai kos pembedahan untuk ayahnya yang telah menghidap penyakit sakit jantung. 

WATAK UTAMA DALAM MOONLIGHT SAIGON

Setelah tiba di restauran ini bersama dengan Mr. Ly., pengusaha restauran tersebut, berlaku perselisihan faham antara Eric dengan Vu Yen. Ini disebabkan rasa cemburu rakan sekerja Vu Yen iaitu Minh Nguyet terhadapnya. Minh Nguyet memfitnah Vu Yen semasa mereka bersama-sama melayani Eric di restoran. 

Sementara itu, seorang rakan Eric, Ricky mengabaikan tanggungjawabnya untuk menguruskan restoran keluarga. Ini menyebabkan ayah beliau jatuh sakit dan dimasukkan ke dalam hospital. Ricky juga terpaksa menghadapi tekanan daripada ibunya yang mahu menjodohkannya dengan Zhen Hua, seorang juru akaun di restoran ayah Ricky. Ricky bersetuju untuk mengambil alih perniagaan ayahnya tetapi dia enggan berkahwin dengan Zhen Hua. 

Persefahaman antara Eric dan Vu Yen semakin meruncing sehingga membuatkan Vu Yen dipecat. Vu Yen kehilangan pekerjaan dan rungsing memikirkan cara mengumpul duit bagi kos pembedahan ayahnya. Namun Vu Yen diterima semula bekerja atas permintaan Eric. 

Berlaku kejadian dimana Eric kehilangannya pen driveyang mengandungi maklumat penting perniagaannya. Ia telah dijumpai oleh Vu Yen yang enggan memulangkan barang Eric kerana marahkan lelaki itu. Minh memberitahu Vu Yen bahawa Eric yang membantunya dapat kembali pekerjaannya. Vu Yen rasa bersalah dan mengembalikan ‘pen drive’ kepada Eric.

Eric menjemput Vu Yen untuk makan malam bersama bagi mengucapkan terima kasih kepada Vu Yen. Dalam perjalanan balik ke rumah, Vu Yen dirompak oleh sekumpulan samseng dan Eric menyelamatkannya. Sejak itu mereka menjalin hubungan akrab hingga menimbulkan kemarahan Phong.

Zhen Hua masih gagal memenangi hati Ricky tetapi Zhen Hua mendapatkan kuasa untuk membeli barang dan bahan mentah bagi restoran ayah Ricky. Eric tertarik dengan Vu Yen dan selalu melawat Vu Yen di restoren.

Perhubungan baru mereka telah menimbulkan kecemburuan Phong. Phong cuba pelbagai cara untuk memikat Vu Yen hingga akhirnya dia nekad melamar Vu Yen sebagai isterinya.

Eric melawat rumah Vu Yen untuk memberi hadiah kepadanya hingha Eric terpaksa bermalam di rumah Vu Yen kerana masalah pengangkutan. Vu Yen berasa risau bahawa perkara ini akan diketahui oleh tuan rumah dan rakannya, Tuong Vi. Namun perbuatan Vu Yen telah diketahui oleh Tuong Vi.

Kesihatan ayah Ricky semakin merosot dan Zhen Hua mengambil kesempatan untuk melawat Ricky lebih kerap. Dia juga memasak untuk keluarga Ricky tetapi Zhen Hua masih tidak dapat memenangi hati Ricky. Sementara itu, Crystal dan suaminya telah membuat sesuatu menyebabkan saham Syarikat OFG menurun dengan ketara. Mereka berniat untuk merebut kuasa sebagai pengerusi daripada Datin Angela. 

Phong tidak dapat menerima penolakkan Vu Yen terhadap lamarannya. Dia mula ponteng kerja dan menghabiskan masa untuk mabuk. Pada sesuatu hari, Tuong Vi, kawan baik Vu Yen memberi bantuan kepada Phong dan membawa beliau ke rumahnya untuk berehat. Eric menyedari dia mencintai Vu Yen dan berusaha untuk memenangi hati gadis itu.

Eric menjemput Vu Yen ke sebuah restoran Perancis untuk makan malam romantik. Perhubungan mereka semakin mesra. Sementara itu, Phong terus berasa sedih dan sentiasa minum arak sehingga mabuk. Phong salah faham menyangka Tuong Vi sukakannya. Namun sebenarnya hanya mahu membantu bukan kerana suka. Sekali lagi Phong kecewa.

Pada suatu hari, beliau diserang oleh sekumpulan samseng dalam perjalanan balik ke rumahnya. Nasib baik beliau telah berjaya diselamatkan oleh Eric yang melalui tempat itu pada masa itu.

Tiba-tiba, Tuong Vi balik ke kampungnya tanpa meninggalkan pesanan kepada Vu Yen. Vu Yen bimbang terhadap Tuong Vi lalu melawatnya di kampung. Eric juga mengambil keputusan untuk melawat Vu Yen di kampungnya setelah mengetahui Vu Yen balik ke kampung secara tiba-tiba. 

Paparan di Malaysia menunjukkan Zhen Hua berasa sedih dan bimbang terhadap Ricky kerana Zhen Hua mensyaki bahawa Ricky mempunyai teman wanita Vietnam setelah beliau mendapati Ricky belajar bahasa Vietnam secara rahsia.

Rupa-rupanya, Ricky belajar bahasa Vietnam adalah untuk mengembangkan perniagaan mereka ke Vietnam. Eric dirompak dalam perjalanan melawati Vu Yen. Nasib baik muncul suami isteri warga Vietnam menyelamatkannya. Vu Yen tetap pulang ke bandar Ho Chih Minh walaupun beliau tidak dapat berjumpa dengan Tuong Vi. Lalu apakah yang terjadi seterusnya?

Jonathan Lee watak utama

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AirAsia tawar 5 juta Tempat Duduk Promosi!

Peraduan Premiere With Budiey Filem THE PREDATOR