in , ,

Peraduan Tayangan Premiere With Budiey Filem WONDER

Hai semua pembaca setia…. Budiey.com dengan kerjasama TGV Pictures akan menganjurkan sebuah tayangan Premiere With Budiey mengajak anda untuk menonton sebuah filem yang sangat dramatik yang bercorakkan kekeluargaan berjudul WONDER lakonan dari pelakon terkenal Hollywood iaitu Julia Roberts, Owen Wilson dan Jacob Tremblay.

Wonder_Poster27X40

Budiey nak mengajak anda semua menonton sebuah filem yang wajib ditonton ini di mana anda yang hadir dapat menjadi penonton pertama menontonnya sebelum ianya dibawa masuk ke pawagam.

[dropcap]K[/dropcap]alau nak tahu, filem arahan Stephen Chbosky ini bakal menemui penonton di seluruh pawagam di Malaysia mulai 7 Disember 2017. Manakala skrip filem ini pula ditulis oleh Steve Conrad. Filem ini sebenarnya diadaptasi berdasarkan novel yang sangat laris karya dari R.J. Palacio. Filem ini diterbitkan oleh Michael Beugg, David Hoberman, Dan Clarke, Michael Paseornek, Todd Lieberman, dan Alexander Young. Filem ini mendapat kritikan yang baik dan juga ulasan positif dari pengulas filem serata dunia.

Filem ini dilakonkan oleh Julia Roberts yang membawa watak sebagai Isabel Pullman, Owen Wilson yang membawa watak sebagai Nate Pullman, Mandy Patinkin yang membawa watak sebagai Mr. Tushman, Jacob Tremblay yang membawa watak sebagai Auggie Pullman, Sonia Braga berperanan sebagai Isabel’s Mother, Daveed Diggs yang membawa watak sebagai Mr. Browne, Ali Liebert yang membawa watak sebagai Ms. Petosa, Bryce Gheisar yang membawa watak sebagai Julian, Izabela Vidovic berperanan sebagai Via Pullman, Kyle Breitkopf yang membawa watak sebagai Miles, Millie Davis yang membawa watak sebagai Summer dan Lidya Jewett yang membawa watak sebagai Lina Annan.

[pullquote align=”right”]Jadi, adakah anda mahu menjadi orang pertama menonton filem yang penuh dengan babak aksi mengujakan ini bersama beberapa selebriti, Budieyators dan influencers yang dijemput khas? Caranya ada kat bawah ni, jadi jangan berlengah-lengah lagi, okay?[/pullquote]

Filem ini menceritakan tentang seorang budak lelaki yang bernama Auggie Pullman yang lahir dengan wajah yang cacat. Kemudian, semasa di bangku sekolah, dia berusaha untuk menyesuaikan diri di sekolah barunya. Auggie turut berusaha untuk membuat semua orang faham tentang keadaan dirinya yang cacat dan sama sahaja seperti dengan anak lainnya. Cuma dia tak memiliki wajah yang sempurna seperti budak-budak lain.

Apa tunggu lagi, usah tunggu-tunggu lama lagi ya untuk mendapatkan tiket bagi menonton filem ini nanti.

Kepada yang tak berkesempatan menonton di tayangan premiere, apa kata korang nantikan sahaja filem ini yang akan berada di pawagam mulai 7 Disember 2017, okay?

Jika masih tertanya-tanya tentang filem ini, apa kata anda semua menonton trailer WONDER yang telah diriliskan di dada Youtube TGV Pictures.

Apa pendapat anda dengan trailer ni? Menarik tak?

Untuk kalian yang menyukai filem bergenre drama kekeluargaan ini, tunggu apa lagi… sertai peraduan ini dan dapatkan tiket anda!

Sinopsis Filem WONDER

Based on the New York Times bestseller, WONDER tells the incredibly inspiring and heartwarming story of August Pullman, a boy with facial differences who enters fifth grade, attending a mainstream elementary school for the first time.

Wonder_Cinemhighlights_1021X568

Peraduan Tayangan Premiere Filem WONDER

Sensasi Selebriti dengan kerjasama TGV Pictures ingin menghadiahkan 100 tiket untuk Budieyators dan pembaca setia Budiey.com menonton dan boleh menghadirkan diri di tayangan premiere yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:
5 Disember 2017 (Selasa)

Masa Pendaftaran:
8.00 malam

Tayangan Filem:
9.15 malam

Tempat:
TGV Cinemas 1 Utama

Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere WONDER – Budiey.com di TGV Cinemas 1 Utama. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey #WonderMY

Apa yang korang perlu buat ialah:

1. ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey

Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/TGVPictures & www.facebook.com/budieydotcom

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #PremiereWithBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: @budiey Saya mahu hadir di #PremiereWithBudiey #WonderMY kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.


Jawab soalan mudah ini:

1. Namakan pelakon budak lelaki yang membawa watak Auggie Pullman dalam filem WONDER

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu hadir di Tayangan Premiere WONDER – Sensasi Selebriti kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

301679647 9798145995 O | 4

dengan tajuk email: Peraduan Tayangan Premiere WONDER

Tarikh tutup peraduan:

4 Disember 2017 (Isnin)

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada TGV Pictures dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem ini mulai 7 Disember 2017.

Jom layari dan LIKE Fanpage: www.facebook.com/TGVPictures dan jangan lupa langgan atau subscribe Youtube Channel TGV Pictures: www.youtube.com/TGVCinemas

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Filem Wonder

Filem Wonder

Filem Wonder

Filem Wonder

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Alif Buat Comeback Lancar Single Baharu BUAT SELAMANYA

Faizal Tahir Mencari PeMENANG Bertuah!